Home Novel Cinta Cerita Kita
Epilog

Epilog

(Episod 116-Akhir)

Botol air minuman bersaiz besar itu dicapai sebelum Husin memulakan ‘ritual’ kegemarannya.

“Songsang nak, songsang belalai, gajah putih seberang laut…” bisiknya perlahan pada mulut botol air yang sudah dibukakan.

 

“Abang Ngah, ni, air ni. Husin tawarkan untuk Timah. Harap-harap dapatlah dijauhkan daripada benda-benda yang tak baik.” tutur Husin sambil menghulur.

“Ya?! Elok sangatlah tu. Nanti bila balik biar Abang Ngah beri Timah minum.”

“Iyalah, kalau macam tu, Husin pergi kerja dulu, lagipun dah lama dah Husin dekat sini.”

“Abang, ambik duit ni, ambik buat belanja.” tambahnya sambil menolak keluar kerusi daripada meja membuatkan Abang Ngah segera tersenyum simpul saat menerimanya.

 

“Mah, nah! Minum air ni!” arah Abang Ngah sambil menyuakan segalas air putih kepada Timah.

“Air apa ni Abang Ngah?” soalnya semula.

“Air buat penguat semangat. Badan Timah tu tak kuat. Nah, bawak minum air ni. Harap-harap, dapat jauh daripada benda-benda yang tak elok nanti.” gesanya lagi dan seperti kebiasaan, Timah menerimanya tanpa langsung ada sekelumit rasa curiga, mahupun segenggam buruk sangka.

 

P/s:

Pada yang kekal memilih untuk setia, cerita ini khas untuk mereka.

Dan pada yang masih berusaha, moga berjaya bertemu dengan maknanya.

 

Untuk sekalian pembaca, terima kasih kerana sudi singgah dan meminjamkan hati sepanjang tempoh lebih 11/2 tahun ini dengan hampir 1100 lembaran muka surat, catitan sebuah apa yang dinamakan kehidupan, dan demi melunaskan janji pada diri sendiri, Cerita Kita, penulis tamatkan hari ini.

 

Buat portal ilham…

Cerita Kita ada disebab kalian ada, kerana tanpa kalian, karya ini pasti masih lagi disimpan.

 

Penulis minta izin mengakhiri Cerita Kita dengan kata-kata ini…

 

Hitam yang kekelabuan,

Juga putih yang kehitaman.

Bila usaha dalam banyak keadaan,

Tidak menjanjikan keberhasilan.

 

Walau begitu banyak yang dicurah,

Masih banyak yang perlu ditambah,

Begitulah lumrah.

Jasa bukan murah, tapi tetap ramai yang membantah.

 

Rindu dan air mata, mainan dunia,

Luka juga derita, mengarahkan bahagia.

Kasih serta sayang, kurniaan Yang Esa.

Kerana hidup…hanya sementara dan akhiratlah penamatnya.

 

(Sudilah kiranya mensedekahkan Al-Fatihah pada arwah Mat, Angah, juga Abah yang terlebih dahulu dipanggil menghadap Allah. Moga mereka sentiasa berada di dalam rahmatNya. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita akan jumpa lagi. Assalammualaikum...)

   

-Tamat-

(Yang Sebenar-Benar.Salam)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.