7-2

“EH, kau Rifqiekan? Ex-student SMK Gelang Patah?”

Rifqiedan Tasha yang sedang menjamu selera, bingkas mengalihkan pandangan ke arah siempunya suara itu. Rifqie terkebil-kebil mata melihat seorang wanita bertubuhlangsing dan tinggi lampai yang sedang berdiri di sisi meja mereka. Dia sepertimengenali wanita itu. Tapi bimbang jika tersalah orang.

“Idayukan?”

“Yalah!Aku, Idayu! Ex-classmate kau dulu! Nasib kau ingat aku lagi kan? Apakhabar, beb? Lama tak jumpa kau. Lepas kita habis SPM, semua bawa haluansendiri. Tak sangka boleh terserempak kat sini. Kecilnya dunia!” balas Idayuramah.

“Itulah!”Rifqie ketawa. “Kau seorang aje  ke ni?”balas Rifqie.

Tashapula kembali menyuapkan makanan ke dalam mulut.

“Akudengan kawan. Kejap ya?” Melilau mata Idayu mengesan kelibat Amilin. “Milin!Sinilah!” Idayu melaung memanggil Amilin yang baru sahaja keluar dari tandas.

Amilinbingkas menyusun langkah menghampiri mereka bertiga. Tiba di sana, matanyaterpaku bila melihat susuk tubuh Rifqie. Begitu juga dengan Rifqie yang salingberbalas pandangan dengan Amilin. Seperti ada kuasa magnet yang sedikitsebanyak menggetarkan jiwa mereka.

Tashamengerling Rifqie dan Amilin. Lalu dia tersenyum penuh makna. Dia tahu makna disebalik renungan dua pasang mata itu. Ada dua hati yang sudah bercantum.Berlaku tanpa mereka sedari.

Ehem,Idayu berdehem.

Rifqiedan Amilin tersentak. Mereka termalu sendiri. Tasha pula tersengih-sengih. Hebatkuasa cinta ni!

“Rifqie,kenalkan ni Amilin. Kawan aku,” Idayu menoleh ke arah Amilin. “Milin, ni kawanzaman sekolah aku dulu. Rifqie namanya.” Idayu saling memperkenalkan Amilin danRifqie.

Amilindan Rifqie mengangguk lalu saling tersenyum.

“ITasha, kawan Rifqie,” selit Tasha. “We’re not couple, but we arebestfriend!” gurau Tasha.

Idayutergelak.

“Oh,ingatkan girl friend Rifqie tadi,” balas Idayu.

“No!Friend is always friend! No more than that!” tegas Tasha. “Anyway, please join us? Kita breakfastsama-sama, nak tak? Lagipun you dan Rifqie kan dah lama tak jumpa. Apa salahnyakalau luangkan masa kan?” ajak Tasha bersungguh-sungguh.

Sebetulnya,dia ingin memberi ruang pada Rifqie dan Amilin saling mengenali. Mungkin inipetanda baik untuk permulaan sesuatu hubungan. Lagipula, dia tidak suka denganperbuatan Maya. Jika itu keputusan Maya, maka Rifqie berhak mencarikebahagiaannya sendiri!

Tanpasegan silu, Idayu terus duduk. Melihat Amilin masih tercegat, lantas ditariktangan Amilin. Memaksa gadis itu untuk duduk. Amilin melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan Idayu.

HanyaTasha dan Idayu sahaja yang berbual. Manakala Rifqie dan Amilin pula diamseribu bahasa. Sesekali mereka melarikan wajah ke arah lain apabila matabertaut.

Silihberganti Tasha memandang Rifqie dan Amilin. Senyuman terukir di bibir tatkalamelihat tingkah laku mereka berdua. Serba tidak kena! 

Previous: 7-1
Next: 7-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.