Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab111b

“Di sini kasih kita bermula…”

“Dan di sini juga cinta kita berakhir…” bisik Ridzwan sebelum tangannya diarahkan pada pohon cemara yang pernah menjadi saksi ikatan cinta mereka. Berjanji untuk sehidup semati, bersama selama-lamanya, namun janji hanya tinggal janji kerana kini, hanya dia yang kembali.

“Ati...masih wujudkah kau lagi?”

“Atau…kau sebenarnya dah lama…pergi?” soalnya pada diri kerana sehingga kini jawapan bagi persolan itu tak pernah ditemui.

 

“Wan, duduk sini kejap. Ibu ada benda nak cakap.” tutur Puan Zaiton.

“Hmm. Kenapa ibu?” soalnya sesudah duduk, namun Puan Zaiton tak terus membalasnya.

“Tadi ibu kata ada benda nak cakap. Apa dia?” soal Ridzwan semula.

“Ibu…”

“Wan…”

“Laillaha illallah, muhammadur rasulullah…kenapanya? Ada apa yang tak kena?” soalnya lagi, sukar untuk mempercayai kerana mak yang dikenali tak pernah dilihat kehilangan diri.

“Wan, kalau ibu cakap, Wan jangan ambil hati ya…”

“Hmm.” balasnya pasti.

“Sampai bila Wan nak tunggu Ati?”

“Dah lebih 20 tahun Wan macam ni. Menanti-nanti. Wan tak pernah fikir untuk bina keluarga sendiri? Keluarga yang tanpa Ati?” soal Puan Zaiton akhirnya, menyatakan apa yang sentiasa membebani benaknya. Riak Ridzwan terus berubah, muram dan tak berasa, bila kelu lidah untuk membalasnya.

“Wan, ibu dah tua. Kalau boleh ibu nak tengok Wan berteman dan ada keluarga sendiri sebelum ibu mati.”

“Kenapa ibu sebut tentang mati pulak ni?” balas Wan tak gembira.

“Nak ibu carikan Wan teman?” soalnya memulakan apa yang dah difikirkan.

“Susahlah ibu.”

“Apa yang susahnya?”

“Susah sebab Wan masih tak dapat lupakan Ati?” kesunyian yang Wan pamerkan sudah cukup untuk menjawapnya.

“Wan jangan siksa diri sendiri. Sampai bila Wan nak teruskan hidup begini? Cuba bukak sikit pintu hati Wan tu untuk terima yang lain. Selagi Wan tak mencuba, memang takkan bergerak ke mana.” pujuk Puan Zaiton lagi dan Wan masih juga kekal sunyi.

“Semua kawan-kawan ibu, semuanya dah rasa bercucu. Tinggal ibu je yang belum lagi. Ibu pun teringin juga nak rasa macam mana ada cucu sendiri. Tak kesian ke Wan pada ibu?” sebuah permintaan yang hanya mampu membuatkan Wan membalas dengan keluhan.

“Wan? Wan dengar ke tak apa yang ibu cakap ni?” soal Puan Zaiton setelah menyedari dia seperti sedang bercakap sendiri.

“Ha.” balas Wan sepatah.

“Dah tu, maksudnya? Wan setuju?”

“Ikutlah mana-mana yang ibu rasa elok. Wan naik dulu.”

“Selamat malam ibu, assalammualaikum.” tuturnya sebelum berlalu.

“Waalaikumussalam, selamat malam. Wan pergilah tidur. Esok kan nak kerja.” balasnya gembira dah tak terkata kerana memang itulah yang ingin didengarinya.

 

Langkahan kaki yang diatur perlahan terhenti demi mengikuti tindakan ‘dia’ yang sedang diikuti. Lama dia berkeadaan pegun begitu, sambil memerhatikan bahagian belakang susuk lelaki yang sama itu lagi. Berdada bidang dengan ketinggian serdahana, berteman rambut ikal yang hampir mencecah ke bahunya.

“Allah…hu akbar,”

“Allah…hu akbar.”

Deringan jam penggera belatarkan azan di telifon bimbitnya membawa pergi apa yang sedang dimimpi. Tersentak dengan itu, Safi membuka kelopak mata yang masih bertaut sebahagiannya.

“Astargfirullah hal adzim….”

“Allah, allah hu akbar.” bisiknya sebelum bangun dan mengambil wuduk.

 

Selesai bertahajud dan membaca al-Quran dia mengakhirinya dengan menadah tangan.

“Ya-Allah, ya rahman ya rahim…berikanlah ampun dan kurniakanlah rahmat, kerana sesungguhnya hanya Engkau sebaik-baik pemberi rahmat.”

“Allah…sungguh, aku sangat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku. Amin, amin, ya rabbal alamin.” doanya tanda penyerahan pada yang telah memberinya ikhsan.

“Astargfirullah hal adzim, astargfirullah hal adzim, astargfirullah hal adzim…” pohonnya lagi, tak pernah penat untuk meminta sebelum dia teringatkan apa yang telah terjadi, tentang mimpi yang sama, berulang-ulang kali.

“Siapa sebenarnya dia dan kenapa mesti perlu selalu termimpikan dia?” soalnya sambil mencari makna akan segala-galanya.

 

Previous: Bab111a
Next: Bab 112

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.