Seminggu berlalu dan mak makin bimbang kerana angah masih tak dapat dihubungi sejak terakhir kali bila telifonnya seperti dimatikan. Masuk minggu kedua, mak berusaha lagi, tapi kali ini tidak pula berangkat.
“Ke mana perginya angah ni? Tak pernah angah buat macam ni. Takkanlah telifon angah rosak?” tutur mak sebelum terdengar jeritan ceret air yang minta dipadam.
“Mana angah ni?”
“Ada apa-apa ke yang dah jadi pada angah?” soal Safi pada diri sendiri selesai mendail beberapa kali dan seperti minggu-minggu sudah, angah masih tak dapat dihubungi.
“Safi! Safi! Prof dah sampai!” bisik Wawa pada Safi yang masih dilihat teka bermain dengan telifonnya.
“Ha?! Dah sampai? Ok, ok!” balasnya sebelum segera bertindak mematikan telifon berkenaan.
“Man, kalau Man ada masa, tolong pergi tengokkan angah kat tempat kerja dia. Cuba pergi cari angah dekat sana.”
“Dah risau dah mak ni. Ke ada benda tak baik yang dah jadi pada angah?” tutur mak seakan merayu, dah tak mampu nak menunggu.
“Iyalah mak. Man pun sama, risau jugak. Dah lama kita cuba telifon angah, tapi tak pernahnya nak diangkat. Takut pulak Man, takut ada benda tak elok jadi.”
“Man memang ingat nak pergi cari angah petang nanti, lepas habis kerja. Sebab hari ni, Man syif pagi.” jawap Man yang turut berkongsi rasa kebimbangan.
“Eloklah kalau macam tu. Apa-apa nanti Man jangan lupa telipon bagitahu pada mak. Mak dah risau sangat dah ni…” balas mak berteman air mata yang sudah mula bergenangan.
“Dahlah, mak jangan risau. Takpa, apa-apa nanti Man telipon bagitahu. InsyaAllah, tak ada apa-apalah tu.” tuturnya mahu mengubat sedikit lara yang dah terlalu lama bersarang di hati maknya.
“Iyalah, insyaAllah…” balas mak sambil menyapu air mata.
“Angah!” lauh Man setelah terlihatkan kelibat angah yang baru melalui kaunter hadapan bahagian farmasi hospital berkenaan.
“Ha…Man.”
“Kenapa datang? Nak guna duit ke?” soalnya sebelum membelek-belek beg tangan.
“Bukan sebab duit Man datang ni. Kan sekarang awal bulan, duit Man ada lagi.”
“Mak pesan, suruh Man datang sini cari angah. Mak risau sebab dah lama angah tak angkat telefon. Kenapa angah tak angkat telifon? Telifon angah rosak ke?” soal Man pula mahu mengetahui puncanya.
“Aaa…a’ah! Telifon angah rosak. Jatuh hari tu, tu yang tak boleh guna.” jawap angah melancarkannya biarpun kenyataannya bukan itulah penyebabnya.
“Ha, mujurlah. Ingatkan apalah yang jadi.”
“Mak punyalah risau. Mak ingat ada benda-benda jadi pada angah. Boleh kata hari-hari mak telifon Man tanya angah. Kesian mak.”
“Kejap, biar Man telifon mak. Angah cakaplah dengan mak ya.” tuturnya sebelum mula mengeluarkan telefon yang ada tersimpan di dalam kocek seluar.
“Man Man, takpa! Nanti biar angah yang telifon mak, sebab sekarang ni telifon angah dah ok dah. Takpa, nanti petang-petang sikit bila dah habis kerja angah telifon mak.”
“Man, angah tak boleh lama ni. Angah dah nak kena masuk dalam, sebab sekarang tengah waktu kerja lagi.”
“Ni, ambik duit ni. Angah masuk dulu. Nanti bawak motor tu elok-elok. Jangan bawak laju-laju.” pesannya.
