10-4


SUDAH seminggu Maya bergelar janda. Perpisahan selepas tiga bulan menjadi isteri Rifqie. Jujur, penceraian inilah yang dia inginkan. Dari awal perkahwinan lagi, dia tidak bersedia untuk menyerahkan jiwa raganya pada bekas suaminya itu. Dia sudah ada pilihan lain. Tetapi tidak direstui oleh keluarganya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menggunakan Rifqie sebagai kambing hitam untuk menyembunyikan rahsianya itu.

Selama itu jugalah familinya itu menyalahkan Rifqie kerana menjatuhkan talak satu pada Maya. Tindakan itu meninggalkan aib pada keturunan mereka. Bagi mereka, Rifqie telah mengkhinati kepercayaan mereka. Diserahkan Maya dengan cara baik. Dengan harapan agar Rifqie boleh menjaga dan mendidik Maya sebagai isteri solehah.

Maya ketawa jahat. Puas hati perbuatan jahatnya itu tidak berjaya dihidu oleh ibu dan bapanya. Mujurlah Rifqie mengambil pendekatan berdiam diri dan tidak menghebohkan kejadian itu pada orang lain. Jika tidak, dia yang terima akibatnya!

Bapanya itu sangat menentang calon yang pernah dia bawa ke rumah suatu masa dahulu. Dia tidak akan pernah melupakan peristiwa itu. Bapanya mengamuk dan menghalau rakannya itu menggunakan parang. Sejak itu, dia bermasam muka dengan bapanya. Bukan itu sahaja, bapanya pernah memberi amaran untuk mencari lelaki yang tepat untuk dikahwini. Oleh itulah dia mengambil keputusan menikahi Rifqie meskipun mereka baru saling mengenali.

Cukuplah! Dia tidak mahu bermusuhan dengan bapanya lagi. Biarlah Rifqie kelihatan buruk di mata bapanya. Dan dia nampak suci dan menjadi mangsa Rifqie. Dia rela begitu!

Beep! Satu whatApps baru sahaja diterima. Maya ambil telefon bimbitnya. Dibuka lalu dibaca. Segaris senyuman penuh makna terukir di bibirnya.


Sayang…


Previous: 10-3
Next: 11-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.