KEESOKAN hari, Hilman membawa Asha pulangke rumah.
“Sayang?”Hilman memeluk tubuh Asha dari arah belakang.
Ashamengusap lembut tangan suaminya.
“Hmm?”balas Asha sambil bola matanya lincah memerhati sekeliling ruang tamu. Rumahitu dipenuhi dengan perabot yang kelihatan agak mewah. Pelekat bergambar hatiyang tertampal di dinding di hadapannya itu juga menimbulkan suatu suasana yangsungguh mendamaikan hati. Susunan ator perabot juga kelihatan begitu sempurnadi matanya.
Hilmanmengukir senyuman lebar.
“Sayangsuka rumah ni?” soal Hilman.
“Suka!”balas Asha laju.
Hilmanmemusingkan tubuh Asha ke arahnya. Dicuit hujung hidung mancung isterinya itudengan mesra.
“Asha,inilah rumah yang kita akan diami mulai hari ini sehingga ditakdirkan salahseorang daripada kita dijemput oleh ILLAHI. Kita berdua akan membina kebahagiaankita di sini. Rumah ini juga akan menjadi saksi cinta abang kepada Asha,”beritahu Hilman.
Ashamenggenggam tangan Hilman.
“Saksicinta kita berdua, abang,” tambah Asha lalu merenung tepat ke dalam anak mataAsha.
Hilmansegera melarikan pandangan kerana tidak betah bertentangan mata denganisterinya itu. Debaran seperti terasa mengetuk di hati.
“Sayang,abang laparlah.” Hilman mendapat akal untuk mengubah topik. Diusap perutnyasejurus berkata.
Ashaketawa.
“Abangtak romantiklah. Asha baru nak acah-acah sweetdengan abang,” usik Asha.
Hilmanikut tergelak.
“Abangcuma akan bersikap romantik bila tiba masanya, sayang. Sekarang perut abangtengah bergendang. Boleh ke kalau sayang masakkan untuk abang? Abang teringinnak rasa air tangan isteri kesayangan abang ini.” Hilman memujuk rayu.
“Okey.”Asha menarik tangan Hilman. Mereka menuju ke dapur.