“Ok, angah pun. Jaga diri.” balas Man sebelum menghulurkan tangan minta keberkatan dan angah sedaya-upaya cuba untuk bertahan agar tak terbawa-bawa perasaan.
Sudah lama angah kaku di meja kerja sambil terus juga memikirkan samaada perlu atau tidak dia mendail telefonnya itu. Bila terkenangkan apa yang Man telah sampaikan, dia akhirnya melakukannya juga. Kerja yang yang biasa dan sangat seronok untuk dibuat, bertanyakan khabar mak yang jauh di pandangan mata, tapi itu sebelumnya, sebelum semua masalah-masalah ini terjadi. Namun sekarang, perasaannya dah mula kurang, kerana kekecewaannya takkan mungkin dapat pernah hilang.
Berdebar-debar rasa hati saat menanti panggilannya diterima sambil di dalam kepala memikirkan segala alasan-alasan yang bakal diucapkan kerana dia juga rasa sengsara setelah tak dapat mengetahui keadaan mak sejak sekian lama.
“Assalammualaikum…” tutur mak. Terdengar suara yang paling dirinduinya sejak berminggu-minggu sudah.
“Waalaikumussalam…” balas angah perlahan, kekal untuk bertahan.
“Angah?! Ya-Allah…angah kemana?!”
“Kenapa dah lama mak telifon tak dapat? Angah sihat? Ada apa-apa jadi ke pada angah?”
“Ke telifon angah rosak?” soal mak bertalu-talu, dah tak dapat nak menahan, memuntahkan semua persoalan yang sentiasa menemaninya sejak berminggu-minggu lamanya.
“Angah sihat, cuma telefon angah yang rosak.”
“Mak apa khabar? Mak sihat?” soal angah pula berbalas rasa.
“Mak sihat. Mak ingat apalah yang dah jadi pada angah. Risau mak. Mak sampai suruh Man datang tengokkan angah kat tempat kerja. Ada Man datang sana?” soal mak semula.
“Ada, baru kejap tadi Man datang sini.”
“Mak buat apa tu? Mak dah makan?” soalanya pula, soalan biasa bila ‘berjumpa’ walaupun hanya dengan suara.
“Mak baru lepas sembahyang Zohor. Tak makan lagi, tengah tunggu Ina balik sekolah. Nanti Ina dah balik barulah mak makan. Angah dah makan?”.
“Dah, angah dah makan dah. Makan sekali dengan kawan-kawan dekat kantin tadi. Mak masak apa hari ni?”
“Hari ni mak masak telur dadar dengan sambal sardin. Masak yang ringkas-ringkas, lagipun susah nak keluar ke kedai dari sini. Mak memang tak pernah keluar, kalau beli barangpun biasanya ateh yang beli masa dia balik daripada sekolah nanti.” jawap mak menerangkan cara kehidupan yang baru ditempuhinya itu.
“Hmm…” balas angah cuba membayangkan segala yang dicerita.
“Ni, telifon angah dah elok ke ni? Dah boleh guna dah? Takpalah, angah tengah kerja kan? Takpa, nanti malam biar mak yang telifon angah.” tutur mak setelah sedar sudah agak lama mereka berhubung, tak mahu menggalakkan anak ‘mencuri’ waktu kerjanya.
“Mak! Angah dah guna nombor baru. Mak ambik nombor ni. Nanti kalau tak dapat nombor lama, mak telifon nombor yang ni.” tutur angah sambil menanti.
“Kejap-kejap. Mak nak ambik pen dengan kertas.” balas mak sebelum segera mencari.
Mata angah masih terpaku pada skin telifon sebelum dia bertindak menyelongkar semula message bertulis yang Mat serta Usop kirimkan sejak beberapa minggu sudah, message yang telah membuatkan hatinya mati buat seketika. Pesanan berupa makian dan ugutan daripada seorang adik kepada seorang kakak yang jauh di perantauan.
Setiap satu dibaca dengan tenang sambil dalam hati memikirkan tentang kebenaran dakwaan.
“Betul ke aku anak derhaka? Betul ke aku anak yang tak berguna?”
