5-2

HAMPIR semuamurid-murid Prasekolah sudah pun pulang. Hanya tinggal dua tiga orang lagj yangmasih belum diambil oleh ibu bapa mereka lagi. Keempat-empat tulang belakang PrasekolahSK Desa Pinggiran Putra itu mengambil tempat di bangku panjang yang dijadikansebagai ruangan menunggu. Masing-masing ingin melepaskan lelah buat seketikasetelah penat bekerja.

“Fuhh,lega rasanya! Selesai kerja hari ni,” ucap Cikgu Wan.

“Alhamdulillah,Kak Wan,” balas Cikgu Hanis.

“Kerjakami berdua yang belum selesai lagi,” celah Kak Zulaikha pula.

“Takapalah. Budak-budak pun dah balik. Tak ramai dah ni. Kalau korang berdua nakkemas kelas, pergilah. Kami boleh tolong tunggu kat sini,” balas Cikgu Hanis.

“Petangnantilah, kak. Sesak nafas ni. Nak rehat kejap,” balas Kak Zulaikha.

Amilinpula leka dengan telefon bimbitnya. Berbalas mesej dengan Halim. Sesekali diatersengih-sengih. Tanpa disedari, tingkah lakunya itu menarik perhatian KakZulaikha. Cikgu Hanis dan Cikgu Wan pula sedang berbual mengenai perkembangan anak-anakmurid mereka. Bukan itu sahaja, mereka saling berkongsi pendapat dan cadanganbagi membantu murid yang masih lemah dalam pelajaran.

BaruKak Zulaikha hendak mencuit pinggang Amilin, tiba-tiba Cikgu Wan bersuara.

“Hanis,jadi ke nak buat program sempena Hari Raya Haji tu?” soal Cikgu Wan ingin tahu.

KakZulaikha berkerut dahi.

“Programapa tu?” soal Kak Zulaikha ingin tahu.

“Akakplan nak buat aktiviti untuk budak-budak kita. Sambil mereka enjoy denganaktiviti ni, sambil kita terapkan ilmu dalam diri mereka. Kita kan dah adakebun cilik Prasekolah. Sikit sebanyak, kita boleh selitkan unsur bercucuktanam dan kita boleh berjualan hasil dari tanaman tu. Selain tu, kita bolehkembangkan ilmu dari segi pendidikan Islam pula. Kebetulan Raya Haji pun dahnak dekat ni. Apa kata kalau kita buat Program Junor Hajj dengan budak-budak?Cadangan akak ni okey tak?” terang Cikgu Hanis satu per satu.

CikguWan terangguk-angguk.

“Akaksuka aktiviti tu. Murid-murid dapat belajar cara untuk tunaikan fardhu Haji.Mereka dapat rasa pengalaman pakai pakaian sepanjang tempoh Ihram. Boleh berwukufdi Padang Arafah, melontar di Jamrah Aqabah dan semua perkara wajib Haji,” sokongCikgu Wan.

“Ikaokey aje. Kita buatlah yang terbaik untuk budak-budak. Mak ayah pun dahamanahkan tanggungjawab ni pada kita kan. Tapi, macam mana kita nak jalankanprogram tu, kak? Tenaga kita cuma empat orang. Ika rasa kita perlukan personin-charge yang boleh uruskan program ni,” soal Kak Zulaikha ingin tahu.

“Akakada contact dengan satu travel agency ni. Dia memang ada buatpakej simulasi Haji kat tadika swasta dan sekolah. Akak ada minta pampletkat dia. Nanti akak tunjuk. Harga dia pun berpatutanlah. Menariknya, dia akansediakan satu beg yang ada passport dan visa. Lepas dah cop passport, barulahbudak-budak boleh mulakan ibadah. Ada satu ustaz yang akan guidebudak-budak ni nanti,” balas Cikgu Hanis.

CikguWan berdehem.

“Termasukdengan penyediaan peralatan sekali ke? Contohnya, kaabah,” celah Cikgu Wan.

“Ya.Kalau semua setuju, akak nak buat kertas kerja. Kemudian mohon kebenaran dan signGuru Besar,” balas Cikgu Hanis.

KakZulaikha mengukir senyuman.

“Kitaproceed la, kak!” sahut Kak Zulaikha.

“KakWan?”

CikguWan mengangguk. Memberikan kata putusnya.

“Milin?”Cikgu Hanis toleh ke arah Amilin.

Amilinmasih ralit dengan dunianya.

“AmilinSaffiya!” sergah Cikgu Hanis.

Amilintersentak. Diangkat wajahnya itu. Lalu silih berganti memandang mereka bertiga.Mukanya terpinga-pinga.

“Daritadi asyik sibuk dengan phone aje. Buat apa tu, hmm?” Cikgu Hanisbercekak pinggang.

“Err…”

CikguWan bangun lalu duduk di sebelah Amilin. Dicubit peha gebu Amilin dengan rasageram.

