Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab117a

Pinggan makannya yang baru selesai diguna bibasuh dan diletakkan pada rak yang ada. Selesai di situ, Wan bergerak ke ruang tamu untuk menyertai ibunya yang sudah terlebih dahulu berlalu. Buku tulisan pengarang kegemarannya yang terdampar diatas meja dicapai sebelum dia meneruskan pembacaan pada bahagian yang ditandakan. Puan Zaiton sempat memandang sekilas sebelum dia meneruskan tontonan pada rancangan drama yang sedang ditayangkan.

“Ibu…”

“Wan…” tutur mereka serentak, sebelum kedua-duanya tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala.

“Ibu nak cakap apa? Ibu cakaplah dulu.” tambah Wan yang sudah meletakkan buku di tangan.

“Tentang apa yang ibu cakap hari tu…”

“Betul ke Wan setuju? Atau Wan hanya nak gembirakan hati ibu?” soal Puan Zaiton mahu mengetahui kebenaran sebelum dia memulakan urusan. Wan segera mengukuhkan niat yang sudah mula bercambah di dasar hati. Kenyataan yang tak dapat disanggah, dia memang perlukan teman untuk meneman.

“Tak adalah ibu. Betul Wan setuju. Lagipun dah lama Wan macam ni. Niat tu memang dah ada, cuma tinggal soal masa.”

“Mula-mula dulu Wan ingat Wan kuat, tapi…”

“Tak ada salahnya mencari penggganti bagi yang dah pergi, sebab soal jodoh ni rumit, cukup rumit.”

“Ada yang berjanji nak sehidup semati, tapi sampai masa, terbuka pula untuk menerima yang lainnya. Wan tak perlu jadi macam mak, sebab mak dengan ayah lain. Kami dah berkahwin.”

“Setia kami demi cinta yang dah tertangguh di dunia, dengan doa agar kami dipertemukan semula, sebagai pasangan yang dah ditetapkan olehNya di sana, tapi, Wan dengan Ati masih belum lagi. Mak yakin ada hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita dalam hal ni.”

“Cuba Wan buat solat istiqkharah, mintak petunjuk daripada Allah…”

“Dah. Wan dah buat.” jawap Wan pasti.

“Dah? Apa yang Wan nampak? Betul ke langkahnya?” soal mak ingin tahu segera. Perlahan-lahan Wan menganggukkan kepala, mengiyakannya.

“Alhamdulillah…syukur pada Allah.”

“Takpa! Kalau macam tu esok mak telefon Mak Long dengan Pak Ngah, bincang dengan mereka apa yang nak dibuat. Yang mana dulu. Takpun, sekarang jelah mak telefon. Lagipun hari tak malam sangat lagi.” jawap Puan Zaiton yang sudah berdiri, teruja sampai hilang minat pada drama kesukaanya.

“Ya-Allah, mak! Tak payahlah excited sangat. Esok kan boleh. Esok baru bagitahu, lagipun kan dah malam ni.” balas Wan menasihatkan.

“Eh, mana ada malam. Baru pukul sepuluh lebih. Mak Long tu sama je macam mak. Mesti sekarang dia tengah tengok tv lagi. Tunggu, mak nak ambik telefon sekejap.” jawap Puan Zaiton yang sudah bergerak ke bilik. Wan hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat maknya itu. Senyum, tak payah cakaplah, luasnya sampai ke telinga dan dalam tak sedar dia turut berkongsi senyuman yang sama.  

 

“Assalammualaikum awak…”

“Buat apa tu? Dah nak tidur ke?” soal Naz yang sedang berada di hujung talian.

“Hmm. Dah nak tidur. Awak tak nak tidur lagi?” soal Safi semula.

“Belum lagi, tak mengantuk. Ingat nak borak-borak dengan awak dulu…”

“Awak, saya dah mengantuk sangat ni. Nanti-nantilah kita sambung cerita. Lagipun hari ni ada yang datang ambik lembu. Dah gelap tadi baru selesai semua. Rasa betul-betul dah tak larat ni.” jawap Safi membuatkan Naz menggaru-garu kepala sendiri.

“Takpalah. Kalau macam tu awak rehatlah. Saya tak nak ganggu awak.”