“Sebab aku ke semua ni jadi? Aku ke punca segala masalah ni?”
“Penting sangat ke tanah kebun tu sampai masalah boleh jadi besar begini?”
“Salah ke aku cuba jadi diri sendiri? Mati…bukannya boleh pasti.” bisiknya menzahirkan kekesalan pada setiap satu tuduhan yang dilemparkan.
“Berdosa ke aku biarkan mak dengan abah berpisah?”
“Betul ke aku yang berdosa?” tambahnya lagi, mencari kebenaran.
“Duit…duit…duit! Tak habis habis dengan duit!”
“Apa hebat sangat ke duit sampai keluarga boleh jadi teruk macam ni!” gerutu angah menahan marah. Kalau ikutkan hati dia mahu selama-lamanya diamkan diri dan hidup sendiri. Putuskan hubungan dengan semua, abah dan konco-konco abah terutamanya yang menjadi punca dia kekal sunyi selama beberapa minggu ini, tapi bila terkenangkan mak dan adik-adik yang lain dia mula jadi sebak.
“Ya-Allah ya tuhan kami…jadikanlah kami hamba yang berserah diri kepadaMu, serta yang rujuk bertaubat kepadaMu, kerana sesungguhnya, hanya padaMu tempat kami kembali…” tuturnya sambil menadah sebelum meraupkan kedua-dua belah tangan ke muka, lama. Esakan kecil yang mula turut serta membuktikan kesedihan yang cuba untuk sedaya-upaya ditahan.
“Has!”
“La…dekat sini rupanya.”
“Has, jomlah! Pesakit tengah ada banyak. Line dah panjang sampai koridor luar.” adu Fizah yang baru masuk membuatkan angah segera menghapuskan air matanya.
“Ha? Dah ramai! Ok, ok. Jom!”
“Budak-budak tu mana? Kan ke kita dah tambah kaunter, takkan masih tak dapat nak kejar lagi?” balas angah sambil cuba mengemaskan meja sendiri.
“Has? Kau menangis?” soal Fizah tiba-tiba bila mata mereka akhirnya bertemu.
“Kenapa? Nampak sangat ke?” soal angah semula sambil terus menyental mata.
“Nampak la. Merah ni. Kalau budak-budak kat luat tu tengok, mesti perasan. Kau nangis kenapa? Ada masalah ke?” soal Fizah cuba membantu.
“Tak ada apa-apa. Biasalah hal keluarga. Tak ada apa yang baik pun untuk dicerita.” balas angah ingin menumpu pada tanggungjawapnya semula, supaya rezeki yang dicari, diberkati.
“Betul kau tak nak cerita? Takpa, nanti bila-bila dah ada rasa nak cerita apa-apa, kau boleh cerita dekat aku. Macam aku yang selalu cerita hal aku pada kau.”
“Jangan risau, rahsia kau selamat dengan aku, sama macam aku tahu yang rahsia aku selamat pada kau.” terang Fizah, rakan sekelas angah sejak di universiti.
“Ok.” balas angah menghargai keperihatinan yang diberikan.
“Tapi, macam mana boleh slow sangat budak-budak tu buat kerja? Kan ke kita dah tambah kaunter?” tutur angah mengulangi kerana masih sukar untuk mempercayai.
“Eee…entah apa-apa! Ni mesti sebab si Rina tu lagi kan?”
“Itulah sebabnya, bercakap tu bercakap jugak, tapi tangan tu kenalah jalan. Ni tak, berborak tak agak-agak, melayan je kerjanya. Apa dia ingat yang duduk menunggu kat belakang tu suka?” tambah angah tegas, fokus semula kepada tugas.
“Tulah pasal. Hai entahlah…” balas Fizah pula sebelum di tersedar akan sesuatu.
“Has, pakai ni! Kalau tak budak-budak dekat luar tu bergosip pulak nanti.” tutur Fizah sempat mencapai cermin mata hitamnya yang ada di atas meja dan angah hanya menerima.