Dari jauh Safi nampak mak mengesat mata. Bila dilihat dengan lebih tepat, rupanya mak menangis. Semalam pun begitu. Hari sebelum, dan sebelum-sebelumnya juga serupa. Safi tahu perasaan mak dan dia tumpang simpati pada ‘rezeki’.
“Sudah-sudahlah tu. Tak payah menangis lagi.”
“Kalau mak terus macam ni, gila mak nanti! Kalau mak gila, sukalah semua budak-budak tu! Nak mak buat mereka gembira? Ketawa?” soal Safi pada mak yang ada di sebelahnya.
“Mana mak tak sedih, Safi…”
“Tak pernah mak sangka benda macam ni boleh jadi. Dah lama mak hidup, semua benda mak dah rasa, tinggal mati je yang belum lagi.”
“Kalaulah mati tu boleh dicuba, rasanya, mati pun mak dah cuba.” balas mak sambil mengesat air matanya semula. Safi hanya mampu menghela nafas dalam selesai mendengarnya.
“Tak siap lagi? Safi dah kutip sampai atas. Safi hantar yang ni ke bawah dulu. Jalan tengok elok-elok, jangan sampai jumpa Si Panjang tu nanti.” pesannya pada mak sambil mengangkat dua baldi cat besar yang dah dipenuhi getah buku. Mak ditugaskan untuk menoreh, manakala dia mengangkat.
“Hish Safi ni! Janganlah takutkan mak!” balas mak, menolak.
“Bukannya nak menakut, cuma nak mengingat.” balasnya kembali dengan senyuman, sempat mak menepuk bahunya daripada belakang.
“Adoi! Sakitlah!” tuturnya, cuba mencipta suasana ceria. Dia tak mahu mak terleka dengan kenangan-kenangan yang tak mendatangkan kebaikan dan mak, jadi terhibur dibuatnya.
Selesai di kebun getah, mereka bertani. Penuh rumah Cu Leha dengan sayuran yang tak terbilang. Bila tuan rumah datang, mak beri sebahagian hasil tanaman padanya. Sebahagian besar mak jual di pekan. Hasilnya mak bagi dua antara dia dan Cu. Mulanya Cu tak mahu, tapi mak tetap berkeras. Kata mak dia cuma mengusahakannya saja, tanah Cu yang punya. Tak sanggup dia nak mengambil semua. Safi bangga, mak mengajarnya akan erti hidup bersederhana.
Hidup mereka bahagia, walaupum mereka ada berdua. Sama-sama menjaga sesama. Bila mak sakit, Safi akan tolong ubatkan, bila Safi sakit mak turut melakukan perkara serupa. Safi ada untuk mak, mak ada untuk Safi dan Allah ada untuk mereka. Dengan adanya Allah mereka akan bahagia, insyaAllah. Bisik hati yang masih kekal memerhati gelagat mak yang sedang merepis rumput-rumput di pangkal batang kacang.
“Saya kenal sangat dengan perangai abang. Abang tu yang bekeng!”
“Memang patutlah Kak Timah tu lari.”
“Kak Timah tu, bukannya orang lain dengan saya. Kakak angkat saya. Saya kenal dia dah lama, sejak zaman budak-budak lagi.” bebel Cik Nom pada abah yang ada singgah di kedainya.
“Huh! Kau apa tahu!” balas abah keras.
“Jangan sampai gila talak pulak! Dulu dah sekali, kali ni abang buat lagi. Kalau Kak Timah tu tak nak terima abang semula macam mana?” soalnya lagi membuatkan abah menghadiahkan senyuman sumbingnya.
“Tak adanya!”
“Kali ni aku dah tak akan pujuk-pujuk lagi. Kalau dia nak pergi, biarlah dia pergi.” balas abah, melupakan batasan.
“Jangan cakap besar bang! Tak tahu lagi kita apa yang bakal datang!” balasnya mengingatkan.
“Huh! Apa yang nak datang, datang. Tak payah nak dihalang.” jawap abah sebelum menghabiskan hirupan di cawan.
