TASHA menjelingke arah Rifqie. Sedari tadi, Rifqie hanya mendiamkan diri. Lelaki itu begitutekun menumpukan perhatian pada pemanduannya. Namun, Tasha yakin yang Rifqiepasti sedang memikirkan pertemuan kali pertamanya dengan Amilin.
“Erm…bisu aje dari tadi. What are you thinking? Is that her on your mind now?”Sengaja Tasha ingin menduga hati Rifqie.
Rifqieberkerut dahi.
“Who?”soal Rifqie. Padahal, dia tahu siapa yangdimaksudkan itu.
Tashamenjulingkan matanya ke atas.
“Youknow who. Ke nak Tasha mentionnama dia?” sindir Tasha selamba.
Rifqieketap bibir.
“Letme guess. You’re think about Amilin. Am I right?” Tasha tidak mahu mengalah selagi Rifqie tidakberterus terang.
Perlahan-lahanRifqie mengangguk. Mengiyakan tekaan Tasha. Wajahnya serta-merta merah padam.Ada satu rasa aneh menyelinap masuk di dalam hatinya. Cuma dia gagal mentafsirperasaan itu.
Tiba-tibaTasha bertepuk tangan.
“Raikanapa ni?” Rifqie tercengang dengan tindak balas Tasha.
“Tashadah lama kenal Rifqie.Dah lima tahun kita berkawan tau. Tasha dah masakdengan sikap Rifqie! Dalam hati Rifqie tu tengah beralun muzik cinta kan? Muziktu pula ada sebut nama Amilin,” usik Tasha.
Bulatmata Rifqie.
“Mengarutlah!Tasha dah lupa ke yang Rifqie ni suami Maya? Rifqie masih sayangkan Maya.Lagipun, orang cantik macam Amilin tu mesti dah ada yang punya. Dia mesti dahada pilihan sendiri.” Rifqie membetulkan tanggapan Tasha. Dia bukanlah lelakicurang! Dia masih setia pada Maya.
Tashamengukir senyuman.
“Apapunbergantung pada jodoh, Rifqie. Kita serahlah semuanya pada ALLAH. Kalau jodohRifqie dengan Maya masih panjang lagi, alhamdulillah. Sama-samalah kita berdoaokey?” balas Tasha.
“Amin!Rifqie pun mengharapkan perkara yang sama juga. Semoga hati Maya terbuka untukRifqie,” balas Rifqie.
“Amin!”
Heningseketika.
“Tapikalau perkara sebaliknya yang berlaku, Tasha berani kerat jari yang Rifqie akanminta phone number Amilin dari Idayu.” Tasha masih tidak berputus asa.
“Tasha!It never happening! I have wife! I love my wife!” Rifqie sudah mulamembebel.
Tashaterus ketawa.