RIFQIE memulastombol pintu bilik. Dengan lafaz bismillah, dia mengayun langkah memasuki bilikyang terhias indah itu. Dihampiri susuk tubuh si isteri yang sedang duduk dikerusi solek. Wanita itu kelihatan seperti sedang termenung jauh.
“Sayang?”tegur Rifqie lalu melabuhkan duduk di birai katil, di sisi Maya.
Tiba-tibaMaya mendengus. Dikalihkan pandangan ke arah Rifqie. Sarat dengan kebencian.
“Pleasecall my name! Tak payah nakguna sayang atau apa-apa panggilan sekali pun. Gelilah saya dengar!” herdikMaya dengan nada keras.
Rifqietergamam.
“Kenapadengan awak ni, Maya? Sebelum ni okey aje kan?” Rifqie tercengang dengan reaksiMaya.
Mayamelemparkan tawa sinis.
“AisyRifqie, saya tak bersedia untuk jadi isteri awak! Saya tak nak galas tanggungjawabsaya! Saya tak benarkan awak sentuh saya! Selagi saya tak ready, selagitulah saya takkan tunaikan nafkah batin saya pada awak!”
Nah!Satu demi satu ayat yang terucap di bibir Maya bagaikan merentap kebahagiaanyang baru Rifqie rasa sewaktu melafazkan akad nikah. Dia hilang punca.
Rifqiecuba meraih tangan Maya.
“Don’tyou dare to touch me!” Sepantaskilat Maya menepis.
Rifqieterus kaku.
“Tapiapa salah saya, Maya? Awak dah sah jadi isteri saya! Awak yang…”
“Awakfaham tak? Semua ni berlaku dengan cepat! Kita baru kenal tiga empat bulan.Terus decide nak kahwin. Pada mulanya, saya memang fikir yang saya dahcukup ilmu rumah tangga. Tapi saya silap! Saya masih muda! Baru 27 tahun! Sayanakkan kebebasan!” tengking Maya dengan nada lantang. Langsung tiada rasahormat pada Rifqie.
Rifqieberistighar panjang.
“Awaksedar apa yang awak cakap ni, Maya? Awak fikir perkahwinan ni boleh dibuat mainke haa? Dulu masa awak desak saya supaya hantar rombongan meminang ke rumahawak. Saya ingatkan awak memang ikhlas nak bersuamikan saya! Saya ni macamtunggul kayu ke? Tak ada perasaan?” Rifqie cuba mengawal api kemarahannya.
Mayamengeluh.
“Sayatak pernah anggap awak macam tu, Rifqie! Saya…”
“Habistu, saya ni apa?” bidas Rifqie.
Mayaterus terdiam.
“Sudahlah…”Rifqie bangun. Dicapai tuala di rak. Lalu kaki diayun menuju ke bilik air.
“Rifqie,lepaskan saya!”
Matilangkah Rifqie. Dipusingkan tubuhnya ke arah Maya.
“Subhanallah!Berdosa runtuhkan masjid sendiri, Maya! Bergegar tiang arasy bila isteri mintacerai pada suaminya! Bukan ni jalan untuk selesaikan masalah kita!” balas Rifqie.
Mayabingkas bangun. Dihampiri tubuh Rifqie.
“Darikita hidup macam ni, lebih baik kita…”
“No!Saya takkan ikut kemahuan awak, Maya!” potong Rifqie.
Mayaberdecit.
“Letme free!” Maya hentak kaki.
“Sayaakan bagi masa pada awak untuk terima saya sebagai suami. Ambillah seberapabanyak masa yang awak perlukan. Sebulan, dua bulan, setahun, atau lebihdaripada tu! Belajar terima diri saya ni sebagai sebahagian dari hidup awak!” Serentakitu, Rifqie terus beredar ke bilik air.
“Rifqie!Rifqie!”
Argh!Kenapalah aku pilih keputusan ni? Huhh!!!