TELEFON bimbitdicampak ke lantai usai hatinya puas memaki hamun penumpang teksi Amin melaluiaplikasi WhatsApps. Dia tersenyum jahat. Rasakan kau!
Zirabangun lalu bergegas ke dapur. Mahu memasak hidangan istimewa buat Amin dananak-anaknya. Sebentar lagi, anak-anaknya itu akan pulang dari rumah bekassuaminya. Mereka pasti kebuluran! Menyusahkan dia sahaja!
“Zira!”Bergema suara jeritan Amin dari arah ruang tamu. Sekelip mata sahaja lelaki itusudah terpacul di dapur.
Ziramengerling sekilas Amin sebelum menumpukan perhatian pada masakannya.
“Apahalkau ni? Dah gila ke?” sindir Zira. Tiada sedikit pun rasa bersalah di dalamdiri.
“Apayang Zira dah buat?” herdik Amin sekali gus merampas sudip di tangan isterinya.
Zirabengang.
“Kaubuta ke haa? Aku tengah masaklah, bodoh! Nak bagi kau makan! Makan sampai perutkau meletup! Lepas tu mati! Senanglah kerja aku nanti! Aku bebas ke sana sini!Budak-budak tu pula aku hantar ke rumah anak-anak yatim! Habis cerita!”
Aminsentap. Disabarkan hatinya semampu boleh agar tidak membidas kata-kata Zira.Jika dilayan, kelak akan mencetuskan pertengkaran yang lebih dasyat.
“Abangtak nak bergaduh dengan Zira. Abang…”
Ziralempar sudip ke sinki.
“Dahtu, kau nak apa haa?” herdik Zira dengan nada keras.
“KenapaZira whatsApps penumpang abang. Tak cukup dengan tu, Zira hina dia. Zira dahmelampau! Tolonglah fikir sebelum bertindak! Perbuatan Zira ni buat abang nyarishilang kerja tau!” Amin masih cuba berlembut dengan Zira.
Ziraketawa sinis.
“Eh,baguslah kalau kau kena pecat! Puas hati aku! Barulah kau tak menggatal denganperempuan tu!” cemuh Zira.
“YaALLAH! Abang tak ada apa-apa hubungan dengan dia! Dia tu regular customer abang!”tegas Amin membela diri.
Ziramencebik.
“Ah,tu semua alasan! Dia sebenarnya kekasih gelap kau kan?” tuduh Ziramembuta-tuli.
Aminmelepaskan keluhan.
“Subhanallah…abang tak pernah ada niat untuk curang pada Zira! Abang ni suami Zira! Ayahpada anak-anak kita!” Amin masih tidak mengalah. Tidak mahu dirinya terusmenjadi mangsa cemburu buta Zira.
“Eh,lelaki macam kau ni lelaki tak guna! Perempuan dijadikan tempat pemuas nafsu!Habis madu sepah dibuang!” Dek terlalu mengutamakan kemarahan, Zira tidak mahumendengar penjelasan Amin.
“Sudahlah!Abang dah penat layan kerenah Zira!” Semakin lama mereka bertikam lidah, semakinretak hubungan mereka. Lebih baik Amin beralah sebelum keadaan menjadi parah.
Ziramendengus.
“Jangannak mengelak! Aku belum habis cakap lagilah, sial!” Zira mencengkam leher bajuAmin.
Aminmenepis kasar tangan halus Zira. Dicengkam tangan itu sekuatnya.
“Sakitlah,jantan tak guna!” jerit Zira sekuat hati.
“Diam!Dengar sini, abang nak hidup lama dengan Zira dan anak-anak kita! Tolonglahberubah! Sebaik aje abang lafaz akad nikah bernamakan Zira, abang dah tanamtekad untuk jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab dan penyayang! Faham?” Tanganitu dilepaskan. Serentak itu, Amin berpusu masuk ke biliknya.
“Hoi!Argh!” Zira hentak kaki. “Pandai berjanji konon? Puih!”
Lantasdimatikan api. Kuali itu diangkat lalu dibawa ke tong sampah. Segala isi didalam dibuang. Meledak tawanya apabila melihat makanan yang belum sempatdijamah oleh suami dan anak-anaknya itu.
“Mati kebulurlah kau dan budak-budaktak guna tu!”