6-2

“MAK! Oh, mak!Mana mak? Aku datang ni!” laung Zira dengan nada lantang. Qisha dan Iqbal pulamenggoncang pagar. Bagai hendak roboh dikerjakan oleh dua beradik itu.

            Zira mencerlung marah Qisha danIqbal.

            “Tangan korang ni tak reti nak letakkat sisi ke haa? Asyik nak bergerak sana sini! Ke korang nak aku ikat kat pokokyang ada kerengga tu?” jerkah Zira garang.

            Dek takut dengan renungan tajam siibu, kanak-kanak berumur enam dan lima tahun itu tertunduk ke bawah.

            Zira tersenyum sinis. Tahu puntakut, sindir hatinya.

            Beberapa minit kemudian, Puan Amiramuncul lalu menghampiri pagar.

            “Hisy mak ni, panas tau tak?” bebelZira sambil mengibas muka.

            “Kejaplah! Aku tengah makan tadi,”balas Puan Amira.

            Usai pagar dibuka, Qisha dan Iqbalterus berlari ke laman. Manakala, Zira dan Puan Amira pula duduk di atasbuaian. Asri yang baru sahaja pulang, terus mendekati ibu dan Zira.

            “Bila akak sampai?” soal Asri.

            “Baru aje,” jawab Zira. Diperhatikansusuk tubuh Asri yang masih lengkap berpakaian kerja. “Kau baru habis kerja ke?Minggu ni shift malam ke?” Soalan berbalas soalan. Dicebikkan bibirnyaitu. Seolah-olah berasa jijik dengan penampilan Asri.

            Asri mengukir senyuman.

            “Ha’ah, kak,” balas Asri.

            “Sampai bila kau nak jadi rampagent ni? Angkat beg-beg penumpang kat KLIA tu. Kau tu bukan tak cerdik.SPM pun dapat straight A’s! Kau nak jadi macam si Amilin tu ke? Jadi pembantucikgu tadika. Kau pula kerja kat bahagian kargo. Aku tak fahamlah! Kau macamni. Si gemuk tu macam tu. Sia-sia aje ada sijil cemerlang tau tak?” Sepertibiasa, Zira akan mengutuk pekerjaan Amilin dan Asri.

            Asri terkesima.

            “Kami berdua cari rezeki yang halal,kak.” Asri membela dirinya dan Amilin.

            “Aku dah cakap sebelum ni, Zira.Tapi, budak berdua ni degil! Tak nak dengar kata aku! Bila aku suruh sambungbelajar, budak-budak ni tak nak! Cari kerja yang sesuai dengan kelayakanakademik pun, mereka berdua tak nak! Alih-alih pilih bidang kerja yang entahapa-apa. Buat malu keluarga ajelah!” Giliran Puan Amira pula yang memperlekehkanAmilin dan Asri.

            Asri mendengus.

            “Alhamdulillah, mak. Kami berdua takbergantung harap pada sesiapa pun. Bukan macam orang tu. Asyik kikis duit suamisendiri aje.” Asri hilang sabar. Dibalas semula sindiran Zira itu.

            Zira bangun lalu menerkam Asri.

            “Kau jangan nak kurang ajar, budakkecil! Aku…” Diangkat tangan kanannya itu.

            “Nak tampar Asri? Kalau berani, cubabuatlah! Apa, akak fikir Asri nak berdiam diri?” herdik Asri.

            “Kau…” Zira genggam buku lima.

            “Sudahlah! Asri masuk dalam dulu!Nak rehat! Penat!” Asri menyusun langkah meninggalkan Puan Amira dan Zira.

            Zira mengalihkan pandangan ke arahPuan Amira.

            “Budak tu memang tak kenang budilah,mak! Siapa yang hantar dia pergi sekolah dulu? Aku ni haa…” Zira menuding jarike mukanya. “Hisy, aku panas hati ni, mak! Panas sangat!” Zira bermundar-mandirdi hadapan buaian itu.

            Puan Amira tersenyum sinis.

            “Belajar dari siapa lagi, Zira? Tu…daripada budak tak guna tulah! Si Amilin tu!” tuduh Puan Amira.

            “Siapa lagi?”

            Dalam pada itu, Qisha dan Iqbal yangsedari tadi sedang bermain, tiba-tiba bergaduh. Zira bengang. Lantas didekatitubuh kecil itu. Satu tamparan hinggap ke pipi dua beradik itu.

            “Aku ni tengah sakit hati. Apasalkorang tambah lagi rasa sakit kat hati aku ni haa? Hisy, budak-budak ni karang…Aku tak dapat nak belasah pak su kau! Tak memasal korang yang terima habuannyananti!” Zira mengugut kanak-kanak kecil itu.

            “Qisha ni.” Iqbal cubit Qisha.

            “Apa pula aku?” Qisha tepis tanganIqbal.

            Zira ambil ranting kayu di atastanah. Lalu mula libas ke belakang tubuh Qisha dan Iqbal.

            “Korang berdua ni memang menyusahkanaku tau tak? Sama macam bapa kau yang tak guna sesen tu! Kenapa korang takmampus je dulu haa? Baru senang hidup aku!” Zira mula memaki hamun anak-anaknyaitu.

            “Sakit! Sakit!” Terjerit-jerit Qishadan Iqbal dek perbuatan si ibu.

            Puan Amira pula mengambil langkahmendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur dan menegur perbuatan Zira itu. Bukanapa. Takut Zira naik angin pula. Dia pula yang akan jadi mangsa amukan Zira.

            Deringan telefon bimbit memaksa Ziramenghentikan tindakannya itu. Diseluk kocek seluarnya itu. Dijawab panggilanitu tanpa melihat ke skrin terlebih dahulu.

            “Zira pergi mana? Abang ada katdepan rumah ni,” soal Amin.

            “Eh kau ni apasal haa? Suka hatiakulah! Kau siapa nak halang aku haa?” Zira menghamburkan amarah pada Amin.

            “Abang cakap baik-baik, Zira!” Aminmasih cuba berlembut,

            Tutt! Talian dimatikan. Dihumbantelefon bimbitnya itu ke dalam kocek seluarnya.

            “Aku balik dulu, mak! Orang tua tudah bising!” Tanpa menunggu lama, Zira mengheret tubuh Qisha dan Iqbal.      

Previous: 6-1
Next: 6-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.