Kasihdan sayang.
Sikapdan tatasusila.
Jugarasa hormat dan toleransi.
Itulahcerminan sesebuah keluarga yang harmoni.
Tanpaadanya sifat-sifat ini,
Nescayapunahlah segala-galanya.
DEKkepenatan, Amilin terus pulang ke rumah keluarganya.Esok pagi sahaja, dia balik ke rumahnya. Lagipula, dapatlah dia meluangkan masabersama mak buat seketika. Sudah agak lama dia tidak pulang sejak berpindahkeluar dari rumah itu. Sebelum itu, dia pergi ke Pasaraya Mydin untuk membelibarang keperluan diri. Sempat juga dia singgah di McDonalds untuk menapaumakanan. Mahu menikmati hidangan itu bersama mereka.
Tibadi rumah, dia terus menyalami dan memeluk mak. Encik Ahmad dan Asri juga ada.
“Oii,apa kau beli?”Asri menghampiri Amilin.
“Akubeli ayam goreng,” balas Amilin sambil menunjuk plastik berisi bekas makananitu pada Asri.
Asribingkas berlari ke dapur untuk mengambil pinggan.
“Terimakasih, Milin,” ucap Encik Ahmad.
“Hmm…”
Dinginnada suaranya ketika membalas kata-kata si ayah. Wajah tua itu langsung tidakdikerling hatta sedikit pun. Kebencian pada wajah itu sangat tinggi. BagiAmilin, lelaki itu tidak layak dianggap seperti seorang ayah! Andai diberikanpeluang, dia tidak mahu berbintikan nama lelaki itu. Dia lebih rela berbintikanAbdullah. Namun apakan daya?
“Milin,ada…”
“Mak,Milin mandi dulu. Makanlah dulu ya. Nanti Milin join.” Belum sempatEncik Ahmad menghabiskan ayatnya, Amilin bingkas memintas. Setelah itu, diaberedar menuju ke bilik.
Sementaraitu, Asri sudah pun duduk bersila. Bersedia untuk menikmati hidangan itu. Begitujuga dengan Encik Ahmad dan Puan Amira.
Usaimandi, Amilin menyertai keluarganya. Tatkala melihat si ayah, selera makannyaterus mati. Bingkas dilarikan pandangan ke arah lain. Tidak mahu bertembungmata dengan lelaki tua itu.
“Kautak nak makan ke, Milin?” soal Puan Amira sambil mengunyah kentang goreng.
“Nah.” Asri menyua pinggan kosong itu kepadaAmilin.
“Takapalah. Aku dah makan tadi,” tolak Amilin.
PuanAmira mencemik.
“Diamanalah nak makan dengan kita, Asri. Kan orang banyak duit. Dia mestilah nakmakan kat luar. Barulah sesuai dengan taraf dia. Kita ni siapa? Kita ni orangmiskin aje. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang,” celah Puan Amira.
Amilinterkedu, begitu juga dengan Asri. Asri menoleh memandang Amilin. Terdetik rasasimpati di hati Asri. Jujur, dia berasa kasihan pada kakaknya itu. Ada sahajatingkah laku yang tidak berkenan di mata Puan Amira.
Amilinpula bertindak mengunci mulutnya. Lebih baik membisu daripada bersuara. Bimbangjika menyinggung perasaan ibunya itu. Ditabahkan hatinya agar redha menerimakata-kata nista dari Puan Amira. Dipujuk hatinya agar terus bersangka baik.Mungkin ibunya sekadar ingin begurau sahaja.
“Takbaik cakap macam tu, mak. Kesian Milin,” balas Asri.
PuanAmira ketawa sinis.
“Oh…tahu pula sakit hati ya? Aku fikirkan dia tak ada perasaan.” Puan Amiraberterusan mengutuk Amilin.
Sementaraitu, Encik Ahmad mengeset sedikit tubuhnya agar lebih rapat dengan Amilin.Sesekali anak matanya memerhati susuk tubuh Amilin. Berniat untuk berbuat baikdengan anak perempuannya. Menyedari tindakan itu, Amilin segera menjarakkandirinya. Sebuah renungan tajam dihadiahkan kepada Encik Ahmad. Menghantaramaran melaui isyarat mata supaya tidak melebihi batasan.
Asritidak betah melihat Amilin terus disakiti. Pinggan kosong yang masih ada di tangannyaitu diletakkan di atas lantai. Seketul ayam goreng diambil lalu diletakkan di dalampinggan itu.
“Jamahlahsikit, kak,” pujuk Asri.
Amilinmengukir senyuman pada Asri. Baru sahaja tangannya hendak mencapai pinggan yangdihulur itu, tiba-tiba Puan Amilin menarik pinggan itu. Ayam goreng dimasukkanke dalam bekas semula.
Amilintergamam.
“Mak,akak nak makan tu!” Asri memarahi ibunya.
“Hisy,tak payahlah bagi kat dia! Nanti dia bertambah bulat lagi, Asri! Cuba kautengok badan dia tu.” Puan Amilin menjuihkan bibirnya ke arah tubuh Amilin. Diadah macam anak badak tau! Lelaki pun tak nak kat perempuan gemuk gedempol macam ni tau!” sambung PuanAmira.
Asriberistighfar.
“Diaanak mak! Tak…”
Amilinmenyentuh permukaan tangan Asri.
“Akakokey. Makanlah. Milin nak masuk bilik. Kemas barang-barang Milin. Nak balikrumah Milin.” Amilin bangun lalu beredar ke biliknya.
“Eleh…cakap sikit nak terasa,” perli Puan Amira.
“Mak!”
Tanparasa bersalah, Puan Amira menjamu selera. Asri melepaskan keluhan. Entah apasilap kakaknya itu? Dia sendiri tidak tahu. Tanpa mereka sedari, wajah EncikAhmad tampak seakan kecewa apabila Amilin ingin pulang ke rumah sewanya itu.Seolah-olah ada niat tidak elok pada anaknya itu.