1-2

“HOI laki tak guna, mana kau pergi haa?Jam dah pukul dua. Kau baru reti nak tunjuk muka kau yang berlubang sana sinidepan mata aku ni? Ingat aku ni tunggul kayu ke haa?” herdik Zira seusaiterlihat kelibat Amin yang hendak ke dapur untuk mengambil minuman.

Langkah Amin semertamati. Dipusingkan tubuhnya ke arah isterinya itu.

“Apa Zira merepek ni? Abangni pergi kerja, bukan pergi berjudi! Abang cari rezeki untuk kita tiga beranak!”

Amin cuba bersabar dengankerenah Zira. Lagipula, tindakan Zira bukan boleh diduga. Di luar jangkauanpemikirannya. Ada ketika wanita itu akan bertindak gila. Ada masanya pulabersikap lemah lembut. Entahlah!

Zira ketawa sinis.

“Pergi kerja konon?Puih!!! Aku memang tak percaya orang macam kau nilah! Entah-entah pergi caribetina lain kot? Bapa si Qisha ni macam kaulah! Aku penat jaga anak macam nakmati! Dia pergi bersenang-lenang dengan perempuan lain!” Sekali lagi Ziramelemparkan tuduhan tidak berasas kepada Amin. Bahkan menyamakan sikap Amindengan bekas suaminya itu.

Amin segera mengusap dadasambil beristighfar panjang. Ingin sahaja diceraikan Zira dek tidak tahandengan sikap isterinya itu lagi. Namun mengenangkan wajah Qisha dan Faiz, jugabayi di dalam kandungan Zira, dia menabahkan hati. Dengan harapan agar Ziraakan berubah suatu masa kelak.

“Abang bukan macam ex-husbandZira! Abang tahu tanggungjawab abang! Abang masih ingat anak bini abang kat rumah ni! Kenapa Zira asyik carisalah abang?” Amin tetap mempamerkan reaksi tenang meskipun kemarahan sudahbergumpal di dadanya.

Zira mendengus. Serentakitu, dia bingkas berlari ke bilik. Beberapa minit kemudian, dia keluar bersamatelefon bimbit di tangan. Dia meluru ke arah Amin.

“Apa ni?” tengking Zirasambil menyua telefon itu kepada Amin.

Telefon bimbit bertukartangan. Terpamer gambarnya bersama seorang wanita Inggeris di skrin. Ditepukdahinya beberapa kali dek mengenang sikap cemburu si isteri. Cemburu buta!

“Zira… Zira…” Amin angkatmuka. “Dia ni penumpang yang naik teksi abang. Abang hantar dia ke airport.Abang rasa dia dah selamat sampai ke negara asalnya. Cukup-cukuplah tu. Buangsegala syak wasangka Zira!” Amin sedaya upaya menerangkan perkara sebenar padaZira. Dia tidak mahu ada salah faham di antara mereka berdua lagi.

            “Penipu!”bentak Zira.

            “Ziranak abang cakap apa lagi?” marah Amin.

            Ziramerenung tajam wajah Amin.

            “Akunak kau mengaku yang kau memang ada skandal dengan perempuan tu!” balas Zira.

            Aminterjegil.

            “Astaghfiurlahal-azim! Untuk apa abang nak mengaku perkara yang abang tak buat? Kami tak adaapa-apa hubungan!” Berusaha dia membela diri. 

            Ziramengukir senyuman sinis.

            “Tipu!Aku tak percaya cakap kau, jantan tak guna!” herdik Zira lagi.

            Aminmelepaskan keluhan. Raut wajahnya diusap perlahan.

            “Terpulanglah,Zira!” Dek malas hendak berhentam kata dengan Zira, dia terus mengangkat kakike bilik tidur. Lebih baik dia mandi dan berehat. Buang masa dia bergaduhdengan Zira.

            Ziraterkesima melihat tindakan Amin.

            “Weijantan tak guna, aku belum habis cakap lagilah!” Nada suaranya tinggi.

            Aminbuat pekak telinga. Malas hendak melayan tingkah Zira lagi.

            Ziramenjerit nyaring seusai susuk tubuh Amin hilang di sebalik daun pintu biliktidur.

Previous: 1-1
Next: 1-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.