4-1

Rakanyang baik,

Menginginkanyang sempurna untuk rakannya.

Bukansaling mempertikaikan,

mahupunmemperlekehkan.

Cintapula?

Bakalterdetik dari jiwa yang tulus mengasihi.

Meskipunia hadir sebagai cinta pandang pertama.

Bukannyahanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

Sebaliknya,kasih ibulah kasih yang tulus buat si anak.

 

SEMASAdalam perjalanan menuju ke sekolah, Amilin menerima panggilantelefon daripada Idayu. Idayu adalah rakan kerja Amilin ketika di sekolahlamanya dulu. Cuma mereka berbeza jawatan. Idayu bekerja sebagai PembantuTadbir. Mereka agak rapat. Bahkan saling berkongsi cerita dan bertukarpendapat.

Amilinberdecit. Apa yang Idayu mahukan? Lantas deringan itu dibiarkan sehingga iamati sendiri. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berdering lagi.Terpaksa dijawab panggilan itu. Earpiece dihumbankan ke telinga.

“Ya,Kak Ayu? Pagi-pagi buta dah cari Milin. Milin tengah drive ni!” Amilinmemberi alasan.

“Aik,awalnya pergi kerja? Relax la, Milin! Baru pukul 6.30 kan? Budak-budakpun tengah tidur lagi kut. Kau nak tunjuk rajin kat siapa? Dekat big boss ke?Atau kau nak dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ni?” Selamba Idayumemerli Amilin.

Amilinberdecit.

“Akak,skop kerja kita berdua ni kan tak sama. Akak kerja kat office, Milin nipula kat prasekolah. Akak hadap komputer tiap-tiap hari. Milin ni pula kenalayan anak murid. Ada beza tau!” Amilim membalas sindiran Idayu.

Idayutergelak.

“Aik,kau terasa ke, Milin?” balas Idayu.

“Takadalah. Cuma sentap,” sindir Amilin.

“Okey,ala kau ni… aku nak bergurau aje. Tak perlulah nak ambil serius. Sori!” Idayutahu Amilin marah. Cepat-cepat dia memohon maaf.

Amilinmenjulingkan matanya ke atas.

“Hmm…kenapa call Milin ni?” Amilin mengubah topik.

“Haa…aku nak bergosip dengan kau ni, Milin! Gosip panas! Kau ingat Kak Kiah? Mak cikyang buka gerai nasi lemak dekat dengan sekolah?” Seperti biasa, Idayu yangterkenal dengan gelaran ‘wartawan tak bertauliah’ mula bercerita.

Amilingosok kepala. Aduh! Dia nak ajak aku membawanglah pula!

“Ya.Kenapa dengan dia?” soal Amilin acuh tak acuh. Malas hendak melayan Idayu.

“Pagisemalam, masa aku pergi beli nasi lemak. Semua orang bercerita pasal anak diatau. Ikut kata diorang, anak dia lari ikut mat bangla. Lepas lima bulan,tiba-tiba muncul semula. Siap dengan pakej perut boyot. Rupa-rupanya…”

“Belumkahwin lagi?” celah Amilin. Dengan harapan agar Idayu berhenti menjaja aiborang lain. Maruah orang lain haruslah dijaga. Bukan diperkotak-katikkan sesukahati.

“Ya,Milin! Mat bangla tu kena tangkap Polis. Mencuri kat kedai runcit. Bila Polissiasat latar belakang dia, mat bangla tu masuk Malaysia dengan cara salah. Nowdah kena tahan. Nak kena hantar balik Bangladesh,” cerita Idayu.

Amilinberistighfar panjang. Dia tidak mahu ambil tahu perihal mat bangla itu. Diabersimpati pada nasib yang menimpa gadis malang itu. Tersilap percaturan,akhirnya memakan diri. Keluarganya juga turut mendapat malu disebabkan perkaraitu.

“Tulah…gatal sangat nak ikut jantan tu! Tengoklah apa yang dah jadi sekarang ni. Takmemasal ada anak…”

“Takbaik mengata orang, kak!” potong Amilin sebelum sempat Idayu menghabiskanayatnya. Tahu apa yang ingin dikatakan oleh Idayu. Dia sendiri tidak sanggupmendengar status itu. Disebabkan kesilapan ibu bapa, anak tidak bersalah yangmenjadi mangsa.

