Keikhlasanitu bukan diukur dari jarak,
mahupunmasa perkenalan.
Tetapidari hati yang tulus ketika bersahabat dan bercinta.
Begitujuga dengan keluarga,
yangharus ada sifat sayang menyayangi.
Bukansaling membenci.
USAIRifqie mengambil Tasha di JB Central, mereka berdua terusbertolak ke Kuala Lumpur. Sudah separuh perjalanan mereka menuju ke sana.Mujurlah Rifqie ada peneman. Tidaklah dia berasa bosan dan mengantuk ketikamemandu.
“Oh ya. Rifqie, sebenarnya Tashatertanya-tanya. Rifqie ada mention yang Rifqie dan Maya macam orangluar. Apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Tasha tak faham. Kalau Rifqie takkeberatan, Rifqie boleh share dengan Tasha. Tasha sudi mendengar,” tanyaTasha.
Itulahpersoalan yang bermain di benak Tasha. Takkanlah pasangan yang baru sahajamendirikan rumah tangga boleh ada masalah sebesar itu? Pasti ada perkara burukyang terjadi antara Rifqie dan Maya.
Berubah wajah Rifqie. Sebuah keluhanberat terhembus keluar dari bibirnya.
“Rifqie tak tahu macam mana nak mulacerita. Sekelip mata aje Maya boleh berubah hati, Tasha. Padahal, hubungan kamiberdua okey aje sebelum ni. Tak ada tanda-tanda yang dia tak sukakan Rifqie.Perkahwinan ni dipercepatkan pun atas permintaan dia. Tasha tahu kan yang kamiberdua plan nak bertunang dalam tempoh setahun. Tapi, dia terus desakRifqie untuk jadi suami dia. Rifqie pun ambil keputusan untuk ikut permintaandia. Akhirnya, Rifqie dianggap macam tak wujud dalam hidup dia.” Tutur kataRifqie kedengaran begitu sebak. Tampak dirinya amat kecewa dengan perbuatanMaya.
Tasha tekun mendengar cerita Rifqie.
Rifqie tersenyum lemah.
“Malam pertama kami pun bukan macampasangan lain. Dia letak beberapa syarat yang Rifqie kena patuhi. Dia takkantunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang isteri. Kami tak boleh tidursekatil. Rifqie tak boleh sentuh dia selagi dia belum sedia untuk terima Rifqiesebagai seorang suami. Okey, Rifqie setuju. Rifqie berikan masa pada dia.Rifqie tak nak rumah tangga kami hancur sebab perkara ni. Rifqie sayangkan dia,Tasha,” sambung Rifqie.
“How’s your mother? Is she canaccept your wife?” balas Tasha.
Rifqie angguk.
“Alhamdulillah! Sekurang-kurangnya,ibu Rifqie boleh nasihatkan Tasha. Mungkin hati Tasha akan lembut nanti. Siapatahu kan?” balas Tasha.
“It’s too late, Tasha! Mayaberkeras tak nak ibu Rifqie tinggal dengan kami. Guess what? Ibu Rifqiekecil hati dengan Rifqie tau. Ibu terus nak balik kampung dia kat Melaka. Rifqietersepit kat tengah. Antara isteri dan ibu. Rifqie terpaksa hantar ibu ke sana.Rifqie rasa bersalah sampai sekarang,” balas Rifqie.
Tasha beristighfar panjang. Ah,kasihan Rifqie! Dia bersimpati pada nasib yang menimpa Rifqie.
“Tasha faham perasaan Rifqie. Tasha pernahrasa macam tu sebelum ni. Dengar nasihat Tasha. Rifqie tak boleh berputus asadan mengalah dengan mudah. You’re a man! Rifqie kena kuat untuk berdepandengan kerenah Maya. Dalam masa yang sama, Rifqie kena berlaku adil pada ibuRifqie. Tanggungjawab seorang anak lelaki ni besar. Jangan biarkan ibu Rifqieterus salah anggap pada Rifqie. Cuba ambil hati dia,” nasihat Tasha.
Rifqie mengeluh.
“Macam mana caranya? Rifqie bingungsekarang ni! Selama dua hari kami hidup sebagai suami isteri, selama tulah Mayacuba duga kesabaran Rifqie. Dia nak kami berdua hidup umpama rakan serumah. Diajuga nakkan kebebasan. Rifqie tak boleh sekat apa yang dia nak buat. Habis tu,Rifqie ni siapa bagi dia? Rifqie ni suami dia, Tasha! Permintaan dia melampaui batasan!”bentak Rifqie.
Terjegil mata Tasha. Diusap dadanyaitu dek terkejut dengan cerita Rifqie. Dia terdiam seketika.
“Rifqie redha kalau ibu berjauh hatidengan Rifqie, Tasha. Rifqie… Rifqie…” Rifqie tidak mampu meneruskan kata.
Tasha menepuk bahu Rifqie.
“Chill, ok? You are a strong manthat I know. Tasha tahu, Rifqie seorang anak yang baik. Rifqie juga nakjadi seorang suami yang sempurna pada Maya. Nak tak nak, Rifqie terpaksatempuhi situasi macam ni. Mungkin sekarang Maya tak boleh terima Rifqie,mungkin ibu Rifqie masih marahkan Rifqie, tapi siapa tahu keadaan ni akanberubah suatu masa nanti? Sama-samalah kita berdoa okey?” Tasha memujuk Rifqie.
“Rifqie pun mengharapkan perkarayang sama, Tasha. Rifqie ikhlas cintakan Maya. Rifqie juga nak jadi anak yangsolehah pada ibu Rifqie. Ayah dah amanahkan Rifqie jaga ibu,” balas Rifqie.
“Okey…” Tasha menegakkan tubuhnya. “No,I want you to be calm. Tasha nakRifqie lupakan semua masalah ni untuk sementara waktu. Kita akan buat aktivitimakan, shopping, jalan-jalan masa kat KL nanti. Tasha nak Rifqieenjoy bila kita dah sampai sana nanti,” balas Tasha bersungguh-sungguh.
Rifqie mengukir senyuman.
“Terima kasih, Tasha. You reallymy bestfriend! Selalu ada bila Rifqie perlu, ada untuk setiap suka dan dukaRifqie dan dengar kisah pahit dan manis Rifqie. Thanks for everything!”ucap Rifqie. Terharu dengan usaha Tasha untuk menggembirakan hatinya itu.
“Ala…” Tasha kenyit mata padaRifqie. “Apa guna kawan kalau tak pandai nak hiburkan hati kawan dia kan?Rifqie kan tengah sedih. Dah jadi tugas Tasha untuk ceriakan Rifqie,” balasTasha.
Semakin lebar senyuman Rifqie. Diabersyukur kerana memiliki sahabat sebaik Tasha. Jauh di sudut hati, diaberharap agar persahabatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat merekaberdua. Amin!
“Hmm… laparlah,” rengek Tasha sambilmengusap perutnya.
“Okey, jom kita singgah kat RnR AyerKeroh. Rifqie pun nak rehat. Penat drive!” balas Rifqie.
“Yeay!” Tiba-tiba, Tashabertepuk tangan. “Nak makan ais krim!”
Rifqie tergelak. Tergeleng-gelengkepalanya dek tercuit hati dengan tingkah laku Tasha. Signal kiri diberi. LaluRifqie membelok keretanya ke arah RnR itu.