Cintayang tulus,
adalahdatang dari hati kau dan aku.
Bukankerana keterpaksaan.
Jugakerana hawa nafsu.
Keikhlasandalam persahabatan kita,
sekali gus menggamit rasa terharu di sukmaku.
Duhaiisteriku, patuhlah pada suamimu.
Usahmenindakkan siapa aku.
MAYAberpeluk tubuh tatkala melihat Rifqie yang barusahaja tiba. Dia tersenyum puas kerana Rifqie pulang keseorangan. Mujurlah PuanNoor tidak mengubah pendiriannya untuk tinggal di rumah adiknya itu. Barulahdia boleh menarik nafas lega. Tidaklah rahsianya terbongkar nanti.
LangkahRifqie mati seketika apabila menyedari kehadiran Maya. Tanpa menghiraukanisterinya itu, dia menyusun langkah ke arah biliknya.
“Rifqie?”tegur Maya. Dingin.
Rifqiememusingkan tubuhnya ke arah Maya.
“Ya?”jawab Rifqie.
“Manaawak hantar ibu awak tu?” Sengaja Maya menyoal. Berpura-pura mengambil beratperihal diri ibu mentuanya itu. Padahal, dia tidak ambil peduli pun. Hidup ke.Mati ke. Lantaklah!
Rifqiemelemparkan senyuman sinis pada Maya.
“Kenapaawak nak tahu? Bukan ke awak tak sukakan ibu saya? Lagipun tu yang awak nakkan?” sindir Rifqie.
Mayamencemikkan wajah.
“Saja.Dia kan ibu mentua saya. Salah ke kalau saya nak tahu?” balas Maya. Langsungtidak rasa bersalah.
“Awaktak perlu tahu. Ibu saya berada di tempat yang selamat.” Rifqie berpaling kearah biliknya. Lalu memulas tombol pintu.
“Sayabelum habis cakap lagi!” bentak Maya.
Rifqiemendengus.
“Apaawak nak lagi?” Rifqie cuba bersabar meskipun sedikit sebanyak tercabar dengantingkah laku Maya.
Mayamendekati Rifqie.
“Mulaihari ni, saya akan berpindah ke bilik ibu awak. Saya tak nak tidur sebilikdengan awak! Saya nak ada privasi sendiri! Awak tak berhak masuk ke bilik saya!Saya juga takkan sesekali curi masuk bilik awak!” Maya mula menetapkanperaturan di rumah itu.
Rifqiemenjungkitkan sebelah keningnya.
“Sukahati awaklah!” balas Rifqie. Tidak mahu bertelagah dengan Maya. Buang masasahaja!
“Satulagi, kita akan buat haluan masing-masing. Anggaplah macam kita berdua ni takada apa-apa ikatan yang sah! Kita cuma rakan serumah aje! Awak tak perlu ambiltahu hal yang berkaitan dengan saya! Saya juga bebas bergerak ke mana aje yangsaya nak! Saya tak perlu minta izin daripada awak!” sambung Maya sambilmerenung tajam segenap wajah Rifqie.
Rifqieterkesima.
“Awakjangan melampau, Maya! Awak tu isteri saya! Awak dah jadi tanggungjawab saya! Sayatakkan halang semua kehendak awak. Tapi tu tak bermakna awak boleh ketepikansaya! Segala tindakan awak perlu ada keizinan saya!” Rifqie sudah hilang sabar.Urat di lehernya kelihatan tegang menandakan kemarahan menguasai diri.
Mayaketawa sinis.
“Awakbukan siapa-siapa bagi saya, Rifqie!” tengking Maya.
“Sayasuami awak!” tekan Rifqie dengan nada kasar.
Mayaterdiam. Dia termati kata.
Rifqieberistighfar panjang. Cuba meredakan emosinya. Tanpa menunggu lama, dia segera masukke biliknya. Usai mengunci pintu, diayun kakinya itu menuju ke katil. Laludihempaskan tubuhnya di situ.