“Selamat malam…assalammualaikum…” tuturnya memberi ruang yang diperlukan.

“Waalaikumussalam…”

“Awak! Jangan lupa mimpikan saya!” tambah Naz saat teringat dan Safi hanya mengeluh lemah sebelum talian akhirnya diputuskan.

“Awak…”

“Saya minta maaf…” bisik Safi yang masih menggenggam erat telefon bimbitnya itu.

“Tolonglah maafkan saya…”

“Sebab yang pasti, awak bukan dia.” tambahnya yang sudah mula menarik bantal dan tak perlu lama, dia akhirnya terlena.

 

Beratus-ratus ekor kambing yang baru selesai tempoh kuarantin di pelabuhan tiba, tapi ini cuma kumpulan yang pertama kerana ia bakal berterusan untuk beberapa hari yang berikutnya.

“Rasman! Jaga pintu dekat belakang sana! Jangan sampai ada yang keluar!” arah Hj. Din, pemilik ladang.

“Ok! Ok boss!” balas Rasman yang turut dibantu Hud dan Ajil. Safi yang berada di bahagian bawah, turut sama memantau keadaan, melihat dan menilai kebarangkalian yang bakal terjadi. Berjaya atau mereka perlu menambah kerja. Gegaran yang dirasa daripada bahagian kocek seluar membuatkan fokusnya sedikit lari.

“Ha? Mak?” tuturnya saat terpandangkan nama yang tertera.

“Assalammualaikum.” tutur Safi sambil menutup sebelah telinga. Bunyi teriakan rakan sekerja dan luruan hentakan kaki kambing pada papan lantai membuatkan dia jadi sukar untuk menengar apa yang disampaikan.

“Safi, ada orang datang merisik…”

“Apa yang bunyi bising sangat tu? Safi dengar mak tak?!” soal mak semula setelah cuping telinga turut sama berkongsi kesan.

“Ha? Kejap mak! Kejap! Safi tak dengar!” balas Safi yang sudah berlari menjauhkan diri dari kandang yang tak ubah macam medan perang.

“Ok, mak. Dah dengar?” soalnya semula.

“Ha, dah. Apa yang bising sangat tadi tu?”

“Kan semalam Safi ada cakap yang hari ni kambing sampai, tu yang bising sikit tu. Tengah masukkan kambing dalam kandang. Hari ni 300, esok ada lagi 300, lusa pun sama.” balasnya, bercerita.

“Hmm, mak ingat apalah tadi…”

“Safi, mak telifon nak cakap hal penting ni. Ada yang datang merisik!”

“Ha?! Merisik? Nak meminang siapa?”

“Eh Safi ni, mestilah Safi! Takkanlah mak pulak!” balas mak menyampaikan.

“Itulah sebabnya mak telefon ni. Ada lagi rombongannya dekat depan tu ha. Dah tu macam mana?” soal mak pula.

“Macam mana apa?” soal Safi kembali.

“Eh eh! Budak ni! Orang tanya dia, yang ditanya kita semula tu kenapa?” serentak itu, Safi terdiam sahaja.

“Safi? Dengar ke tak? Dah tu macam mana? Takkan nak ditolak?”

“Siapa orangnya?” soal Safi, malas.

“Yang mak cakap hari tu. Anak Mak Cik Ton, anak sepupu dengan Cu Lehanya. Dah tu macam mana? Kita terima ya?” balas mak sedikit menggesa dan Safi terus rasa sesak dada.

“Macam mana ceritanya? Jumpa pun tak pernah. Ni nak terus terima. Hish, macam…”

“La, boleh jumpa kemudian. Lagipun sekarang ni baru merisik. Nanti kalau dah berjumpa baru kita teruskan dengan yang lain-lainnya.”

“Dah tu macam mana?” soal mak semula, serentak itu Safi terus menghela nafasnya.

“Ikutlah…ikutlah mana-mana yang mak rasa baik.”

“Takpalah mak, Safi nak sambung kerja ni. Nanti balik kita bincang semula.”

“Dahtu, maksudnya Safi setujulah ni?” balas mak dengan mata yang bercahaya.

“Hmmm.” jawap Safi, seringkasnya berteman keluhan demi keluhan yang datang setiap kali terkenang. 

Previous: Bab116b
Next: Bab117b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.