Tak ku sangka...
Kau musnahkan hidupku ini begitu sahaja...
Hanya kerana…
Kau dibutakan dengan kemewahan di dunia fana!
Oh kejamnya!
Kerakusanmu itu mengatasi segala...
Bergelumang dengan dosa...
Tak kau hiraukan pembalasan pedih maha Esa...
(Kejam by Siti Nordiana)
Tiga bulan kemudian…
EMPAT sekawan itu dalam perjalanan pulang ke hotel. Setelah seharian penat berjimba di sekitar Cameron Highlands, dan membeli-belah. Kereta Perodua Alza itu dipandu oleh Cikgu Wan. Kelihatan Cikgu Wan sedang video call dengan suaminya itu. Cikgu Hanis dan Kak Zulaikha pula sudah lena. Tinggallah Amilin yang terkebil-kebil melihat ke luar tingkap.
Dek kebosanan, Amilin mengambil telefon bimbit di dalam beg tangannya. Lalu mula melayari laman sesawang Facebook. Semua status rakan mayanya itu dibaca sekali imbas sahaja. Ada juga status yang dia like.
Amilin terjegil bila melihat status Halim. Dia terkedu.
Halim: Alhamdulillah. Dgn sekali lafaz, kami sah bergelar psgn suami isteri. Insya-ALLAH, till jannah!
Ada juga gambar Halim dan isterinya itu. Lengkap berpakaian sepersalinan baju pengantin. Mereka kelihatan sangat bahagia itu.
Posting itu membuat Amilin terkedu. Telefon bimbit terus terlepas dari pegangannya. Perasaannya bercampur baur kini. Ada rasa marah! Rasa benci! Juga rasa ditipu! Rasa dirinya seperti diperalatkan untuk memberikan kepuasan pada Halim sahaja. Dass! Kata-kata Idayu sebelum ini bagaikan terngiang-ngiang di cuping telinganya.
Habis madu sepah dibuang.
Perumpamaan itu sangat sesuai mencerminkan keadaan dirinya pada ketika ini. Dijanjikan bulan dan bintang. Setelah itu, ditinggalkan tanpa sebarang khabar berita. Dia bak perigi mencari timba. Mengabadikan cinta pada orang yang ternyata hanya berniat untuk mengambil kesempatan sahaja. Kejam! Halim sungguh kejam!
Lantas, Amilin screenshot gambar itu. Dibuka aplikasi whatsApps. Ditekan nama Halim. Lalu dikirimkan gambar itu beserta caption, ‘Give me explanation!’
Beberapa minit kemudian, mesejnya itu berbalas.
Halim: Anggaplah kita x ada jodoh, Milin! Jodoh Halim dgn wife Halim! Halim sygkn wife Halim! Apa yang berlaku antara kita adalah satu kesilapan! and should not happen between us! Lupakan Halim! Carilah lelaki yg lebih sesuai dgn Milin. Yg boleh bahagiakan Milin!
Amilin tergelak lemah. Laju jemarinya bermain di papan kekunci untuk membalas mesej itu.
Amilin: 3 bulan, Halim! Milin tertunggu-tunggu mesej Halim. 3 bulan tau! Dan dengan mudahnya Halim ckp macam tu? Ada Halim fikirkan prsn Milin? Milin serahkan sepenuh jiwa raga Milin pd Halim! Cinta Milin! Maruah Milin! Semua utk Halim! Adil ke tindakan Halim pd Milin? Adil ke haa?
Sepantas kilat Halim block Amilin. Amilin cuba menelefon Halim. Sama juga.
Air matanya mula menitis. Jiwanya sengsara. Hatinya menderita. Batinya terseksa! Tergamak Halim mengkhinati cintanya itu. Subhanallah…
Cikgu Wan bingkas mematikan talian. Dikerling Amilin menerusi cermin tengah.
“Are you ok, Amilin? Why are you crying?” Cikgu Wan mula berasa risau.
Cikgu Hanis dan Kak Zulaikha yang baru terjaga turut sama terkejut bila melihat Amilin.
“Kenapa ni, Milin?” soal Kak Zulaikha.
“Milin sakit ke?” celah Cikgu Hanis.
Amilin geleng perlahan.
“Dah tu kenapa?” tanya Cikgu Wan pula.
Amilin teresak-esak.
“Milin rasa teraniaya, kak. Sampai hati dia! Dia dah berjaya perdayakan Milin! Milin bodoh sebab percayakan dia!” Amilin semakin hilang pertimbangan diri.
“Siapa yang Milin maksudkan ni?” tanya Kak Zulaikha.
“Halim.”
Buntang mata Cikgu Hanis. Firasatnya ternyata benar. Halim tidak ikhlas menjalinkan hubungan cinta dengan Amilin. Amilin hanya dijadikan sebagai tempat pelepas hiburan sahaja!
“Cakap dengan kami, Milin! Apa dia dah buat pada Milin?” balas Cikgu Hanis. Kemarahannya pada Halim semakin membara-bara. Ditambah lagi dengan perbuatannya yang telah mengecewakan Amilin.
Cikgu Wan mendengus.
“Dia tu memang jantan tak gunalah!” bebel Cikgu Wan.
Amilin membisu.
Kak Zulaikha meraih tangan Amilin. Digenggam kedua-dua belah tangan itu. Ingin menyalurkan kekuatan agar gadis itu tabah dengan ujian ini.
“Jangan sedih okey? Kami kan ada. Kami takkan biarkan dia sakiti hati Milin lagi,” pujuk Kak Zulaikha dengan nada lembut.
Amilin tertuduk ke riba.
“Jawab soalan kami, Milin!” desak Cikgu Wan.
Hati Amilin diulit hiba bila teringat foto perkahwinan Halim.
“He’s married to someone else,” beritahu Amilin dengan nada sebak. Dek tidak tertanggung rasa kecewa, Amilin menangis. Diraupkan wajahnya itu. Bahunya ikut sama terhenjut-henjut bersama suara tangisan yang semakin kuat.
Kak Zulaikha tarik Amilin ke dalam pelukan. Diusap belakang tubuh itu perlahan-lahan.
“Lepaskan semuanya kalau tu yang dapat buat Milin rasa tenang,” ucap Kak Zulaikha.
Amilin membalas pelukan Amilin.
Luluh hati Cikgu Hanis dan Cikgu Wan bila melihat keadaan Amilin. Halim adalah cinta pertama Amilin. Berita ini memang memberikan suatu tamparan hebat buat Amilin. Ah, kasihan Amilin!