KERETA PeroduaBezza milik Rifqie berhenti di perkarangan sebuah rumah teres setingkat. Usaimenukar gear ke gear neutral, Rifqie mematikan enjin kereta. Dikalihkanpandangan ke arah Maya. Isterinya itu membuang pandang ke luar tingkap.
“Maya, kita dah sampai rumah saya ni,”tegur Rifqie dengan nada lembut.
Maya memekakkan telinga.
Rifqie mengeluh. Cuba bersabar untukmelayani kerenah wanita itu.
“Awak dengar kan, Maya?” Sekali lagiRifqie bersuara.
“Saya belum pekak,” sindir Maya.
Rifqie menarik nafas dalam-dalam.Tenang, Rifqie. Masih awal lagi. Hati Maya akan terbuka juga suatu hari nanti,getus hatinya penuh mengharap.
“Jom masuk dalam.” Rifqie bukapintu. Bersedia untuk melangkah keluar.
“Taknak!” bidas Maya lalu berpeluk tubuh.
Rifqieterkesima. Daun pintu ditutup semula. Ditoleh ke arah si isteri dengan reaksitenang.
“Kenapapula ni? Ni kan rumah famili saya. Awak dah jadi menantu keluarga ni. Saya nakbawa awak jumpa dengan ibu saya. Ibu saya dah lama tunggu kedatangan awak. Diadah teruja nak jumpa awak, Maya,” pujuk Rifqie. Dengan harapan agar Mayaberlembut hati dan bersedia untuk bersua wajah dengan ibu mentuanya itu.
Mayamendengus. Serentak itu, dia menoleh memandang Rifqie.
“Kenapaawak susah sangat nak faham haa? Saya belum sedia untuk jumpa sesiapa lagi!” bentakMaya.
“Kalaumacam tu, awak duduk aje dalam kereta.” Rifqie hilang sabar. Lalu dia memboloskeluar dari perut kereta. Kaki diayun ke arah rumah kampung itu.
Mayaberdecit. Lalu menjerit geram. Mahu tidak mahu, dia terpaksa keluar juga. Dibuntutilangkah suaminya itu dari arah belakang.
“Rifqie?”panggil Maya.
“Ya?”balas Rifqie.
“Sayatak selesalah,” rengek Maya bak anak kecil.
“Lama-lamananti awak okeylah. Lagipun rumah ni bakal jadi rumah awak juga nanti. Awak kenabiasakan diri,” balas Rifqie acuh tak acuh.
“Tapi…”
“Jommasuk!” Rifqie tarik tangan Maya.
Merekaberdua melabuhkan duduk di sofa. Sementara itu, Puan Noor yang baru lepas SolatIsyak itu sedang mengaji di biliknya.
“Awaktunggu sekejap. Saya nak…”
“Duduklahsini dengan saya!” potong Maya sebelum sempat Rifqie menghabiskan kata.
“Sayanak pergi toilet. Awak nak ikut ke?” sindir Rifqie.
“Oh…okey.” Maya termalu sendiri.
Sepiseketika.
“Alhamdulillah.Menantu ibu dah sampai.” Puan Noor yang masih bertelekung itu menghampiri Maya.
Mayamemaksa bibirnya untuk tersenyum. Tidak terdetik di hatinya untuk bersalamandengan ibu mentuanya itu. Dalam pada masa itu, Rifqie turut sama muncul. Lelakiitu mendekati ibunya itu. Tangan wanita tua itu diraih lalu disalami tandahormat. Dikerling sekilas Maya yang masih mematung di sofa.
“Maya,salamlah!” panggil Rifqie.
Mayaberdecit. Dengan hati tidak rela, dia bangun lalu menyalami wanita tua itu.Dengan cepat dia duduk di sofa semula.
“Ibupergi buat air ya?” Puan Noor membuka telekungnya.
“Takapa, ibu. Meh duduk sebelah Rifqie.” Rifqie menepuk sofa.
PuanNoor melabuhkan punggung di sebelah anak tunggalnya itu.
Rifqiemengalihkan pandangan ke arah Maya.
“Maya,kita akan tinggal kat sini mulai hari ni. Ibu pun…”
“Tinggaldengan kita?” celah Maya. Seperti tidak selesa dengan kehadiran Puan Noor.
“Yalah.Saya anak tunggal. Dah jadi tanggungjawab saya untuk jaga ibu saya,” balasRifqie.
PuanNoor mengukir senyuman.
“Ibuharap Maya keberatan kalau ibu…”
“Dia…”Maya tuding jari ke muka Puan Noor. Wajah tua itu ditenung dengan penuh rasajijik. Beberapa saat kemudian, Maya toleh ke arah Rifqie pula. “Tak bolehmenetap kat rumah ni! Saya tak suka orang asing duduk dengan saya! Saya nakberdua aje dengan awak!”
Rifqieterkesima. Puan Noor pula sudah tertunduk. Hati tuanya hiba mendengar jawapansi menantu.
“Awakjangan nak biadap sangat, Maya! Ni ibu saya! Saya ni satu-satunya anak ibu! Sebelumni saya dah pernah cerita pasal ibu saya ni pada awak. Awak sendiri tahu yangibu saya akan tinggal dengan kita. Lepas dah kahwin, lain pula yang jadi? Apasemua ni, Maya?” bidas Rifqie dengan nada kasar.
PuanNoor di sisi Rifqie diam tidak berkutik. Ada sebutir mutiara yang bertakung dikolam matanya.
Mayatersenyum sinis.
“Takpayah nak ungkit kisah lama! Semua tu dah berlalu! Lagi satu, awak boleh cakapapa aje yang awak nak, Rifqie. Saya tetap dengan keputusan saya! Tak kisahlahawak nak hantar dia ke rumah orang tua ke, rumah kebajikan ke, or any place,it’s up to you! Saya tak nak dia ada kat rumah ni!” balas Maya. Tiada rasa simpatidi hatinya. Lebih kepada sikap mementingkan diri.
“She’smy mother, Maya!”
Mayamenjungkit bahu. Dia bangun lalu beredar ke bilik utama. Gedegang!!! Daun pintubilik itu dihempas kuat.
Rifqiekaku. Dia termati kata.
“Kamudah tak sayang ibu kan? Isteri kamu benci ibu. Sampai tak nak tengok muka ibu.”Puan Noor menangis teresak-esak.
Rifqiebingkas berpaling ke arah ibu.
“Rifqietak pernah fikir sejauh tu, ibu. Syurga Rifqie di bawah tapak kaki ibu. Rifqienak jadi anak yang soleh. Rifqie minta maaf, ibu.” Rifqie melutut lalumenyembambakan wajahnya ke riba Puan Noor.
“Sudahlah.Hantar ibu ke rumah adik-adik ibu. Mereka boleh jaga ibu yang dah tua ni. Ibusedih. Anak ibu dah buang ibu.” Puan Noor bangun lalu masuk ke biliknya. Hendakmengemas pakaiannya. Dia mahu pulang ke Seremban pada malam ini juga.
“Ibu!Ibu!”
Rifqiemenerkam daun pintu bilik Puan Noor. Dia terduduk di hadapan pintu itu. Tangandiraupkan ke wajahnya.
“Subhanallah…aku tersepit di tengah. Apa yang patut aku buat?” rintih Rifqie.