“YaALLAH, kuatkanlah hatiku,” gumamnya dengan nada sebak.
Beep!Rifqie menyeluk kocek seluarnya. Lalu ditarik keluar telefon bimbitnya itu.Mesej dari Tasha, kawan baiknya yang menetap di Singapura.
Tasha: Rifqiefree tak? Tasha nak call kejap.
Rifqiesegera membalas whatsApps itu.
Rifqie: Free. Callla.
Selangbeberapa saat, Tasha menghubungi Rifqie menerusi panggilan video whatsApps.
“Apakhabar, pengantin baru? Wah, seronoklah dapat hidup berdua kan. Untunglah! Tashajuga yang keseorangan.” Sengaja Tasha menyakat Rifqie.
Rifqietergelak lemah.
“Itonly happening in my dream, Tasha. Hakikatnya,kami berdua macam orang asing. Saling tak mengenali. Tapi ada hubungan sebagaisuami isteri,” balas Rifqie dengan nada sayu.
Tashatercengang.
“Woo…bunyi macam dah parah je ni? Apa yang dah berlaku ni?” soal Tasha ingin tahu.
“NantilahRifqie cerita. Tasha sihat ke? Tadi kata ada hal penting nak cakap denganRifqie. Apa dia?” Rifqie bingkas mengubah topik perbualan. Tidak mahu menambahkekusutan di kepalanya lagi.
“Alhamdulillahsihat. Actually, Tasha nak ajak Rifqie pergi KL esok. Tasha off day tigahari. Bosan pula bila duduk tak buat apa-apa. So, Tasha plan nak shopping danmakan-makan. Kalau Rifqie okey, Tasha nak booking hotel untuk kita. Satubilik untuk Tasha dan satu lagi untuk Rifqie,” balas Tasha.
Rifqiemembisu sejenak.
“Err…kalau Rifqie tak setuju, Tasha faham aje. Lagipun, you are someone husbandnow. Takkanlah Tasha nak ganggu suami orang pula kan?” balas Tasha denganrasa serba salah.
“Hisy,apa pula cakap macam tu? Rifqie memang dah kahwin. But, you are always be mybestfriend forever and ever. Kita kenal pun sebelum Rifqie jadi suami orangkan? So, tak salah kalau kita terus berkawan.” Rifqie membetulkantanggapan Tasha.
Tashamenghela nafas lega.
“Fuh!Thanks for your consider, Rifqie,” ucap Tasha.
“Sama-sama.Bukan ada orang peduli pun kalau Rifqie kawan dengan sesiapa. Entah-entah diatak kisah pun kalau Rifqie ni ada atau tak ada kat rumah. Rifqie ni bukanpenting bagi dia pun,” balas Rifqie.
“Takbaik cakap macam tu, Rifqie,” balas Tasha.
“Tulahrealitinya!” balas Rifqie. “Oh ya, Rifqie on je plan nak ke KLtu. Rifqie pun tengah cuti lagi ni. Next week baru start kerja.Esok nak ambil Tasha kat mana? Kita kena gerak pagi. Baru sampai awal,” sambungRifqie. Bila difikirkan semula, lebih baik dia ikut Tasha ke Kuala Lumpur.Dapatlah dia meredakan sedikit ketengangan yang dirasai ketika ini.
“Yeay!Thans a lot, my friend!” Tashabersorak gembira.
Rifqieketawa melihat telatah Tasha.
“Rifqieambil Tasha kat JB Central ke nanti?” soal Rifqie.
“Yup,macam biasalah! Jumpa esok!”
“Okey!”
Tutt!Talian video call itu dimatikan. Rifqie bingkas bangun lalu mengambil begpakaiannya yang ada di bawah katil. Dipilih beberapa helai pakaian untuk dibawabersama. Setelah itu, dia memasukkan baju-baju itu ke dalam beg. Lalu diamembuat persediaan yang lain pula.