2-2

“AKU terimanikah Maya Inarah binti Ramzan dengan mas kahwinnya RM22.50.”

            Dengan sekali lafaz, maka AisyRifqie dan Maya Inarah sah bergelar pasangan suami isteri.

            Rifqie menghela nafas lega.Alhamdulillah! Di usia 34 tahun, dia akhirnya memiliki seorang isteri. Ada jugawanita yang sudi menemaninya sehingga akhir hayat. Rifqie memusingkan tubuh kearah Maya. Wanita cantik itu ditenung dengan penuh rasa cinta.

“Assalamualaikum,isteri,” sapa Rifqie lembut.

“Waalaikumusalam,”balas Maya dengan nada dingin.

Rifqiemengukir senyuman. Cincin bertatahkan berlian di dalam kotak baldu bingkasdicabut. Jari manis si isteri diraih. Disarungkan cincin perkahwinan ke jariitu.

            Maya menyalami tangan suami yangbaru sahaja dinikahinya itu. Walaupun ada tanda protes di memek wajahnya, namundia tetap menciumi tangan Rifqie. Setelah itu, Rifqie mendekatkan bibirnya kedahi Maya. Tanpa diduga, Maya lekas melarikan pandangan ke arah lain. Sepertitidak merelakan perlakuan Rifqie.

            Rifqie terkedu. Namun dia cubabersangka baik. Mungkin Maya kepenatan menguruskan majlis pernikahan mereka. Takapa. Biarlah Maya berehat. Lantas, dia bangun lalu bersalaman dengansaudara-mara dan rakan taulan bagi kedua-dua belah pihak. Maya pula sudahberedar meninggalkan masjid.

            Rifqie menghantar susuk tubuh siisteri melalui pandangan sahaja. Sebuah keluhan perlahan terhembus keluar daribibirnya.

            “Ambillah masa, sayangku Maya. Havea good rest for our ceremony tomorrow,” gumam Rifqie sendirian.

 

Previous: 2-1
Next: 2-3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.