Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 91

Nyanyia lagu di telifon bimbit dibiarkan tak dihenti sekali lagi sebelum berhenti. Masuk kali yang ketiga, tetap juga dibiarkannya setelah dia memastikan si empunya badan, tak lain tak bukan, panggilan daripada pihak hospital yang ‘malas’ nak dilayan.

“Angah? Kenapa tak angkat?” tutur Safi yang baru selesai membasuh baju. Bakul besar yang penuh sampai ke bucu mulut itu dipeluk ke dada.

“Ha?”

“Malaslah!” balas angah ringkas tak mahu menjelaskan dengan panjang lebar. Safi yang mendengar makin tertanya-tanya pula.

“Malas? Siapa?”

“Hospital lagi ke?” bisik Safi seperti telah dapat mengagak.

“Hmm. Mesti nak suruh setting masa untuk buat kimo. Angah tak nak buat kimo. Angah tak nak buat!” balas angah tegas membuatkan Safi mengangguk, mengikut, namun sekali lagi nyanyian dilagukan.

“Hish! Pandir betullah!” gerutu angah semula, membuatkan Safi ketawa dibuatnya.

 

“Waalaikummussalam…ha, ya kak. Nanti apa-apa saya call akak semula. Assalammualaikum…” tutur angah yang sudah selesai berurusan.

“Siapa?” soal Safi yang sudah bersedia menatang pinggan untuk juadah makan tengah-hari mereka. Mak yang datang terkemudian, turut sama menyertai kedua-duanya.

“Huh? Hmm…Kak Ros, angah tanya dia tentang insuran yang angah ambik.” balas angah seringkasnya sebelum berusaha untuk bangun pula.

“La, nak pergi mana? Kan makanan dah ada kat sini?” soal Safi tak percaya.

“Angah nak basuh tangan.” balas angah pula.

“Takpa takpa, biar Safi pergi ambik.” jawap Safi sebelum bergegas ke dapur mencari, membuatkan angah tersenyum sendiri.

“Safi memang faham angah…” bisiknya di dalam hati, menyatakan penghargaan.

 

“Safi..jom kita tidur.” cadang angah yang sudah kekenyangan.

“Uish! Kan baru lepas makan? Takkan…”

“Hehehe…jomlah! Jom!”

“Safi pun dah rasa mengantuk jugak ni. Tv pun bukannya ada cerita, boring gila.”

“Jomlah, tapi kita nak tidur bilik mana?” soal Safi yang sudah membantu angah untuk bangun.

“Kita tidur biik belakanglah, sebab bilik tu sejuk sikit.” jawap angah sambil melangkah.

“Ok!” balas Safi patuh.

 

“Safi…” seru angah pada Safi yang masih diulit mimpi.

“Ha? Kenapa? Sakit ke?” soal Safi yang dah terduduk terkejut, dengan tangan yang memiat-miat mata.

“Tak sakit, cuma angah rasa lapar. Rasa macam teringin nak makan jagung rebus…” jawap angah menyatakan keinginannya.

“Jagung rebus? Mana nak cari waktu-waktu macam ni?”

“Takpa, nanti Safi bagitahu dengan mak.” balas Safi sebelum segera mencari mak.

“Mak, angah nak makan jagung rebus!” tuturnya menyampaikan pada mak yang sedang menyapu di luar rumah.

“Ha?! Jagung rebus? Macam mana nak cari jagung waktu-waktu macam ni? Kan dah petang dah ni.” tutur mak membalas, sedikit tak percaya pada permintaan, membuatkan angah yang mendengar rasa kehibaan dari kejauhan.

“Takpa, nanti mak suruh abah ke hulu, tengokkan-tengokkan dekat tepi-tepi jalan tu, manalah tahu ada rezeki. Sebab ada juga masanya orang-orang dekat hulu tu menjual jagung segar. Doa-doalah.” tambah mak pula berusaha untuk memenuhi permintaan anaknya.

 

“Ada jagungnya?” soal mak pada abah yang baru pulang. Angah yang sedang berbaring di sofa panjang, turut sama teruja menantikannya.

“Tak ada. Tak ada musim agaknya.” balas abah selesai mematikan enjin motosikal, serentak itu, angah layu hati. Safi nampak angah terkilan dan cepat-cepat dia memberi jalan penyelesaian.

“Takpalah angah. Esok biar Safi pergi bandar. Cari dekat pasaraya, mesti ada. Tapi esoklah, sekarang kan dah malam, lagipun Safi tak boleh bawak kereta. Safi bukan ada lesen.”

“Esok ya, esok. Esok pagi Safi pergi lepas siap tolong abah buat ayam. Boleh?” tutur Safi membuat janji.

“Hmm..ok…” balas angah dengan senyuman terbalik membuatkan Safi tersenyum melihatnya.

 

“Angah nah! Jagung. Makanlah.” pelawa Safi yang sudah siap menyediakan hidangan jagung rebus yang angah pinta, walaupun terlewat hampir 24 jam daripada waktu tempahannya. Mata angah hanya memandang sahaja pada kedua-dua, Safi dan juga jagungnya, tanpa sebarang kata-kata.

“La! Kenapa? Semalam kata nak makan sangat? Makanlah, buat apa dok asyik ditenung jagung tu? Ambiklah makan.”

