6-3

SELESAImemberikan lembaran kerja pada murid-murid, Cikgu Hanis bangun lalu menghampiriAmilin. Dilabuhkan duduk di sebelah pembantunya itu. Amilin sedang ralitmelayani salah seorang anak murid menyiapkan tugasan yang diberikan.

            “Milin?” tegur Cikgu Hanis.

            Amilin menoleh ke arah Cikgu Hanis.

“Ya,kak?” balas Amilin.

“Amboi,Milin nampak happy hari ni. Tersenyum-senyum dari pagi tadi. Muka punceria. Ada apa-apa ke ni? Tak nak share dengan akak ke?”

CikguHanis berhati-hati menyusun kata. Tujuannya untuk mengetahui apa yang berlakuantara Amilin dan Halim semalam. Amilin sudah dianggap seperti adik sendiri.Jadi dia mahukan yang terbaik untuk gadis itu.

Amilintertunduk malu.

“Hisy,akak ni! Tak ada apa-apa yang menarik pun.” Amilin malu untuk berterus terangmeskipun hatinya membuak-buak ingin berkongsi berita gembira itu dengan merekabertiga.

CikguHanis berdecit.

“Denganakak pun nak berahsia ke, hmm? Kita semua ni dah macam adik-beradik tau,” pujukCikgu Hanis.

Amilintarik nafas dalam-dalam.

“Milincintakan Halim. Dan kami dah pun couple,” akui Amilin.

CikguHanis terkesima. Tubuhnya terus tegak. Perkara inilah yang paling dia geruni.Bimbang jika hati Amilin akan terguris luka gara-gara kecewa dengan percintaan.Cinta pertama mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam pada diriseseorang.

“MudahnyaMilin serahkan cinta Milin pada Halim! Akak bukan nak pertikai keputusan Milin.Tapi Milin baru jumpa dia lepas beberapa tahun. Milin patut fikir dulu sebelumbertindak!” balas Cikgu Hanis dengan nada tegas.

Amilinmengukir senyuman. Diraih tangan Guru itu. Lalu diusap perlahan. Tidak mahuwanita itu terus menaruh rasa bimbang.

“Milinyakin, kak! Halim ikhlas cintakan Milin! Sama macam Milin cintakan dia! Diatakkan mainkan perasaan Milin!” Amilin cuba menyedapkan hati Cikgu Hanis.

CikguHanis melepaskan keluhan.

“Akaktakut Milin merana nanti!” Cikgu Hanis masih berat hati. Entah mengapa hatinyatidak berkenan pada Halim, padahal mereka tidak pernah bersua muka. Namun,gerak hatinya menyatakan bahawa Halim ada niat tidak elok pada Amilin.

Amilingenggam tangan Cikgu Hanis.

“Percayalahcakap Milin, kak. Milin akan hidup bahagia dengan Halim! Kami akan kahwin danada anak sendiri!” balas Amilin bersungguh-sungguh. Jujur dia juga mengharapkanperkara yang sama. Dia ingin menghabiskan saki baki kehidupan di sisi Halim.

CikguHanis terdiam.

“Kalautu kata Milin, siapa akak untuk halang? Semoga Halim jodoh yang tepat untukMilin.” Hanya itu yang mampu diucapkan Cikgu Hanis. Terpaksa diterima kenyataanitu walaupun dilakukan dengan tanpa rela.

“Terimakasih, kak!” balas Amilin.

CikguHanis hanya mengangguk. Lantas dia bangun dan kembali ke meja kerjanya semula.

Manakala,Amilin pula memberikan perhatian pada telefon bimbitnya. Mesej yang dihantarpada Halim sewaktu pagi tadi dibiarkan tanpa balasan. Walhal Halim sudah punbaca.

Sekalilagi Amilin menghantar mesej pada Halim.

 

Amilin: Halimsibuk ke? Halim dah baca mesej Milin, tapi Halim tak balas. Kalau Halim bz, takapalah. Tlg balas mesej Milin ya?

 

Punatsend ditekan. Raut wajahnya berubah. Dia tertanya-tanya, mengapatiba-tiba Halim mendiamkan diri? Dia ada buat salah pada Halim ke?Perlahan-lahan dia mengeluh. Hatinya berdoa agar hubungan yang baru terbina iniakan kekal sehingga jinjang pelamin.

Tanpadisedari, Cikgu Hanis merenung tingkah laku Amilin. Sungguh, dia masih risaumemikirkan nasib Amilin di masa akan datang. Andai kata lelaki itu jujurmengotakan janjinya, dia bersyukur. Jika sebaliknya? Ah, Amilin pasti akan menderita! 

Previous: 6-2
Next: 7-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.