11-2

“SORI, Tasha lambat! Sesak kat Imigresentadi! Ramai orang!” tukas Tasha usai menghempaskan punggung di seat keretaRifqie. Dikalihkan pandangannya ke arah Rifqie. Lalu membuat dua jari tanda peace, bersama sengihan di bibir.

            Rifqiemengukir senyuman.

            “Takapa. Rifqie baru sampai aje ni,” balas Rifqie lalu memulakan pemanduan.

            “Okey…”Tasha mengayun tangan kanannya ke udara. “Let’sgo shopping! Kita pergi Giant ya? Tasha nak borong barang kat situ!Lagipun, beberapa hari lagi dah nak puasa kan? So I have to buy foods, groceries or something else to fast during themonth of Ramadan,” pinta Tasha.

            “Okey,bos!” gurau Rifqie.

            Tashamengecilkan bola matanya. Lantas dipusingkan tubuhnya menghadap Rifqie. Ditiliksetiap inci wajah kacak itu dengan penuh rasa teruja.

“Ismell something different. Are you hiding something from me?”Jari telunjuk ditudingkan ke muka Rifqie.

            Rifqieketap bibir. Digelengkan kepalanya sebagai jawapan.

            “I know you la, bro!” sindir Tashasambil menjulingkan mata ke atas.

            Rifqieketawa.

            “Rifqiememang tak boleh sorok apa-apa dari Tasha kan?” Rifqie mengalah.

            “Well, you know me? Ha ha ha…” balasTasha. “Now tell me the truth!”desaknya ingin tahu.

            “Rifqie…ehem… Rifqie dah jadi kawan Amilin,” beritahu Rifqie dengan nada segan.

            “Serius?Wah!” Tasha bertepuk tangan. “Perkembangan baik ni! Tasha dah pernah cakapsebelum ni kan? Jodoh tak pernah salah alamat. See? You and Amilin are friend now! Tiba-tiba, Tasha teringat satulagu. Lagu R. Azmi. Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Oh… aku tergoda. Akutergoda terkecewa. Dari mata terbitnya asmara, senyum mengurak menikam jiwa,renungan mesra menjelma segera, aku tertawan memendam rasa,” usik Tasha,diiringi dengan nyanyian.

            Rifqieberdecit.

            “Hisy,jangan mengarutlah! Kami pun baru berkawan aje. Masih baru lagi. Rifqie tak nakletak harapan tinggi, Tasha. Takut kecewa untuk kali kedua,” balas Rifqie.Walaupun dia berasa selesa dengan Amilin, namun dia tetap akan mengambilpendekatan berjaga-jaga. Cukuplah dengan peristiwa hitam itu! Dia tidak mahumerana lagi!

            Tashasenyum senget.

            “Hidupkita ni umpama pentas lakonan. Cuma bezanya, kita berdiri di atas bumi yangnyata. Gembira, sedih, duka, suka, terluka atau apa sekalipun. Tu semua saturisiko yang kita semua kena lalui. Penceraian Rifqie juga bukan penamatsegala-galanya. Anggaplah perpisahan tu sebagai permulaan satu cerita baru.Maya masa lampau Rifqie. Now you haveAmilin. She is your future! Maybe she is the right woman that ALLAH gives foryou. Who’s know, isn’t it?” nasihat Tasha.

            “But, I’m scared,” luah Rifqie dengannada lemah.

            “Takperlu rasa takut, Rifqie! Keep going stepby step! Move forward without looking back! Enjoy every moment in our life! Insya-ALLAH, kita ada keyakinanuntuk tempuh semua rintangan yang ada,” balas Tasha bersungguh-sungguh.

            Rifqieterdiam.

            “Relax, bro. Kita doa yang terbaik,okey?” Tasha tepuk bahu Rifqie.

            “Amin.”Rifqie mengukir senyuman.

            Tashamenarik keluar telefon bimbit dari kocek seluarnya. Dibuka satu aplikasi ditelefon bimbitnya itu.

            “Anyway, Tasha nak kenalkan Rifqie padakawan-kawan Tasha. Mereka semua ni sangat supportive,positive and open-minded. Tasha banyak belajar tentang kehidupan daripadamereka semua. You can learn from them.”