“Milinni kan? Fikir apa tu?” Giliran Cikgu Wan pula yang membebel pada Amilin.

KakZulaikha pula tersenyum simpul.

Amilinberdesis kesakitan.

“Hisy,tangan ketam ni!” Amilin menggosok pehanya lalu menjeling tajam.

“Haapadan muka! Kita tengah berbincang. Dia boleh sengih-sengih tengok phone. Adaapa kat phone tu? Meh sini akak nak tengok!” Cikgu Wan sengajamenggertak Amilin. Disuakan tangannya ke arah telefon bimbit Amilin.

Amilinbingkas mengangkat telefon bimbitnya itu ke udara.

“Adaorang tu excited nak jumpa buah hati dia malam ni, Kak Wan, Kak Hanis.”Selamba Kak Zulaikha memberitahu.

“Haa?”Serentak Cikgu Hanis dan Cikgu Wan menjerit, sambil menjegil mata.

“KakIka! Hisy, kan dah kantoi!” marah Amilin pada Kak Zulaikha.

KakZulaikha menjelirkan lidahnya pada Amilin.

“Bersiapsedialah untuk disoal siasat,” sindir Kak Zulaikha.

Amilinberdecit.

“Siapalelaki tu? Macam mana Milin boleh kenal dia? Macam mana personaliti diri dia?Panas baran? Baik hati?” Nah! Bertubi-tubi soalan yang terluah dari bibir CikguWan.

Amilinmenepuk dahi.

“Banyaknyaso…”

“Jawab!Kami bertiga nak tahu! Apa, ingat senang ke kami nak lepaskan adik kami ni padalelaki yang kami tak tahu asal usul dia haa? Kami nak kena brain washdia habis-habisan dulu! Tahu latar belakang dia serba sikit. Ukur sedalam manakeikhlasan dia pada Milin,” jawab Cikgu Wan dengan nada tegas.

Amilintersenyum. Terasa dirinya begitu dihargai oleh mereka bertiga.

“Namadia Halim. Dia kawan Milin dari zaman sekolah menengah dulu. Kami lost contact.Dia add Milin kat Facebook. Sejak tu, kami mula mesej dan jadi rapatsemula. Akak jangan risau. Dia baik sangat. Tak pernah berubah sikap dia tu,”cerita Amilin.

“Kejap,”celah Cikgu Hanis. “Dia ni ke yang Milin cerita pada akak?” soal Cikgu Hanismenginginkan kepastian.

“Ya,”jawab Amilin.

“Akakmacam berat hatilah, dik. Takut dia cuma nak ambil kesempatan pada Milin aje. Pleasebe careful. Jangan mudah menyerah pada lelaki! Jangan disebabkan cinta,Milin lupa segala-galanya. Keindahan cinta ni cuma sekejap aje. Ingat ALLAHsebelum buat sesuatu. Akak tak nak Milin menyesal di kemudian hari nanti,”balas Cikgu Hanis.

Sebaknada suara Cikgu Hanis ketika menuturkan kata-kata itu. Entah mengapa hatinyaberasa seakan tidak sedap. Seolah-olah ada perkara buruk yang akan menimpaAmilin. Subhanallah… minta dijauhkanlah!

“Akakjangan risau. Insya-ALLAH! Tahulah Milin jaga diri. Milin masih boleh fikirdengan waras lagi,” balas Amilin bersungguh-sungguh. Tidak mahu tiga orangkakak kesayangan itu risau.

“Apakata kalau Milin kenalkan dia pada kami bertiga dulu? Biar kami teliti orangnyadulu. Bila kami bagi green light, baru Milin boleh keluar dengan dia,”cadang Kak Zulaikha.

“Akaksetuju! Lagipun kami susah hati la. Milin nak keluar dengan dia malam ni.Apa-apa boleh berlaku,” balas Cikgu Wan pula.

Amilingosok tangan mereka bertiga seorang demi seorang.

“Takada apa-apa yang akan terjadi. Percayalah pada Milin okey?” pujuk Amilin.

“Betulni?” Cikgu Hanis merenung Amiilin.

“Ya!”Amilin mengangkat tangan kanan. Umpama sedang membaca ikrar.

“Baiklah.You take care ok? Apa-apa hal, tolong update pada kami bertiga.Jangan senyap! Faham?” Setelah agak lama berdiam diri, barulah Cikgu Hanismemberi kebenaran pada Amilin.

“Ya!Kita ada whatsApss group. Inform dalam tu!” tambah Kak Zulaikha.

“Kalautak, esok akak piat telinga adik akak ni!” ugut Cikgu Wan.

“Taknaklah!” Amilin cepat-cepat menjauhkan diri daripada Cikgu Wan.

Merekabertiga ketawa dek tercuit hati dengan aksi Amilin.

Previous: 5-1
Next: 5-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.