MURID-MURID sudahpun masuk ke kelas usai selesai bersarapan pagi. Begitu juga dengan Cikgu Hanisdan Cikgu Wan. Tinggallah Amilin dan Kak Zulaikha di dapur.
KakZulaikha pula sibuk menyediakan bahan untuk memasak. Di atas kabinet, kelihatanbeberapa jenis sayur-sayuran iaitu lobak merah dan kubis. Lincah tangan KakZulaikha mengupas kulit bawah merah.
Sementaraitu, Amilin memotong buah tembikai sebagai hidangan pencuci mulut.
“Akakmasak apa hari ni?” tegur Amilin.
“Nasigoreng aje, Milin. Jadilah… Asalkan perut budak-budak tu kenyang,” balas KakZulaikha.
Buahyang sudah siap dipotong itu diletakkan diasingkan ke dalam dua bekas berwarnabiru. Bekas itu kemudiannya disimpan ke dalam peti ais. Amilin kembali ke mejakerjanya. Buku rekod tugasan harian diambil. Lalu mula merekod tugasan untukhari ini.
“Penatsemalam kan? Lenguh kaki ni berjalan sana sini. Sampai aje kat rumah, akakterus mandi. Lepas solat Isyak, akak terlelap. Nasib baik si Zarif tu tak buatperangai semalam. Dapatlah akak rehat sekejap.” Kak Zulaikha mula bercerita.
“Tulah,kak. Memang letih. Tapi rasa happy bila tengok budak-budak enjoydengan aktiviti kat situ. Walau banyak tempat tak dapat masuk, atleastdiorang dapat info serba sikit tentang dunia pekerjaan,” balas Amilin.
“Betultu, dik,” balas Kak Zulaikha lalu mula memasak. “Hai nasi goreng, harap-harapkau sedaplah ya? Kalau tak sedap pun, kena telan ajelah.” Dia berseloroh.
Amilintertawa.
Sepiseketika.
Beep!Amilin berhenti menulis. Diambil telefon bimbitnya di dalam beg tangannya. WhatsAppsdaripada Halim. Spontan dia tersenyum lebar. Cepat-cepat dibuka mesej itu laludibaca.
Halim: Hi! Kaubuat apa? Bz ke?
Lincahjari Amilin menekan papan kekunci di telefon bimbit. Hendak membalas mesej itu.Selesai menaip, dia menekan punat send.
Amilin: Hi! Akutengah kerja. Tak adalah bz sangat. Kenapa?
Beberapaminit kemudian, mesejnya berbalas.
Halim: Saje. Tiba-tibateringat kat kau. Hmm… malam ni kau free tak? Aku kat Selangor ni. Tengah cuti.Jom kita keluar?
Bulatmata Amilin. Dia terpaku sejenak. Dibiarkan mesej Halim itu begitu sahaja.Teragak-agak hendak memberikan kata putus.
“Nakjumpa ke? Tak nak jumpa?” Tanpa sedar, Amilin bersuara.
Padaketika itu, Kak Zulaikha berada di belakang.
“Jumpasiapa?” sergah Kak Zulaikha.
Amilinterperanjat. Telefon bimbit terlepas dari pegangannya.
“Hisy,akak ni buat Milin terkejut tau!” marah Amilin.
KakZulaikha tarik kerusi. Diletakkan di sebelah Amilin.
“Haa…dalam diam-diam, Milin dah ada buah hati ya? Siapa lelaki bertuah tu? Share ladengan akak.” Kak Zulaikha tidak menghiraukan bebelan Amilin.
Amilingaru belakang kepalanya.
“Takada siapa-siapalah.” Amilin masih ingin berahsia.
KakZulaikha mengecilkan bola matanya.
“Aik?Dengan akak pun, Milin tak nak berkongsi ke? Bukan dengan orang lain kan. Kitaberempat ni dah macam adik-beradik,” pujuk Kak Zulaikha lagi.
“Milindah jatuh cinta dengan kawan masa zaman sekolah dulu, kak. Kami pernah bercintadulu, tapi kami lost contact. Jadi, hubungan kami ni macam tergantungtanpa apa-apa kata putus. Baru-baru ni, dia add Milin kat Facebook. Kamiberbalas whatsApps. Dia ajak Milin jumpa malam ni.” Akhirnya Amilinberterus-terang pada Kak Zulaikha.
KakZulaikha serta-merta tersenyum lebar.
“Wah!Alhamdulillah. Pintu hati adik akak ni dah terbuka pada seorang lelaki. Akaktumpang happy, Milin,” balas Kak Zulaikha dengan nada ceria.
Antaramereka berempat, Amilin seorang sahaja yang belum berkahwin lagi. Harapannyahanya satu. Ingin mendengar nama Amilin disebut oleh seorang jejaka usai upacaraakad nikah mereka.
Amilinmembalas senyuman Kak Zulaikha.
“Terimakasih, Kak Ika,” ucap Amilin.
“Satuaje nasihat akak. Milin jangan taruh sepenuh kepercayaan pada dia buat masa ni.Jangan berikan dia peluang untuk ambil kesempatan pada Milin. Kalau dia adaperasaan yang sama pada Milin, dan kalau dia jodoh Milin, insya-ALLAH akan dipermudahkanjalan untuk satu ikatan yang sah,” balas Kak Zulaikha.
“Baik,kak. Milin takkan mudah serahkan diri Milin ni pada dia. Milin nak berkawandulu. Kalau ditakdirkan dia memang untuk Milin, alhamdulillah. Kalausebaliknya, Milin okey aje,” balas Amilin.
“Betulcara Milin tu. Jangan terlalu berharap sangat. Bimbang patah hati pula nanti.Apa yang penting sekarang ni. Akak doakan segala urusan Amilin dipermudahkan,” balas Kak Zulaikha.
“Amin!”
KakZulaikha bangun lalu melangkah keluar dari dapur. Ingin ke tandas.
Sementaraitu, Amilin kembali menumpukan perhatian pada telefon bimbitnya. Ada mesej barudari Halim.
Halim: Aku fahamkalau kau tak sedia nak jumpa aku lg. Lain kali ajelah.
Cepat-cepatAmilin membalas mesej itu.
Amilin: Kitajumpa malam ni k.
Halim: Ok. Nantiaku share location.
Dadanyaberdegup kencang secara tiba-tiba. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan Halimnanti? Ah, malunya dia! Dia tertawa sendiri.