MALAM ini, malampertemuan Amilin dan Halim. Mereka berjanji untuk bertemu di stesen minyakPetronas Presint 16 pada pukul 8.00 malam. Disebabkan teruja untuk bersuawajah, Amilin cepat-cepat bersiap dan keluar awal. Dia tiba di sana tepat pada pukul7.40. Sementara menunggu kedatangan Halim, sempat dia membeli roti krim dan airkotak milo untuk mengalas perut.
Ketikasedang makan, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada panggilan masuk. Diselukbeg tangannya. Telefon bimbit bingkas ditarik keluar. Lalu dia memerhati layarskrin. Nama Halim yang terpamer di situ. Dia lekas menjawab panggilan itu.
“Hello?”sapa Halim di hujung talian.
“Ya..hello?” balas Amilin gugup.
“Kaudah sampai ke? Aku dah otw ni,” soal Halim.
“Dah,”balas Amilin.
“Tunggukejap okey?” Halim mematikan talian.
Beberapaminit kemudian, sebuah Perodua Myvi hitam berhenti di sebelah kereta yangdipandu oleh Amilin. Si empunya kereta itu menurunkan tingkap di bahagianpenumpang.
Menyedaripemilik kereta itu adalah Halim, Amilin ikut sama menurunkan tingkap.
“Jomnaik kereta aku aje. Tinggal kereta kau kat sini,” ajak Halim.
Amilinmematikan enjin. Lalu dia keluar dari kereta dan masuk ke kereta Halim. Halimterus memandu pergi meninggalkan perkarangan stesen minyak itu.
Heningseketika.
Amilinbermajn dengan jemari. Ada rasa debaran di dalam hati dikala berdua-duaandengan Halim.
Halimmengerling sekilas Amilin di sebelah. Lalu dia berdehem. Ingin menarikperhatian gadis itu.
“Kautak pernah berubah kan? Tetap tembam macam dulu? Cuma kau dah pandai melawa danbergaya sekarang ni. Dulu selekeh aje.” Selamba Halim mengutuk Amilin.
Amilinmenjeling.
“Eh,aku cute tau walau aku macam ni.” Amilin masuk bakul angkat sendiri.
Halimtergelak.
“Ya,kau memang comel! Anyway, kita nak makan dekat mana?” Halim mengubahtopik perbualan.
“Akuikut aje,” balas Amilin.
“Akuada satu tempat special. Makanan dia memang sedap. Aku dah pernah try.Kalau kau on, jomlah kita dinner kat situ. Atau kau boleh cadang tempatlain yang lebih menarik?” ajak Halim.
“Takapa. Kita pergi tempat tu aje,” balas Amilin.
“Okey.”
Signalkiri diberikan lalu Halim membelok ke simpang kiri. Tiba di restoran yangdimaksudkan itu, Halim mematikan enjin kereta.
“Kitamakan kat sini. Ada chicken chop sedap tau. Harga pun berpatutan.” Halimmemusingkan tubuhnya ke arah Amilin.
Amilinangguk.
Lalumereka berdua membolos keluar dari perut kereta. Langkah diayun seiringanmenuju ke arah restoran itu. Terdapat pelbagai gerai yang mensajikan beranekajenis makanan. Memudahkan para pelanggan untuk membuat pilihan.
Merekasengaja memilih meja yang agak jauh dari orang ramai. Senang untuk berbual danmenghabiskan masa bersama.
“Kaududuk dulu. Aku pergi beli makanan dan minuman. Kau nak minum apa? Makan?”Halim berdiri di sisi meja.
“Akunak teh o ais. Makan tak kisah. Kau beli apa-apa ajelah,” balas Amilin lalumelabuhkan duduk di atas kerusi.
Halimberedar ke gerai minuman.
SatuwhatsApps masuk. Amilin terus buka lalu baca. Mesej dari Cikgu Hanis. Diikutioleh Cikgu Wan dan Kak Zulaikha.
Cikgu Hanis: Dahsampai ke? Please be careful. Jaga maruah okey.
Cikgu Wan:Apa-apa hal terus call kami. Faham?
Kak Zulaikha: Ingat!Kami masih ada!
Amilintersenyum. Lantas dia membalas mesej itu.
Amilin: Iya,akak semua! Milin okey aje ni. Milin dengan Halim ni. Kami tgh makan.
Cepat-cepatAmilin menyimpan telefon bimbitnya apabila melihat Halim sedang berjalan menujuke arahnya. Di tangan lelaki out terdapat dulang berisi dua gelas the o ais danchicken chop.
“Nah.Untuk kau.” Halim letak pinggan itu di hadapan Amilin.
“Kautak makan sekali ke?” soal Amilin.
“Kenyang,”balas Halim sambil tersenyum penuh makna.
Amilinmula menikmati makanannya. Masuk suapan ketiga, tiba-tiba Halim menyentuhtangannya.
“Ilove you, Amilin,” luah Halim.
Amilintergamam.
“Akusuka kau sejak di sekolah menengah, Milin. Tapi aku tak berani nak luah. Akukan pendiam masa tu. Kau pun tak banyak cakap. Aku mengaku yang aku pernahmesej kau sebelum ni. Aku nak couple dengan kau. Masa tu aku happydapat bercinta dengan kau. Cinta kita terhenti sekerat jalan. Now akudah jumpa kau semula. I want you to be my wife!” Bersungguh-sungguhHalim menyatakan isi hatinya pada Amilin.
Amilinketap bawah bibir.
“Akuharap kita dapat sambung ikatan percintaan tu semula, Milin. Jadi milik aku?” ucapHalim untuk kesekian kalinya.
“Okey,aku terima kau!” balas Amilin dengan nada gembira.
“Terimakasih, sayang,” ucap Halim.
“Sama-sama!”balas Amilin.
Selesaimakan, mereka beransur meninggalkan restoran itu. Sepanjang perjalanan, merekasaling berpegangan tangan. Umpama pasangan kekasih.
Dalamsekelip mata, Halim membawa Amilin ke sebuah bangunan usang. Tempat itu agaksunyi. Diparkirkan keretanya itu berdekatan dengan kawasan hutan.
Amilinterkedu.
“Apamotif kau bawa aku ke sini?” Amilin mula gelisah.
Halimberpusing ke arah Amilin.
“Akunak buktikan cinta aku pada kau, Milin. Kau pun kena buat perkara yang sama.Kau jangan risau. Aku akan bertanggungjawab kalau apa-apa berlaku pada kau. Kaumasih ada aku,” goda Halim.
Amilinberasa terpujuk dengan janji manis Halim.
“Betulni?”
“Ya!”
Amilinmemberanikan diri menyentuh dada Halim. Halim menurunkan seat Amilin. Berlakusatu adegan yang sekali gus meragut maruah dan kesucian Amilin.