Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab111a

Satu demi satu kandang diperiksa isinya, mencari perubahan pada setiap seekor lembu yang ada. Andai ada sebarang kecederaan, segera dia mencatat di dalam buku kecil yang ada di tangan.

“Assalammualaikum…”

“Ha, baik jawap, sebab nanti bila tak jawap, berdosa!” tuturnya sambil mengangkat jari.

“La…dah kenapa kau ni? Kenapa kaki dah hencot pulak? Semalam kan elok je?” tuturnya saat terpandangkan seekor lembu hitam yang berjalan dengan kaki belakang sebatang.

“Hmm…kau gaduh lagi? Ni, tengok, kepala kau ni. Dekat mana kau hantuk?” soalnya semula pada si lembu tadi. Serentak itu Safi menghulurkan tangan kepadanya dan si lembu tersebut mendekati sebelum menjilat tapak tangan yang diberi.

“Hailah…kesian kau. Ini mesti kes dera ni.”

“Siapa yang buat dia ni ha?!” soal Safi pada kawanan yang lainnya, mengharap ada yang berani ke depan untuk mengaku, namun yang di perolehinya hanyalah beberapa pasang tenungan dan jelingan manja sahaja.

“Kesian Tam…sakit ya. Takpa, nanti akak suruh Rasman tengokkan ya…” tuturnya pada si lembu sebelum mengusap-ngusap pipi itu.

“Ingat ya! Kalau akak tahu dan dapat tangkap siapa yang buli Tam ni, tengoklah nanti apa jadi.” gertak Safi pada yang lain-lainnya.

“Tam makan banyak-banyak. Nah! Makan ni!” tuturnya sambil menyua segenggam rumput yang masih ada berbaki di dalam lorong tempat makanan.

 

“Safi, jom!” lauh Rasman pada Safi yang sedang memerhati dari atas kandang kambing yang tinggi.

“Ke mana?”

“Pergi potong rumput.”

“Dah nak pergi dah? Ok jap, nak off komputer dulu.” balas Safi sebelum bergerak semula ke pejabatnya.

 

Kedamaian yang dicari datang dengan sendiri saat dia memerhati tapak padang ragut yang seluas-luas mata memandang dan sehijau-hijau warna daun daripada bahagian belakang traktor. Senyumannya tak dapat nak disimpan bila dia mula menyedari akan erti sebuah kehidupan. Dengan izinNya, Dia datangkan hujan untuk menyuburkan, dan dengan izinNya juga Dia mematikan, sebelum menghidupkannya semula.

“Alhamdulillah…terima kasih Allah…” bisiknya kerana beberapa minggu sudah, dia mula sangsi akan kecukupan bekalan makanan untuk diberikan pada lebih 1000 ekor haiwan ternak yang ada di kandang feedlot itu, akibat kekeringan dan kekurangan hujan, namun kini, dia sudah dapat menarik nafas lega. Tanah yang putih gersang awalnya sudah mula bertaut hijau semula.

Sesekali Rasman menoleh, memeriksa keadaan Safi, juga untuk melepaskan rindunya.

“Apa?” soal Safi saat mata mereka bertentang dan serentak itu juga, Rasman membalas dengan senyuman bergiginya.

 

“Safi duduk sini! Duduk dekat sebelah ni!” arah Rasman ketika dia sudah mula ingin menjalankan kerja-kerja pemotongan.

“Takpalah, aku nak berdiri dekat tangga ni.” balas Safi tak mahu terlalu ‘jinak’ dengan sesiapa.

“Kalau duduk situ, nanti terjatuh. Duduklah sini! Sini! Duduk dekat sebelah aku ni!” pujuknya semula.

“Takpa, aku suka dekat sini. Lagipun aku memang suka berdiri.” jawap Safi menolak lagi.

“Kau tak suka duduk dekat sebelah aku?”

“Bukan, bukan sebab tu. Cuma aku memang suka duduk sini. Biasanya kalau naik bus, aku memang jenis yang suka duduk dekat tangga, nak tengok dunia.” balas Safi dan Rasman dah tak tahu nak cakap apa lagi.

Kerja-kerja pemotongan rumput matang memakan masa berjam juga, dan sepanjang tempoh itu, Rasman langsung tak melepaskan peluang untuk bermain mata dengan Safi yang ada berhampiran dengannya.