“Dah, ini duitnya. Baki, simpan.” tambah abah dan Cik Nom hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala sahaja.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Kesibukan mengurus kebun membuat mereka jadi leka. Sedar tak sedar sudah hampir dua tahu peristiwa pahit itu berlaku. Rumah pusaka peninggalan atok dan nenek terbiar usang, sampai jalan masuk pun dah tak dapat dipandang, ditumbuhi semak setinggi kepala orang dewasa. Abah sudah tidak menggunakan tanah itu lagi untuk kerja-kerjanya sejak Ina melanjutkan pelajaran di universiti.
Mak sedih melihat keadaan rumah yang tak dijaga. Akar dan wulan bukan saja menutupi dinding, malah sudah memanjat sehingga ke bahagian atap. Lantai sudah banyak yang reput, malah dinding, ada yang dah tercabut. Melihatkan kesdaan itu mak menitiskan air mata. Dia rasa bersalah bila memikirkan janji yang tak dapat dipenuhi dengan arwah.
Setelah berfikir panjang, mak membuat keputusan untuk berpindah semula ke rumah pusaka atok. Semua pokok-pokok di keliling rumah habis ditebang dan dibersihkan. Bila abah tahu dia mula tak puas hati. Katanya rumah tu dia yang punya. Sudah dua tahun, dan sepanjang tempoh itu abah masih juga tidak mahu berubah. Doa mak selama ini masih tak berhasil. Abah masih tetap dengan perangai keras kepalanya sampai ke sudah.
“Safi, cepatlah pergi. Mak dah nak siap dah dekat sini. Safi pergi ambik daun kesum yang ada dekat tepi palong sana.” tutur mak mengarahkan.
“Nak ambik banyak mana? Semua ke?” soal Safi semula.
“Ha, bolehlah, ambik semua. Lagipun kesum tu dah tua, kalau dibiar lama-lama bukan makin elok jadinya.”
“Ok.” balas Safi sebelum mencapai parang panjang yang ada terpacak di tanah dan membuka langkah.
“Lah! Dah kenapa pulak tu?” soalnya saat terpandangkan abah yang sudah mula memusingkan motornya secara mengejut, dibantu brek manual, hujung jari kaki, dah tak jadi nak menghampiri. Hampir-hampir hilang kawalan motor berkenaan akibat pusingan kecemasan yang dilakukan. Mak yang turut melihat, hanya mampu tersenyum.
“Mana tak takut. Tu Safi tu!”
“Yang Safi bawak parang tu sambil berjalan laju-laju tu kenapa? Takutlah dia.” Jawap mak, masih berteman dengan senyuman.
“La! Orang bukan nak kejar abah dengan parang. Orang nak ambik barang.” jawap Safi tak menyangka yang niatnya disalah-sangka.
“Ade ke patut, anak nak memarang bapak!” adu abah pada Usop melalui panggilan telefonnya.
“Bila? Bila budak tak guna tu buat macam tu?” soal Usop tak percaya.
“Tadi! Masa abah nak balik ke rumah kampung.”
“Kurang ajar! Mak tu jadi degil macam tu, sebab dialah! Dia yang menghasut mak. Hasut mak supaya benci abah.” balas Usop, mencaci.
“Hmm. Memang sebab ada dialah kita semua bermasalah. Rumah angah tu, dia yang sibuk nak menguruskan. Bukannya tak ada orang lain yang boleh menyelesaikan.”
“Tu, along ada. Gagi pada dia! Ini tak, dia pulak yang saja nak memandai-mandai.” jawap abah berbalas rasa.
“Usop pasti sangat, kalau tak ada si celaka tu, mak takkan derhaka pada abah.” hina Usop semula.
“Takpa, kita tunggu je nanti, berhasil ke tak kali ni. Kalau berhasil, untunglah kita nanti.”
“Apa ada abah buat? Abah rancang apa?”
