Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab101a

‘Phang!’ bunyi pintu bilik dihempas kuat membuatkan mak hampir terlompat di dalam solat. Bergemuruh rasa hati yang telah dikejutkan sebentar tadi dan keadaan itu telah membuatkan kusyuknya lari. Namun demi tanggungjawapnya pada diri sendiri, kekuatan segera dicari dan alhamdulillah, terima kasih kepada Allah yang telah membantunya untuk meneruskan ibadat yang disyariat.

 

“Nanti, ateh bagitahu pada mak kalian tu!”

“Lepasni tak payah lagi masakkan apa-apa untuk abah! Sebab abah takkan makan!” pesan abah pada ateh yang sedang duduk di ruang tamu.

 

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumussalam.”

“Ha, Safi, apa cerita dengan insuran arwah angah tu? Dah dapat?” soal along terus pada apa yang sentiasa diingat.

“Dah, cek dah dapat. Tinggal nak bank-in ke akaun mak. Nanti mak dengan abah dapat lebih kurang 40 ribu sorang macamtu.” balas Safi memberitahu.

“40 ribu je?!” soal along seakan terkejut.

“Ha.” jawap Safi ringkas, sangat tidak selesa bila membicarakan tentang hal tu kerana baginya, itu duit tebus nyawa angah dan tak perlulah dipersoalkan tentang jumlah.

“Along nak cakap dengan mak?” soal Safi tak mahu membincangkannya dengan lebih mendalam.

“Ha?”

“Ha, bolehlah.” balas along.

 

“Surat dah sampai. Pihak perbendaharaan tu suruh buat cara kuasa untuk tukar nama pada geran rumah angah. Cara kuasanya dekat pejabat tanah KL.” tutur Safi menerangkan proses yang perlu dilalui.

“Sebab angah dah letak penama bagi rumah tu, jadi tak adalah susah sangat. Nanti biar terus tukar jelah dekat nama mak.” tambah Safi menjelaskan.

“Kenapa tak disuruh along je yang menguruskan?” balas abah tak selesa.

“Along? Hmm, kalau along yang menguruskan, alamatnya, memang takkan adalah rumah tu lagi nanti.”

“Setiap kali balik pun masih nak mintak duit minyak dangan mak. Kata pinjam, tapi tak pernah sekalipun berbayar.” jawap Safi sedikit berapi bila teringatkan janji-janji yang tak pernah along tepati, juga sikap along yang berani mempergunakan angah untuk menjadi penjamin bagi pinjamannya, tanpa kerelaan tuan punya badan.

“Safi takkan lupa apa yang angah pesan. Rumah tu jangan dijualkan sebab angah nak rumah tu jadi tempat saudara-mara menginap. Itu apa yang angah nak.” tutur Safi terus ingin memegang janji.

“Nanti abah tak nak pergi!” jawap abah tegas berteman rasa sakit hati bila dia tetap gagal mengubah pendirian Safi dan Safi hanya mampu menghela nafas panas.

 

“Abah, hari ni nak masak apa?” soal Safi pada abah yang baru balik.

“Entah. Masaklah apa-apa.”

“Ayam tadi nak masak sup ke buat kari?” soal Safi semula.

“Ikutlah, tapi abah dah tak boleh makan ayam. Ikan hari tu ada lagi kan?”

“Nanti gorengkanlah ikan tu untuk abah, lepastu buat sambal.” arahnya sebelum masuk ke bilik.

“Ikan yang dah lama ni, Safi buang ya.”

“Hei hei! Jangan! Biar dekat situ.”

“Tapi kan dah tak elok, bukannya boleh dimakan dah.”

“Takpa, biar! Biar je ikan tu dekat situ.” tutur abah tegas dan Safi langsung jadi malas nak terus mengulas.

 

“Laillahaillallah!” tutur mak terkejut sewaktu terlihatkan abah yang sedang berdoa membelakangi kiblat, setelah selesai solat. Abah segera mengangkat sebelah tangannya mengarahkan mak beredar kerana dia masih belum selesai dengan ‘ibadahnya’. Tak bertangguh, mak terus keluar, tak sanggup nak menyaksikannya lagi.

 

“Mak, kita usahakan tanah belakang ni nak?”

“Kita buat tanam pisang, sayur, ha! Dengan tebu sekali. Ramai yang buat macam tu. Pisang setiap masa laku. Sayur tu boleh keluarkan hasil cepat. Tebu, takpayah cakaplah, bila dah nak masuk bulan puasa, harga boleh jadi 2 tiga ringgit sebatang.” tutur Safi mencadang.

“Mak pun ada fikir macam tu. Kebetulan pulak, hari tu ada Pak Abasnya bagitahu, orang pertanian tengah beri bantuan bersihkan tanah untuk tujuan pertanian. Lepastu dia suruh mak beri salinan geran, lebihnya biar dia yang uruskan.”

“Kena bayar ke? Berapa?” soal Safi semakin berminat tentangnya.

“Tak payah bayar! Percuma je.” jawap mak pula.

“Biar benar? Takkan percuma?!”

“Ke mak yang salah dengar ni?” balas Safi sukar untuk mempercayainya.

“Iya! Salah dengar apanya!”

“Tu, Pak Selimin dengan Tun Husin, lepastu semua tanah-tanah kampung yang ada dekat hujung tanah kita tu, semuanya dah pohon. Tinggal kite je yang belum.”

“Ha! Kalau macam tu, jomlah. Jom, kita pergi hantar salin geran tu. Mak ada simpan kan?”

“Kalau tak silap ada lagi salinnya. Kalau tak silaplah. Kalau tak ada maknanya kenalah buatkan dulu.”

“Jomlah! Jom!”

“Sekarang?” soal mak tak percaya.

“Iyalah, sekarang. Nak tunggu esok buat apa. Kita balik rumah. Kalau tak ada salinannya kita buatkan dulu, lepastu baru pergi rumah Pak Abas dekat hulu.”

 

Previous: Bab100b
Next: Bab102b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.