“Apa pandang-pandang?” soal Safi setelah berkali-kali Rasman acah-acah mengusyanya.

“Cantik!” balas Rasman lancar.

“Apa yang cantik?” soal Safi semula.

“Kaulah!” jawapnya lebih lancar.

“Iyalah tu…” balas Safi tak tergerak.

“Safi aku suka tengok kau. Bila aku tengok kau, aku jadi suka.”

“Walau lama manapun aku tengok kau, aku masih tak cukup lagi. Kalau boleh, setiap masa aku nak tengok muka kau, sama macam sekarang.” ucap Rasman, tak pernah lelah mencurah perasaan yang tersimpan dan Safi hanya mampu tersenyum sumbing mendengar pengakuan.

“Lelaki kan? Sama je ke semuanya?”

“Masa mula-mula macam nilah. Ayat manis, macam gula.”

“Tak cukuplah, itulah…inilah…tapi nanti, bila dah dapat mulalah tak habis.” balas Safi tak pernah langsung menganggap serius apa yang pernah diluah.

“Kenapa kau tak percaya pada aku? Aku tak tipu. Aku…”

“Man, tu! Rumput dekat belakang tu, dah habis terkeluar semuanya.” potong Safi, melencong.

“Safi, jadi dengan aku?” pintanya semula.

“Jadi apanya? Kan aku dah cakap aku dah kahwin. Kenapa susah sangat kau nak percaya?” jawap Safi masih tak mahu terikat dengan sesiapa.

“Kau bohong kan? Kau sengaja cakap macam tu sebab kau tak suka aku?” duganya.

“Mana ada. Aku cakap betullah!”

“Sumpah?”

“Hai, buat apa pulak sampai nak bersumpah-sumpah!”

“Ha, tengok! Kau tipu.” balas Rasman, kecewa.

“Lantaklah, kalau tak nak percaya, sudah!”

 

Kotak simpanan kenangan yang berada dia atas almari dibawa turun sebelum dia hanya memerhatikannya. Ingin dibuka, tapi hatinya berkata, belum bersedia. Tidak lama kemudian, selesai mengumpulkan kekuatan, akhirnya, Ridzuan membuka lembaran masa lalu, bukti sebuah perhubungan yang pernah tercipta antara dia dan Izzati, cinta pertamanya.

Surat-surat, nota, beberapa helai sapu tangan, gambar juga sebuah kotak cincin berbaldu biru yang sudah terlalu lama tidak pernah dijengah, dan kali terakhir adalah pada puluhan tahun dahulu, waktu hatinya hancur saat kehilangan.

Cincin berlian merah yang dibeli hasil usahanya itu tak pernah disentuh walaupun sekali oleh kekasih hati kerana saat dia ingin memberi, dia sudah ditinggalkan sendiri.

 

“Assalammualaikum…”

“Assalammualaikum…” tutur Ridzuan dari atas mata tangga. Tak berapa lama, dia disambut oleh tuan rumahnya.

“Waalaikumussalam…” jawap ayah Izzati yang sudah mula menghampiri.

“Pak cik. Izzati mana pak cik? Kenapa dah berminggu-minggu saya tak dapat cari dia. Bila telefon, tak diangkat. Dia ada di sini ke pak cik?” soalnya segera bila hati dah tak tenteram memikirkannya.

“Izzati tak ada dekat sini.” balasnya pasti.

“Tak ada? Tapi kalau tak ada, dia ke mana?”

“Wan dah pergi kerumah sewa, tak ada. Kalau dia tak ada juga di sini, ke mana dia pergi? Tak pernah dia hilang lama macam ni. Biasanya dia tak pernah tak angkat telefon. Messege pun tak dibalas. Telefon pun sentiasa dimatikan. Atau…”

“Wan, baliklah. Izzati tak ada dekat sini.” bidasnya dah tak nak berbahas.

“Tapi pak cik…”

“Dah-dah. Sudah-sudahlah tu. Wan balik.” arahnya pula sebelum terus naik dan mengunci pintu.

“Pak cik!..” namun tak berkesan kerana dia dah ditinggalkan berseorangan.

“Ati…kenapa buat Wan macam ni…” rayunya berteman air mata yang sudah mula datang bergenang.

Previous: Bab 110
Next: Bab111b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.