7-4

“RIFQIE hensemkan? Walaupun berkulit gelap, tapi ada manisnya yang tersendiri. Dia ada ramaipeminat masa zaman sekolah dulu tau. Cuma dia ni jenis tak suka nak bercinta. Diatumpu pada pelajaran.” Idayu membuka cerita tentang Rifqie. Sengaja inginmenarik perhatian Amilin.

Amilintersentak. Dikunci bibirnya itu. Tidak mahu memberikan apa-apa tindak balas.Jauh di sudut hatinya, dia mengakui kebenaran itu. Rifqie sememangnya kacak.Spontan hati wanitanya bergetar hebat. Satu rasa aneh menerjah masuk ke segenapsukma. Ah, dia keliru dengan perasaan yang baru sahaja hadir itu.

Idayukerling sekilas Amilin di sebelah. Dijulingkan matanya ke atas dek geram dengantingkah laku Amilin. Gadis itu berpura-pura tidak dengar kata-katanya itu.

“Rugikalau Milin tak nak berkenalan dengan dia tau. Dia baik dan sangatbertanggungjawab. Biasanya orang yang tak ada kekasih ni seorang yang setia.Apa kata kalau Milin kawan dengan dia?” cadang Idayu bersungguh-sungguh.

Amilinmendengus.

“Milintak nak, kak! Milin cintakan Halim! Milin percaya yang Milin akan jadi isteriHalim! Milin takkan khianati cinta kami berdua!” tegas Amilin. Pada hakikatnya,dia sendiri pun sudah berasa goyah dengan kebisuan Halim. Bimbang jikatiba-tiba kasih Halim berubah arah.

Idayuketawa sinis.

“Kauni letak harapan tinggi sangatlah, Milin! Takut kecewa aje nanti,” sindirIdayu.

“Perkaratu takkan berlaku! I love him!” bentak Amilin.

“Cukupke dengan cinta kau tu, Milin? Macam mana dengan Halim? Dia cintakan kau kehaa? Aku bukan apa, aku tak nak kau bertepuk sebelah tangan aje. Sebab bertepuksebelah tangan ni tak berbunyi. Kau aje yang terhegeh-hegehkan dia. Entah-entahdia dah ada orang lain kut,” bidas Idayu dengan nada lantang.

Amilindiam tidak terkata. Dikeluarkan telefon bimbitnya itu dari beg tangan. AplikasiwhatsApps dibuka. Nama Halim ditekan. Mesej yang dihantar itu dibiarkan bluetick.Amilin terkedu. Dia mula gelisah. Sedikit sebanyak ayat demi ayat Idayu mempengaruhinya.

Tolonglahreply, Halim. Jangan buat Milin tertanya-tanya.

Previous: 7-3
Next: 8-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.