“Angah takut panas? Takpa nanti Safi tolong tiupkan.” tambah Safi lagi sebelum cuba untuk mengurangkan haba pada makanan. Selesai beberapa kali tiupan, jarinya dialihkan pada jagung berkenaan untuk memastikan kepanasan. Beberapa kali kaedah yang sama diulang sebelum dia benar-benar pasti yang jagung tersebut sudah tak ‘membahayakan’ lagi.

“Nak! Dah tak panas dah. Nah makan.” arah Safi sambil menyuakan. Namun angah masih keraskan badan dan tak mahu membuat gigitan.

“Angah kenapa?”

“Kenapa tak nak makan? Tak boleh nak gigit? Takpa kalau tak boleh gigit kita kopek. Ha, macam ni.”

“Nah, makan ni.” tuturnya sebelum menyuakan beberapa ulas isi yang sudah berjaya ditanggalkan ke hadapan angah, tapi pelik, angah masih berkeadaan sama. Dia hanya tersenyum sahaja padanya.

“Angah kenapa? Kenapa tak nak makan? Ke angah nak makan benda lain?” soal Safi ingin mengetahui punca angah berkeadaan sedemikaian rupa.

“La, kenapa tak dimakan lagi jagung tu? Bukan ke semalam angah yang beriya-iya sangat minta jagung. Dah tu sekarang, kenapa hanya ditenung?”

“Makan sikit. Kalau tak banyakpun sikit. Jamah…” pujuk mak yang baru selesai mandi.

“Takpalah, nanti-nantilah angah makan. Angah rasa mengantuk la. Safi jom teman angah tido…” balas angah membuatkan Safi dan mak hanya mampu berpandangan.

 

“Safi, angah teringin nak makan kacang rebus. Ada tak orang jual kacang rebus?” soal angah yang dah tak jadi tidur.

“Ha?! Kacang rebus? Mana nak cari angah?” balas Safi yang pantas terduduk.

“Macam mana nak cari kacang rebus waktu-waktu macam ni? Kalau ada pun lusa kot, cari dekat pekan. Itupun kalau ada yang menjual. Sebab orang jual kacang rebus tu tak tentu jugak, kadang-kadang ada datang, kadang-kadang tak datang.” terang Safi lagi membuatkan angah mencebik sendiri. Melihat keadaan itu Safi segera mencari jalan penyelesaiannya, tak lain tak bukan…mak yang serba-serbi tahu.

“Angah tunggu sekejap ek. Safi pergi tanya dengan mak.” tambahnya memutikkan harapan.

“Mak! Angah teringin nak makan kacang rebus!” tuturnya setelah berjaya mencari mak.

“Kacang rebus? Macam mana nak cari waktu-waktu macam ni?”

“Angah nak makan kacang rebus?” soal mak semula setelah dia mendapatkan angah.

“Hmm…” balas angah mengiyakan sambil mengangguk lemah.

“Takpalah, nanti lusa mak carikan. Doa-doalah ada.” balas mak turut sama mengharapkannya.

 

“Tak ada kacang rebusnya. Tak datang menjual pulak mak cik tu minggu ni. Yang masak tak ada, yang mentahnya pun tak ada.” tutur mak menyampaikan setelah balik daripada pekan.

“Tak ada? Kalau tak ada takpalah…” balas angah perlahan membuatkan mak rasa sedikit terkilan kerana dia tak mampu nak menunaikan permintaan dan angah dilihat terus menyambung tontonan pada rancangan yang dah disediakan.

 

“Safi tolong mak pergi kedai. Tolong mak belikan kacang.” pinta mak pada Safi yang baru selesai melipat sejadah.

“Nak beli kacang? Nak beli kacang apa?” soal Safi pula.

“Safi belikan mak kacang yang boleh buat makan terus tu. Kacang biasa, la…kacang cap tangan!” jawap mak sambil menghulurkan beberapa helai duit kertas.

“Ooo…mak nak makan kacang…”

“Bukan mak, tapi angah. Mak tak sampai hati sebab tak dapat nak beri angah makan kacang rebus yang dia mintak tu. Mak ingat mak nak rebuskan kacang tu nanti. Manalah tahu menjadi sebab dah tak ada cara lain lagi dah.” tutur mak menjelaskan keadaan membuatkan Safi pantas memberikan balasan.

“Ok!” jawapnya sebelum segera bersiap.

 

“Angah…”

“Bangun. Cuba makan sikit kacang ni.” tutur mak pada angah yang sedang tidur di atas sofa.

“Huh?” balasnya diantara percaya atau tidak.

“Makan kacang ni. Mak tak dapat nak carikan kacang rebus yang angah nak. Cuma ni jelah yang mak boleh buat. Cuba angah rasa, boleh ke tak?” tutur mak minta dicuba sambil menyuakan beberapa isi kacang yang sudah dikeluarkan ke mulut angah dan angah langsung tak membantah. Melihat ketekunan mak, angah dihimpit perasaan bersalah. Tapi, dia sendiri tak dapat nak memahami hati. Entah kenapa dia rasa macam…tanpa dipaksa airmatanya menitis pula.

“La, kenapa angah menangis? Tak sedap ke? Tak sama?” soal mak terkejut pada reaksi yang angah berikan. Angah hanya menggeleng tak memberikan jawapan.

“Takpa takpa! Nanti kalau ada rezeki, minggu depan mak cari. Dahlah, jangan nangis.” pujuk mak sambil mengusap dan menepuk-nepuk bahu angah perlahan. Safi yang melihat turut sama dihambat kehibaann.

 

Previous: Bab 90
Next: Bab 92

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.