7-1

Fakelove?

Itis just a word that doesn't mean anything.

Italso wants something in return.

Onlyfor fun! Only for a moments!

Truelove?

Feelclose to our hearts!

Connectionfor two souls!

Youcan feel it! You saw it! You showed it!

 

HARIini, Amilin keluar dengan Idayu. Itu pun puasdidesak oleh Idayu. Dengan alasan, hari ini adalah hari Sabtu. Apa salahnyakalau Amilin menghabiskan masa di luar.

Sepanjangperjalanan menuju ke kedai makan untuk bersarapan pagi, Amilin tidakputus-putus melihat telefon bimbitnya itu. Masih setia menanti mesej Halim. Padahallast seen Halim selalu berganjak waktu. Kenapa Halim tidak mahu membalasmesejnya?

Amilinmengeluh. Selepas pertemuan itu, Halim langsung tidak menelefonnya. Diatertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku pada Halim? Sedikit sebanyak diamula berasa aneh dengan perubahan drastik Halim. Namun tetap cuba bersangkabaik. Mungkin Halim sibuk kut, fikirnya.

“Kautengok apa tu, Milin? Dari tadi asyik tenung phone aje. Kau tunggu orangcall ke?” tegur Idayu ingin tahu.

Amilintersentak. Cepat-cepat dia menyimpan telefon bimbit itu ke dalam beg tangannya.Dikalihkan wajahnya memandang Idayu yang sedang memandu.

“Takada siapa-siapalah.” Amilin memberi alasan.

Idayumenjungkit sebelah keningnya.

“Dahtu, apasal? Ada apa kat phone kau tu?” Idayu masih tidak puas hati.

Amilinberdehem.

“Kitanak makan kat mana ni?” Amilin mengubah topik perbualan.

“Akuteringin nak makan roti sardin. Kita breakfast kat kedai mamak ajelah.Kat Restoran Darussalam, Presint 15. Kau okey tak?” balas Idayu.

“Milintak kisah. Milin ikut aje,” balas Amilin.

“Milin,kau dah fikir pasal tawaran aku tu ke?” tanya Idayu.

Amilintercengang. Dikerutkan dahinya tanda hairan.

“Tawaranapa?” Soalan berbalas soalan.

“Kauni buat-buat lupa pula! Aku kan ada offer nak cari calon suami untuk kau!Aku bukan apa, Milin. Aku nak tengok kau bersuami. Ada orang boleh jaga kau,jaga makan minum kau! Kau tu dah nak masuk 22 tahun. Kau tak teringin nak adafamili sendiri ke haa? Sampai bila nak hidup menyendiri? Tak nak kahwin?” bebelIdayu panjang lebar.

Amilinmengukir senyuman.

“Akakjangan risau. Milin dah ada pilihan sendiri,” akui Amilin.

Idayuternganga.

“Siapa?Nak ke dia terima kau yang dah macam tong dram ni? Mata dia buta ya?” SelambaIdayu mengutuk Amilin.

Terjegilmata Amilin.

“Hisyakak ni! Kami dah couple la!” bentak Amilin.

“Seriuske ni?” Idayu mahukan kepastian.

Amilinangguk.

“Macammana kau boleh kenal lelaki tu?” balas Idayu.

Amilinmengukir senyuman. Lantas menceritakan serba sedikit tentang perkenalan mereka,juga bagaimana cinta mereka boleh terjalin.

Idayutergelak. Bak memerli Amilin.

“Kenapaakak ketawa?” Amilin mula terasa hati dengan reaksi Idayu.

“Senangkau percayakan lelaki tu kan? Kau tak terfikir ke? Apa akan berlaku kalau diacuma nak permainkan kau aje? Kadang-kala, lelaki ni ada niat tak elok padaperempuan. Dia nak ambil kesempatan pada kau aje! Habis madu sepah dibuang.Pernah dengar pepatah ni kan? Kau nak jadi macam tu ke, Milin?” Sengaja Idayuhendak menakutkan Amilin. Supaya Amilin berhati-hati sebelum terpedaya dengantipu helah dan janji manis kaum lelaki.

Amilinterkedu. Dia termati kata.

“Kenapakau diam? Dah mula rasa takut ke?” sindir Idayu.

Amilinberdecit.

“Perkaramacam tu takkan terjadi, kak! Kami saling menyayangi! Dia takkan khianati cintaMilin!” Amilin cuba menyedapkan hatinya. Padahal dia sendiri pun mula rasa bingungdengan sikap Halim yang tiba-tiba menjauhkan diri meninggalkan tanda tanya padadirinya.

Idayumencemik.

“Macamnilah. Kau ikut nasihat aku! Aku buat semua ni demi kebaikan kau! Biar aku ajeyang carikan jodoh untuk kau! Tapi dengan syarat, aku nak kau kurus dulu! Kaukena start diet! Barulah senang kerja aku! Amacam? Setuju tak?” Sekalilagi Idayu mencuba nasib.

Amilinmendengus halus.

“Lupakanaje hajat akak tu! Milin setia pada Halim! Milin cintakan dia!” balas Amilin.

“Degillahkau ni!” marah Idayu.

Amilinhanya memekakkan telinganya.

Mujurlahmereka sudah sampai di tempat yang dituju. Usai Idayu memarkirkan keretanya,Amilin bingkas membolos keluar dari perut kereta.

Idayutepuk dahi.

“Akunak tengok sejauh mana hubungan kau dengan lelaki tu! Esok lusa kecewa, haa…menangis air mata darahlah kau!” gumam Idayu dalam kemarahan. Lantas dia ikutsama keluar dari perut kereta.

Previous: 6-3
Next: 7-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.