SEMENTARA menunggu tiba ke destinasi yangdituju, Amilin ralit melayari internet di telefon bimbitnya. Profilefacebook sang pemilik hatinya itu menghiasi layar skrin telefon bimbitnya itu. Diatersenyum lebar.
Dia membuang pandang kebelakang seat, sambil jari telunjuk kirinya bertaut ke jari telunjuk kanan.Niat di hati hendak menegur lelaki itu di messenger. Tapi segan pula.Nanti dianggap seperti perigi mencari timba.
Ting! Tiba-tiba ada satumesej masuk. Kiriman dari lelaki pujaan hatinya itu. Lekas dibuka lalu dibaca.
+Kenal x aku ni sape?
‘Mestilah aku kenal!Hisy, dah seminggu add aku, baru nak sapa aku? Hurm…’ Sambil membebel, sambiljarinya lincah menaip di papan kekunci untuk membalas mesej lelaki itu.
-Halim kan? Yang 1 kelasdgn aku dulu?
Beberapa minit kemudian,mesejnya berbalas.
+Wah, kau ingat aku lgkan? Btul la. Nasib kau ingat member lama lg.
Semakin lebar senyumanAmilin. Sejujurnya, dia sudah lama menaruh hati pada Halim. Cuma dia tidakberani untuk berterus terang sahaja. Siapalah dia jika dibandingkan denganHalim?
-Mstilah aku ingat.Korang je yg x ingat aku. Kau apa khabar? Sihat ke? Dah kerja or study? Hmm…dah kahwin ke?
Merah padam pipi Amilin.
+Aku kerja kat Melaka. Okje alhamdulillah sihat. Kau pulak? Mana kahwin lgi. Bz memanjang.
Amilin tertawa sendiri.Hmm… ada peluang ni!
-Jauhnya! Aku sihat jerr…belum berlaki lgi. Lg pun aku ad cita-cita aku. Aku nak cpai cita-cita aku dlu.Bru fkir soal kahwin.
Tit…
-Apa kau target? Dah kenakerja kat sana. Mana boleh tolak! Eh beb, kau ada no phone tak? Senang nakcontact nnti. Aku kena chaw dulu. Bos aku dah panggil.
Laju jari Amilin memainkanperanan. Ditinggalkan nombor telefon bimbitnya di aplikasi messenger itu. Namun,mesejnya itu tidak berbalas. Amilin memuncungkan bibir. Halim sibuk kot. Lantasdisimpan telefon bimbitnya itu di dalam beg sandangnya.
“Haa…” sergah seseorangdari arah belakang.
Amilin memusingkantubuhnya.
“Hisy Kak Wan ni, buatMilin terkejutlah!” marah Amilin.
Cikgu Wan menjungkitkankening.
“Akak peliklah. Akak adadengar orang kat depan akak ni tergelak. Hmm… kenapa ya? Dalam hati ada tamanke?” sakat Cikgu Wan.
Amilin tertunduk. Diatersipu malu.
“Tak ada apa-apalah!”balas Amilin. Serba tidak kena.
“Ya ke? Ala… Kalau betul,apa salahnya? Kami bertiga dapatlah makan nasi minyak adik kami ni!” balasCikgu Wan lagi.
“Kak Wan!” bentak Amilin.
“Cup… cup… kenapa ni?Kami berdua macam ada terhidu bau wangi la. Ika ada bau juga kan?” Giliran CikguHanis pula yang mengusik.
“Uisy… Ika memang dahlama perasan, Kak Wan, Kak Hanis. Adik kita ni macam orang tengah angau. Jatuhcintalah tu,” celah Kak Zulaikha.
“Taklah!” Amilin berdesisgeram.
“Baik Milin mengakusebelum…”
Perbualan mereka terhentiapabila driver memarkir bas di lobi utama bangunan Kidzania. Lantas Cikgu Wandan Kak Zulaikha berpusu-pusu ke hadapan.
“Kita belum habis lagitau!” kata Cikgu Hanis. Dua jarinya ditudingkan ke arah Amilin, kemudiandialihkan ke mukanya semula. Lalu dia bangun dan mengayun langkah ke hadapan.
Fuhh! Selamat aku, getushati Amilin. Dia ikut sama bangun. Namun memberi ruang pada anak-anak muriduntuk turun terlebih dahulu.