KINI, rombongan Prasekolahitu dalam perjalanan pulang ke sekolah. Semua murid Prasekolah sudah terlenadek kepenatan. Kak Zulaikha dan Cikgu Wan turut sama mengambil peluang untukmelepaskan lelah buat seketika. Tinggallah Amilin dan Cikgu Hanis yang masihberjaga.
Amilin bangun lalu mengorak langkahke bahagian hadapan. Cikgu Hanis yang sedang berbual dengan drebar bas,tersenyum tatkala melihat Amilin.
“Akak ingat Milin dah join Ikadan Kak Wan buat tahi mata,” gurau Cikgu Hanis.
Amilin tergelak.
“Lebih baik beradu kat katil, kak.Baru ada umpph! Lagipun tak ada feel la nak sleep katdalam bas. Asyik brek aje. Tak pun langgar lubang. Serius tak best tau!”balas Amilin selamba.
Tergeleng-gelengCikgu Hanis apabila mendengar jawapan Amilin.
“Hisyadik akak yang seorang ni. Bas ni bukan hotel bertaraf lima bintang! Setakatnak lelap mata bolehlah.” Seperti biasa, Cikgu Hanis sudah mula melancarkanbebelannya.
Amilinpantas menekup telinganya.
“Takmau dengar omelan kakakku yang pakar dalam bab-bab mentarbiahkan orang ni!Bingit!” Selamba Amilin mengutuk Cikgu Hanis.
Terjegilmata Cikgu Hanis. Dia sudah bercekak pinggang.
“Nasiblahkita dalam bas tau. Kalau tak, akak memang dah piat lengan adik akak yang nakalni!” bentak Cikgu Hanis.
“Hisy!”Amilin menjeling geram. Digosok lengannya. Bak terasa cubitan manja Cikgu Hanisdi tangannya itu.
“Haa…tau takut?” sindir Cikgu Hanis.
Amilinmelabuhkan duduk di sebelah Cikgu Hanis.
“Kitadah sampai mana ni, kak?” soal Amilin ingin tahu.
“Kajang,”jawab Cikgu Hanis.
Heningseketika.
“Milin,boleh akak tanya sesuatu?” Cikgu Hanis bersuara. Dikalihkan pandangan ke arahAmilin.
Amilintergelak perlahan.
“Hisyakak ni. Macam tak biasa pula. Tanya ajelah! Tak perlu nak minta izin dariMilin,” balas Amilin.
CikguHanis berdehem.
“Soalanni agak personal. Tapi akak rasa akak kena talk perkara ni denganMilin. Lagipun, akak dah anggap Milin dan yang lain-lain macam famili akaksendiri. I just want the best for you, Milin. Kalau Milin bersedih, akakpun akan rasa perkara yang sama. Begitulah sebaliknya juga.”
Satuper satu ayat disusun. Bimbang jika menyinggung perasaan Amilin. Cikgu Hanisbukan hendak mencampuri urusan Amilin. Cuma dia tidak suka jika melihat Amilinterluka. Amilin seorang gadis yang agak sensitif dan mudah menangis. Dia jugatidak mahu jika diri mahupun hati Amilin disakiti oleh sesiapa. Orang itu perluberdepan dengan Cikgu Hanis jika ada niat tidak elok pada Amilin!
Amilintercengang.
“Apaakak cakap ni? Milin tak faham.” Terkebil-kebil mata Amilin.
CikguHanis menarik nafas.
“KakWan ada beritahu tadi. Milin mesej dengan someone. Bukan tu aje, siap tergelak-gelak.Pendapat akak, mungkin lelaki itu ada keistimewaannya yang tersendiri. Betul ketekaan akak ni?” Cikgu Hanis cuba menduga isi hati Amilin.
Amilintergamam.
“Err…”
“Katakansaja, Milin.”
Perlahan-lahanAmilin mengukirkan senyuman.
“Hewas my first love, kak. NamanyaHalim. Dia satu sekolah dengan Milin dulu. Kami dah lama lost contact.Dulu Milin tak sedar yang Milin sebenarnya fall in love dengan dia. Biladia muncul buat kali kedua, barulah Milin sedar yang Milin dah lama cintakandia,” cerita Amilin.
“Macammana korang boleh contact semula?” soal Cikgu Hanis ingin tahu.
“DalamFacebook.”
CikguHanis melepaskan keluhan.
“Taksalah kalau jatuh cinta. Tapi salah kalau kita tersilap jatuh cinta. Sakit taubila jatuh cinta pada orang yang kita impi akan jadi peneman hidup kita. Akaktak nak cinta Milin hanya bertepuk sebelah tangan aje. Rasanya terlalu perit,dik,” nasihat Cikgu Hanis.
Amilinmengetap bibir.
“Cintapertama memang beri seribu makna buat kita, Milin. Sebab apa? Sebab pertamakali hati kita kenal erti mencintai. Tapi dalam tempoh ni, hati kita belumkenal erti dicintai orang lain. Cinta kerana ALLAH adalah lebih indah,” sambungCikgu Hanis lagi.
“Milinmacam dapat rasa yang dia…”
“Punsukakan Milin?” potong Cikgu Hanis.
Amilinmengiyakan.
CikguHanis tersenyum.
“Sebabhati kita menginginkan dia, Milin. Dengar baik-baik. Kita sebagai manusia takboleh nak tafsir perasaan orang lajn. ALLAH saja yang tahu apa yang ada dalamhati setiap umat-NYA. Milin tak boleh letak persepsi macam tu. Milin kena ambillangkah berjaga-jaga!” tegas Cikgu Hanis.
“Tapi…”
“Milinmuda lagi. Baru 22 tahun. Milin kena belajar asam garam kehidupan di muka bumini. Jangan mudah menyerah hati pada seseorang. Kelak merana di kemudian hari. Kalausaling berbalas, tak apa. Macam mana kalau dia cuma anggap Milin macam seorangkawan? Hati siapa yang kecewa nanti?” balas Cikgu Hanis.
Amilinterdiam. Mengakui kebenaran kata-kata Cikgu Hanis. Namun, sukmanya sudahterlanjur mencintai. Hurm…