Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab103b

“Baru tahu nak balik.” bisik abah yang sudah masuk ke dalam bilik Usop.

“Dah tu mananya?” soal Usop semula.

“Ada dekat luar. Sengaja malas abah nak membukanya. Biar tidur dekat luar.” balas abah yang sudah mula ketawa saat terlihatkan senyuman yang Usop ukirkan.

“Padan muka! Memang kena nak diajar sikit!” tutur Usop bersetuju dangan apa yang sedang diusahakan saat itu.  

 

“Dahlah tu mak, tidur. Mujur ada lagi bantal dekat sini. Kalau tak, maknanya berbantal lengan jelah kita bertiga malam ni.” tutur Safi pada mak yang masih meneruskan kerja-kerja penyapuan.

“Mak ingat nak sapu dekat depan sekali. Senang nanti.”

“Takpayahlah! Esokjelah. Lagipun dah malam dah ni. Esok, pagi esok biar Safi yang buat. Dah, dah. Duduk. Tadi bukan mak kata yang kaki mak sakit.” balasnya sebelum menghampiri mak dan mencapai lidi penyapu yang masih terlekat di tangan maknya itu.

“La, mak tak siap lagi ni. Tu…”

“Dah dah dah! Berpeluh nanti. Lagipun kita bukanya ada air dekat rumah ni. Kalau ada pun kena pergi sungai. Waktu malam-malam macam ni, rasanya baiklah tak payah.”

“Tidurjelah kita senyap-senyap. Kalau ada nak buat apa-apa sambung esok.” arahnya pula sambil menyadarkan penyapu ke sebelah pintu.

“Man, selimut.” tuturnya pula, mengagih-agihkan apa yang ada.

 

“Safi! Jala mana?!” herdik abah dengan muka bengisnya.

“Manalah orang tahu! Yang tanya Safi buat apa?” jawap Safi sama ‘tegas’ dengan nada abahnya.

“Usop cakap Safi dengan Man yang pakai hari tu!”

“Lepas kalian pakai, terus jala tu hilang sampai sekarang!” balas abah kekal berapi.

“Senang-senang nak menuduh orang!”

“Bukan ke Usop dengan along yang pakai paling akhir hari tu? Waktu angah baru meninggal? Orang ingatlah, dia dengan along yang pakai!”

“Masa menjala sibuk nak menembak! Bila dah hilang menuduh-nuduh orang pulak!” runggut Safi masih marah lagi kerana dia paling benci keadaan begini. Fitnah dan nista sentiasa menang. Abah terus-terusan menarik muka masam, sebelum mencapai kunci motor dan berlalu pergi.

“Celaka punya Usop! Tak habis-habis nak bercakap bohong!”

“Takpa, dah mati nanti tahulah jadi apa!” gerutu Safi lagi sambil berusaha mengatur semula perjalanan nafas yang tak teratur kini.

 

“Ni nanti balik, Usop nak duit?” soal abah pada Usop yang ada di sebelah ketika mak dan Safi baru pulang dari seberang.

“Takpayah! Gaji Usop banyak, beribu-ribu! Buat apa nak memintak-mintak!” jawapnya bangga sambil menjeling ke arah Safi dan Safi takkan begitu mudah dibuli.

“Memanglah banyak, tapi apa guna kalau hutang berlambak-lambak? Dah? Perluke nak berlagak?!” sampuk Safi yang tak dapat nak mengawal diri kerana dia tahu penyataan itu sengaja ditujukan kepadanya. Mendengarnya Usop langsung bangun.

“Apa kau cakap?!” marahnya daripada muka pintu pada Safi yang sudah berada di dapur.

“Apa?! Tak betulke apa yang orang cakap?” jawap Safi berani. Kalau nak bertumbuk! Mari!!! Bisiknya di hati, masih cuba mengawal bahasa sendiri, tapi bukan takut kehilangan gigi. Usop yang rasa tercabar terus datang menghampiri, namun Safi kekal tenang, langsung tak tergerak bila digertak.

“Dah! Dah! Dah!”

“Kenapa kalian ni ha?!” tegah mak yang baru keluar daripada bilik berteman kepala yang masih berat. Melihat campurtangan mak, Usop terus hilang minat kerana dia tahu, mak pasti akan menyebelahi Safi.

“Mak, kenapa tak tidur? Dahlah, jom baring.” tutur Safi sambil menuntun mak masuk semula ke dalam bilik.

“Mak rehat. Mak nak makan apa?” soalnya.

“Mak tak ada selera nak makan…”

“Tak boleh macam ni. Sejak semalam mak tak makan apa-apa. Makan, kena makan. Tak banyak pun kena makan sikit. Mak nak makan nasi?”

“Mak tak ada selera nak makan…” ulang mak perlahan dan Safi segera menggaru-garu kepala sendiri.

“Takpa, nanti Safi masak bubur untuk mak. Makan sikit, lepastu makan ubat. Mak baringlah dulu. Nak sapu minyak angin tak?” soalnya pula, berusaha, dan mak membalasnya dengan anggukan perlahan.

 

Previous: Bab103a
Next: Bab104a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.