11-1

Suddenly I just know.

It is time to start something new,

and trust the magic of beginnings.

So I decide to forget the past!

Let's start it!

Today, I close the door to the past.

Open door to the future.

Take a deep breath,

Step on through.

And start a new chapter in my life!

 

SELEPASbeberapahari, barulah Amilin berupaya untuk menerima hakikat itu. Dia perlu move on! Halim sudah ada pilihannyasendiri. Untuk apa dia turutkan rasa kecewa itu lagi? Dia merana, sedangkanHalim bahagia dengan perkahwinannya. Kata tiga sahabat karibnya itu, dia perlubangkit dari kejatuhan itu. Demi mereka, dia harus kuat! Amilin Saffiya, kauboleh!

            Totoyang berlipat dua bingkas dibentangkan. Lalu dia berbaring di situ. Tangankanannya diletakkan di atas permukaan perut, manakala bola matanya pula terarahke siling. Perbualan dengan Idayu siang tadi menerjah ingatannya.

            Rifqie…

            Zass!!!

            Hatiwanitanya kembali terusik. Cepat-cepat diacabut telefon bimbitnya yang sedangdicas itu. Dibuka aplikasi whatsApps. Di ruangan search, Amilin menaip nama Rifqie. Usai jumpa, nama Rifqie dipilih.Tidak semena-mena jemarinya menggigil. Ditekan profile picture Rifqie. Dia tersenyum sendiri. Hatinya memujikekacakan Rifqie. Biarpun berkulit hitam manis, namun ketampanannya sangatterserlah.

            Senyumannyatiba-tiba mati. Dia mula merendah diri. Dibandingkan dirinya yang serbakekurangan itu. Dia bertubuh gempal. Rifqie pula bertubuh sasa dan tinggilampai. Layak ke dia berkawan dengan Rifqie? Ah, entahlah! Niatnya inginmenegur Rifqie, tetapi dia berfikir dua tiga kali untuk melakukannya.

            Sedangcelaru dengan perasaannya itu, tiba-tiba dia menerima mesej daripada Rifqie.Amilin terus terduduk tegak dek terkejut. Tanpa sedar, pipinya sudah meronamerah. Ada rasa suka berkumandang di dadanya itu.

 

Rifqie: Assalamualaikum.

 

            Amilinbingkas membalas mesej itu.

 

Amilin: Waalaikumusalam.

 

            Beberapasaat kemudian, Rifqie membalas mesejnya.

 

Rifqie: Salam kenal! Sya Rifqie, kwnIdayu. Maaf klau ggu Milin. Kot-kotlah Milin bz.

 

            Semakinlebar senyuman Amilin. Lekas dibalas mesej itu.

 

Amilin: Salam kenal juga dr saya! SayaAmilin. Kwn Idayu juga. X ggu pun! Harap x segan kwn dgn sya ya?

 

            Typing…  

 

Rifqie: Segan tu xde la sgt! Awak satutmpt kerja dgn Idayu dulu ke?

 

            LajuAmilin balas mesej itu.

 

Amilin: Haah.

 

            Sepiseketika. Beberapa minit kemudian, barulah Rifqie membalas mesejnya.

 

Rifqie: Mesti Idayu ada cerita psl sayakan? Hehehe… sebenarnya, saya segan nk mesej dgn awak. Yelah, saya dh tua.Sebaya dgn Idayu. Tp, bila fkir balik. X salah klau nk tambah kenalan kn?

 

            Amilintergelak.

 

Amilin: Ada la juga dia cerita. Hmm… pslsya pun mesti ada kan? Sya ok je nk berkawan dgn awk.

 

Rifqie: Awak mmg asal KL ke?

 

Amilin: Ye. Sya lahir kt sini.

 

            Memandangkanjarak umur mereka agak berbeza, Amilin baru terfikir sesuatu.

 

Amilin: Err… sya nk panggil awak apa ya?Yelah… awak kn 34 tahun. Sya pula 22 thn. Dkt Idayu, sya panggil kakak.

 

Rifqie: Panggil nama pun boleh aje. Awktinggal dgn family ke?

 

            Dihujung ayat pertama, ada emoji ketawa. Bingkas Amilin menaip di papan kekunciuntuk membalas mesej itu.

 

Amilin: Sendiri. Duduk bilik sewa aje.Awk?

 

Rifqie: Sya duduk dgn mak. Jaga mak sejakarwah ayah meninggal dunia. Dan sejak jd pak duda ni…

 

            Amilintertawa. Persepi pertama, Rifqie seorang lelaki lucu. Jujur, dia mula rasaselesa dengan Rifqie.

 

Amilin: Anak mak ye? Hahaha… baguslah!Berbakti pd org tua. Sementara mrka masih ada lgi.

 

            Rifqiemengirimkan foto di ruangan whatsApps itu. Beserta sepotong ayat.

 

Rifqie: Tak adalah ank mak. Sya anaktunggal. Dah jd kewajipan sya. Anyway, sya x mcm lelaki lain tau. Saya nigelap. Cerita P. Ramlee kta, mcm bulan purnama.

 

            Merekasaling bertukar gambar.

 

Amilin: Sya pn bukannya cantik mana.Tembam.

 

Rifqie: Yg penting jujur n ikhlasberkawan.

 

Amilin: Betul tu…

 

            Sepanjangpetang itu, mereka saling berbalas mesej. Saling berkenalan. Juga menjalinkanpersahabatan.

Previous: 10-4
Next: 11-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.