2-1

Impianitu kubenam sedalamnya.

Agarkubisa raih cintamu.

Namunbenarlah...

mampukahkugapai cintamu itu?

Supayaperkahwinan yang terbina ini diredha ALLAH.

Jugaditerima dengan sejuta keikhlasan.

 

AMILINmembawa enam anak murid di bawah jagaanya iaitu Aisy,Nufaiel, Rayyan, Dhiya, Najwa dan Hasbi ke stesen Air Asia di tingkat duabangunan Kidzania itu. Anak-anak muridnya itu sudah puas bermain aktiviti pakaianberagam pegawai Polis, bomba, penghantar surat khabar dan menjadi chef direstoran McDonalds.

Semasasedang menunggu giliran, Amilin sempat mengerling ke arah petugas di Kidzaniayang memakai seragam pramugari dan juruterbang Air Asia. Dari dahulu lagi,itulah impiannya! Ingin bergelar pramugari Air Asia. Kelulusannya yangcemerlang di dalam SPM juga membolehkan dia memohon jawatan itu. Cuma terpaksadibatalkan hasratnya itu. Fizikalnya agak gempal meskipun wajahnya dijagabegitu rapi.

Amilinmelepaskan keluhan.

“Satuangan-angan yang tak kesampaian, Milin.” Amilin memujuk hatinya untuk menerimahakikat itu.

“CikMilin? Cik Milin?” Najwa menarik hujung t-shirt muslimah Amilin.

Amilintersentak. Dia segera menoleh memandang Najwa.

“Lambatlagi ke?” rengek Najwa sambil bibirnya dijuihkan ke arah sekumpulan murid yangsedang melakukan aktiviti di dalam stesen itu.

Amilinmengukir senyuman.

“Sabarlah,sayang. Lepas ni giliran kita pula,” pujuk Amilin.

“Entahkau ni! Kan Cik Milin suruh tunggu. Kan ramai orang kat dalam tu? Kau taknampak ke?” celah Aisy. Memarahi Najwa.

Amilintergeleng-geleng apabila melihat telatah Aisy. Telatahnya kanak-kanak lelakiitu ada kalanya menghiburkan. Ada kalanya boleh membantu ketika dia memerlukan.Didikan ibu bapa Aisy sungguh bagus!

Najwamendengus. Lalu memeluk tubuh. Dia menarik muka cemberut.

“CikMilin, tengok Aisy ni!” bentak Najwa.

Amilinmembongkokkan tubuhnya. Pipi kanak-kanak perempuan itu diusap manja.

“Kitakenalah bersabar, Najwa. Sabar tu kan indah. Orang yang sabar ni selalunyauntung tau. Haa… lepas ni Najwa boleh jadi pramugari. Nak tak? Najwa bolehpergi jalan-jalan tau. Tapi sebelum tu, kita berilah peluang pada orang laindulu. Semua orang nak jelajah dunia tau.” Amilin cuba menggunakan pendekatanpsikologi untuk mengambil hati Najwa.

“Betultu!” celah Hasbi pula. “Ustazah Umi kan ada ajar kita dulu? Sabar tu separuhdaaripada…”

“Iman…”sambung kanak-kanak yang lain pula.

“Pandai!”puji Amilin.

Dalampada masa itu, sekumpulan murid itu sudah pun beredar keluar. Beberapa minitkemudian, giliran anak-anak murid Amilin pula. Dengan penuh teruja, enam orangkanak-kanak itu berpusu-pusu masuk ke dalam. Tinggallah Amilin seorang diri diluar.

Airmata Amilin menitis setitik apabila melihat Najwa, Dhiya dan Hasbi memakaipakaian seragam Pramugari Air Asia. Manakala, Aisy, Nufaiel dan Rayyan pulamemakai pakaian seragam juruterbang Air Asia. Amilin serta-merta mengesat airmata yang bertakung di kolam matanya. Ditarik nafas dalam-dalam untuk mengawaldiri.

‘AmilinSafiyya, kerja ni bukan rezeki kau. Kau cuma seorang Pembantu Pengurusan Muriddi Prasekolah aje. Lagipun, skop kerja kan lebih kurang sama. Kalau kat awanbiru, mereka akan layan tetamu dari highclass ke economic class. Akupula? Layan murid-murid Prasekolah. Okeylah kan?’ Amilin memujuk hati.

Beep…Satu panggilan dari aplikasi WhatsApps diterima. Amilin bingkas menyeluk kocekseluar jeansnya. Ditarik keluar telefon bimbitnya itu. Satu nombor yang tidakdikenali terpamer di layar skrin. Dia berkerut dahi.

“Siapani?”

Lantasdijawab panggilan itu. Telefon bimbit diletakkan di cuping telinga kanan.

“Assalamualaikum?”sapa Amilin dengan nada sopan.

Previous: 1-3
Next: 2-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.