“Abah ada kenal sorang budak Indon ni. Haritu dia ada ajar cara nak mematikan orang. Katanya cuma perlu 40 hari, lepastu mati!” jawap abah teruja dengan amalan terbaru yang dituntutnya.
“Iya? Macam mana caranya? Abah ajarlah Usop. Usop pun nak belajar!” balas Usop berkongsi minat.
Tangan yang bertanah dibersihkan sebagai permulaan, sebelum sabun yang ada tersedia dicapai untuk menempurnakan proses pembersihan. Sedang leka, telinganya tertengkap pada bunyi enjin motosikal yang amat dikenalinya itu dan seperti hari-hari sebelumnya, pada waktu yang hampir sama, abah ‘memunculkan’ dirinya. Daripada hujung jalan lagi abah dah menjenguk, ‘mengsekodeng’ rumah sewa yang didiami mereka.
“Apa pandang-pandang!”
“Dah jadi sampai macam ni, barulah sibuk-sibuk nak memandang-mandang!” ngomelnya waktu mata bertentang.
“Masa orang ada, ditendang-tendang! Dah tu sekarang, buat apa nak pandang-pandang!” marah Safi masih berdiri, sambil terus juga menyental jari. Abah yang melihat pantas mematikan niat. Langsung hilang ayat-ayat mentera yang biasa dibacanya akibat terkejut dengan ‘serangan’ yang Safi lakukan.
Takdir, takkan ada siapa yang dapat menolak kerana setiap satu yang hidup pasti akan merasai mati. Dalam kekalutan yang berlaku, pada satu pagi, sedang mereka menuju ke rumah kampung, mereka didatangi Abang Dollah. Tanpa mereka sangka, abah akhirnya dipanggil Allah.
“Kak, saya nak bagitahu. Abang dah tak ada. Anak kak yang kecil tu menangis sorang-sorang di rumah. Kesian saya tengok.” tutur Dollah saat motosikal keduanya berhenti di tepi jalan.
“Akak balik ya. Saya nak ke rumah Tok Iman maklumkan perkara ni. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.” tuturnya cemas sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Imam Salleh. Mak dan Safi masih tergamam. Mereka tak tahu apa yang harus dilakukan.
“Mak…mak tak nak pergi tengok abah?” soal Safi, tapi mak langsung tak mengeluarkan bunyi.
Suara gelak ketawa dari dalam bilik dapat didengari sampai ke luar. Mereka sangat kenal dengan empunya badan, anak-anak yang membiarkan hawa nafsu merajai fikira, sampai sanggup memperkotak-katikkan ibu sendiri. Sekali lagi mak diuji. Kali ni dengan ujian yang teramat berat, lebih berat dari yang terdahulu, sampai mak dah putus harap. Harapan untuk menyatukan semula keluarga, hancur lebur dah berderai.
“Assalammualaikum…”
“Assalammualaikum!” suara orang memanggil dari luar pagar, sayup-sayup kedengaran kerana kedudukan pagar yang jauh dari rumah memungkinkan keadaan.
“Assalammualaikum.” tuturnya semula, agak kuat daripada tadi. Mak yang sedang memasak di dapur cepat-cepat menjengah dari tingkap rumah.
“Sekejap-sekajap!” balas mak sambil melambai-lambaikan tangan. Anak tudung coklat kegemaranya segera disarungkan ke kepala. Dalam kekelutan, langkah diatur laju menuruni anak tangga sebelum dia bergegas mendapatkan tuan empunya suara.
“Pn.Fatimah ya?” soal seorang pegawai polis lelaki yang mak sendiri menganalinya. Hati mak semakin berdebar-debar dan nafasnya turut turun naik dengan serta-merta.
“Ya, saya. Ada apa halnya tuan?” balasnya terketar-ketar, masih tercungap-cungap berteman pelbagai andaian yang berlegar-legar di minda. Tiba-tiba mak teringatkan Safi yang masih belum pulang dari bandar. Jangan-jangan ada sesuatu yang menimpa anaknya itu.