Idayumendengus.

“Eh,apa yang tak baik? Bukan aku seorang aje yang heboh pasal cerita ni. Habis satutaman. Termasuklah cikgu-cikgu dan staf sekolah,” balas Idayu.

Amilinmengeluh. Tipikal melayu! Suka menjaga tepi kain orang. Mereka sepatutnyamuhasabah diri. Ambil iktibar daripada peristiwa yang menimpa keluarga Kak Kiahitu.

“Yalah…siapa nak jadi macam tu, kak? Itu dah takdir dia,” bidas Amilin.

Idayutergelak sinis.

“Diayang pilih jalan ni. Terimalah…” balas Idayu. “Kau tu… aku nak kau jaga diri.Jangan jadi macam anak Kak Kiah tu. Kalau kau terfikir nak buat perkara macamtu, siap kau! Aku terus putuskan persahabatan kita!” Tiba-tiba Idayu mengaitkannama Amilin.

Amilintersentak.

“Eh,apa kena-mengena dengan Milin? Kak, Milin ni masih waras lagi! Milin takkanlakukan perkara terkutuk tu! Lagipun, manalah ada orang yang sudi pandang Milinni. Dahlah tak cantik. Gemuk pula tu.” Amilin merendah diri.

“Kaukena dietlah, Milin! Barulah ada lelaki nak dekat dengan kau.” Idayu membericadangan.

Amilintersenyum.

“Milinselesa dengan keadaan Milin sekarang ni. Milin tak nak ada sebarang hubungandengan mana-mana lelaki! Milin tak nak kahwin!” tegas Amilin. Jujur, dia berasatakut untuk mendirikan rumah tangga. Keluarganya sendiri pun kucar-kacir.Bagaimana dia mahu membina rumah tangga yang bahagia?

“Kauni macam takut nak kahwin aje. Kenapa dengan kau ni?” Acap kali soalan ituterpacul keluar dari bibir Idayu.

“Takada apa-apa. Cuma nak berjaga-jaga aje.” Amilin tidak mahu berkongsi halperibadinya dengan Idayu. Lebih baik rahsia itu dipendam seorang diri.

“Betulni?”

“Ya!”

“Ke…kau nak aku carikan calon suami untuk kau? Aku no hal! Aku on aje!”Beria-ia Idayu menawarkan pertolongan.

Amilinterjegil mata.

“Takapalah, kak. Terima kasih ajelah!” tolak Amilin.

Sementaraitu, Amilin memberi signal kanan. Lalu membelok keretanya itu dan masuk kedalam kawasan sekolah. Diparkirkan keretanya itu berdekatan dengan bangunanprasekolah.

“Eh,niat aku ni baik! Aku nak tengok kau naik pelamin. Dapat suami yang baik. Anakyang…”

Amilinmematikan enjin kereta.

“Okeylahkak, Milin dah sampai ni. Nanti kita borak lagi.” Cepat-cepat Amilin memintaspercakapan Idayu.

“Eh,aku belum habis lagi! Aku offer kau ni, Milin. Kau nak ke tak? Tawaranni terhad tau!” Idayu terus-terusan mendesak Amilin.

“Milintak nak! Dahlah kak, Milin nak pergi buat sarapan pagi untuk budak-budak ni!Nanti Milin call akak semula,” balas Amilin.

“Kejaplah.Aku…”

Tutt!!!Amilin mematikan talian. Dia menghela nafas lega. Baru hendak membuka pintu,Idayu menghantar whatsApps padanya. Spontan dia buka lalu baca.

Idayu: Kau ni!Aku x habis ckp lgi. Aku nak tnya kau ni. Kau tak nak keluar lunch dgn aku ke?Dah lama kita tak lepak sama-sama.

 

Lajujarinya menekan papan kekunci untuk membalas mesej Idayu.

 

Amilin: Nantilah.Tunggu Milin free k.

 

Telefon bimbit dimasukkan ke dalam beg tangan. Dibuka pintu kereta. Laludibolos keluar dari perut kereta. Usai pintu dikunci, Amilin menyusun langkahmenuju ke arah pagar prasekolah.

Previous: 3-3
Next: 4-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.