Satu media sosial mulamemenuhi skrin telefon bimbit Tasha. Ditekan punat loceng di bahagian hujungsebelah kanan. Lalu terpamer ruangan reminderdi situ. Terdapat beberapa senarai rakan yang sedang bersiaran langsung. TermasuklahLinda. Bingkas Tasha memilih nama Linda.

Loading…

Beberapa minit kemudian, Tashamasuk ke dalam live Linda. Ada enambuah kotak di situ. Terdapat nombor di setiap kotak itu. Linda pula berada dikotak host. Setiap satu kotak itupula ada rakan-rakan yang lain.

Tashajoined the live.

Mereka bersorak usaimelihat nama Tasha. Ada juga yang mengucap hai pada Tasha. Tasha membalasucapan rakan-rakannya itu. Linda membuka sembilan kotak supaya Tasha bolehturut serta bersama mereka.

“Meh naik kotak, kak,”ajak salah seorang dari rakan Tasha.

Kejap, taip Tasha.

Rifqie tercengang.

“Apa tu, Tasha?” soalRifqie ingin tahu.

“Ni?” Tasha menayangtelefon bimbitnya pada Rifqie.

Rifqie angguk.

“Ni Bigo Live. Apps ni sama macam GoogleMeet’s apps tu,” beritahu Tasha.

“Oh…” Bulat mulut Rifqie.

Mereka sudah pun tiba diGiant. Rifqie memberi signal lalu memarkir keretanya itu di satu petak kosong.Enjin kereta dibiarkan hidup. Diatoleh ke arah Tasha.

“Macam mana nak join?” tanya Rifqie.

“DownloadBigo’s apps,” balas Tasha.

Rifqie membuka beg yangterikat di bahagian pinggangnya. Dikeluarkan telefon bimbitnya itu. Playstore dibuka. Lalu Bigo ditaip diruangan search. Aplikasi itu muladimuat turun. Setelah selesai, Rifqie mula followTasha dan Linda.

“Tasha TJD? Linda TJD?Oh, TJD ni dari Bigo la ya?”

“Ha’ah…”

AisyRifqie TJD joined the live.

“Aik, TJD juga ke?” sakatTasha.

“Rifqie kan duda,” balasRifqie selamba.

Tasha juling mata keatas.

“Jom masuk kotak.Pilihlah salah satu kotak yang kosong tu. Tasha nak kenalkan Rifqie denganmereka semua,” arah Tasha.

Rifqie memilih kotaknombor 5.

“Hai!” sapa Rifqie sambilmelambai ke arah mereka.

“Hai!” Bergema suara didalam live itu.

“Dia kawan rapat Tasha. Rifqienamanya.”

“Hola, Rifqie!”

“Kotak host ni namanya Kak Linda. Kotak 1 niTasha yang comellah.” Tasha memuji diri.

“Perasan.” Rifqiemencemik muka.

“Kotak 2 ni pula KakMawar dan Abang Nasir. They are a lovingcouple! Kotak 3 pula Farid. Kotak 4 pula Misha. Aku tak faham si laki binini. Duduk satu rumah, tapi bukan nak kongsi phone.”Tasha tepuk dahi.

“Ala… biarlah.” Sepertibiasa, suara Misha umpama petir menyambar dada langit.

“Hisy, tak boleh cakapperlahan-lahan ke haa?” bebel Kak Linda.

“Nak buat mcam mana? Si Mishani tertelan mikrofon, kak.” Farid mengutuk isterinya.

Pecah tawa mereka.

“Mulai hari ni, kitasemua ni adalah satu famili! Kami harap Rifqie sudi terima kami semua ya? Walaujauh, tapi kami semua tetap ada. Kalau Rifqie perlukan apa-apa, jangansegan-silu ya? Beritahulah kami! Kami akan bantu setakat yang mampu,” tegur KakMawar yang berada di kotak 2.

Rifqie mengulum senyuman.

“Baiklah.”

Lalu mereka sambungberbual sambil bergurau senda. Manakala, Rifqie dan Tasha pula membolos keluardari perut kereta. Sambil berborak, sambil mereka mengayun langkah memasukipasaraya itu.

Previous: 11-1
Next: 11-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.