“Tadi kami terima panggilan dari ibu pejabat. Mereka minta Puan dan Cik Saffiyah ke ibu pejabat untuk diambil keterangan petang nanti.”
“Dalam pukul 2.00, puan perlu jumpa dengan Inspektor Maria dari Unit Jenayah Komersial, berkaitan dengan penyelewengan proses pembahagian harta.” terangnya. Mak nyata terkejut. Mukanya berubah pucat. Dia beristigfar dalam hati berkali-kali setelah menyedari dia dianiayai anak kandungnya sendiri, dan hanya kerana ketamakkan harta dunia, kini dia dipandang sebelah mata.
Mak sangka, bila abah sudah tiada semuanya akan baik-baik saja, namun, sebaliknya yang berlaku. Perasaan marah, kecewa dan putus asa menguasai jiwa, namun air mata kekal ditahannya.
“Kalau tak keberatan, boleh saya bertanya?”
“Kenapa boleh jadi macam ni Mak Cik?” soalnya lagi. Mak menarik nafas sedalam yang mampu untuk mengawal gelogak perasaan.
“Mereka tak puas hati bila tahu Mak Cik nak jualkan rumah arwah kakaknya di KL. Siap tulis surat ugutan, paksa Mak Cik batalkan hasrat tu. Katanya mereka tak setuju rumah itu dijualkan, atau diberikan pada Baitulmal. Rumah tu mereka yang duduk, tapi semua kos pengurusan rumah, termasuk bil air dan eletrik semuanya diletakkan di bahu mak cik. Dah bertahun-tahun mak cik tanggung semuanya. Mereka buat tak kisah. bila pihak pengurusan telifon, barulah mak cik tahu kebenaran.”
“Dah berbulan-bulan bil tertunggak, sedangkan bulan-bulan mak cik bagi duit untuk membayarnya.” jelas mak. Pegawai polis tersebut terus mengangguk faham.
“Kalau macam tu keadaannya, mak cik tak payahlah risau. Polis cuma nak menyiasat sebab dah ada laporan. Petang nanti mak cik ceritakan semuanya pada Inspektor Maria. Saya yakin dia faham. Dia baik orangnya.”
“Takpalah mak cik, kalau macam tu saya mintak diri dulu. Assalammualaikum.” tuturnya sambil mengangkat sebelah tangan tanda perpisahan.
“Waalaikummussalam. Terima kasih tuan.” balas mak menghargai kecekapan perkhidmatan.
Nafas terasa seakan terhenti, tanpa ada turun dan naiknya lagi. Serentak itu, mak menepuk-nepuk dada meminta agar jantungnya berdegup semula. Langkah terasa longlai, lemah dan tak berdaya sehingga membuatkan kakinya nyaris tersampuk pada akar wulan yang merintangi jalan.
Sesampainya di mata tangga, dia merangkak untuk menaikinya, kerana bimbang akan jatuh tersungkur nanti, bila semangatnya terasa sudah terbang dan hilang dan dengan terhuyung-hayang, mak menyandarkan badan pada perkemasan tempat tidurnya.
“Astargfirullah hal adzim…”
“...astargfirullah hal adzim…astargfirullah hal adzim…” bisiknya tak berhenti sambil terus mengusap-usap dada yang kekal keras tak berfungsi.
“Astargfirullah hal adzim, astargfirullah hal adzim…” ungkapnya lebih kuat kali ini, memohon keampunan dari yang Maha Pengampun. Ditepuk-tepuk dada kekal meminta agar ia memberikan reaksinya. Seketika kemudian manik-manik jernih laju membasahi pipi dan dengan izinNya, dada yang kejang sejak tadi, akhirnya kembali. Hati mak hancur! Kini, segala kasih sayangnya terkubur. Anak-anak yang pernah ditatang bagai minyak yang penuh langsung tak tahu menghormatinya dan semuanya tewas dengan godaan dunia.
“Mak…”
“Makkkk…” serunya, meminta semangat, kerana hanya itu yang mampu dibuat.