Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab115b

‘Bila ucapan salam dikirim dari jauh,

Tiada kata yang dapat didengar,

Tiada senyuman yang dapat dilihat,

Tapi apa yang dapat dirasai…

Cuma doa ikhlas dari hati yang mengingati…”(Jufizi Iskandar)

“Assalammualaikum awak…”

Massage yang terpapar di skin telefonnya diamati lagi sebelum pengirimnya dicari.

“Dr.Nyamuk?! Dah kenapa dengan dia ni? Ada salah makan ubat ke apa? Ke tersalah hantar?” soal Safi yang sedang menyental mata, tak tahu bagai mana mahu menerimanya. Jam di atas meja sempat dijeling, dan sudah melebihi angka 10.

“Lantaklah…” tambahnya sambil meletakkan semula telefon ke tepi dan menyambung lena yang terganggu sebentar tadi.

 

‘Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya…

Ia tidak menzaliminya, merendahkannya…

Menyerahkannya kepada musuh dan tidak menganiayainya.’

(Hadis Riwayat Muslim)

“Awak, assalammualaikum…” Naz.

“Apa masalah dia ni sebenarnya? Apa yang dia nak?” soal Safi pada diri sendiri, kekal mencari cara untuk menguruskannya.

“Safi! Tolong mak sekejap! Tolong tengokkan lampu tidur mak ni. Tak hidup. Beteri dah ganti, tapi tak hidup juga dia lagi.” lauh mak di muka pintu biliknya.

“Ok, kejap!” jawap Safi yang sudah datang untuk memeriksanya sendiri dan sekali lagi, pesanan yang diberi, dibiarkan sepi.

 

‘Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain,

Seperti bangunan yang saling mengukuhkan,

Satu sama lain.”(HR.Bukhari-Muslim)

“Assalammualaikum…” Naz.

Satu keluhan dilepaskan setelah diri dilanda kebingungan. Selesai di situ, kiriman lalu turut sama diperiksa dan setelah dibaca, Safi dapat melihat keihlasan yang disertakan bersama. Ingin berkawan? Tapi dia dah ada banyak kawan. Dah? Perlu ke dia menambah? Bisik hati kecilnya.

“Hailah…dia ni kenapa? Apa yang dia nak sebenarnya? Nak berkawan memanglah tak salah, tapi aku…” kata-katanya terhenti di situ sambil menyusun semula segala-gala.

“Biarlah. Tak perlu rasanya. Tak penting.” tambahnya sebelum mencapai bantal dan baring.

“Waalaikumussalam awak…”

“Paling tak, saya jawap setiap salam awak.” bisiknya lagi sebelum melayan badan yang minta direhatkan.

 

Telefon yang berada di sebelah dijeling sekali lagi sebelum dia memeriksanya sendiri. Jam yang tertera sudah mendekati angka 11, namun keadaan masih kekal tidak jelas.

“Mesti dia dah tak hantar massage dah kan hari ni?”

“Iyalah, dah tiga hari berturut-turut dia hantar, tapi kau buat don’t know je. Dah? Sekarang baru nak ada rasa kesal?” soalnya pada diri sendiri sebelum menyandarkan badan pada kepala katilnya. Kenangan dan pengalaman rumahtangga yang pernah dirasainya membuatkan dia akhirnya tawar hati pada semua. Bukan menidak, cuma takut sejarah berulang, kerana tiada sesiapa yang dapat menduga apa yang bakal datang. Teman, mudah dicari, tapi benarkah pasti, dia yang dinanti? Atau hanya fatamorgana dunia yang bersifat sementara, sebelum berubahnya cuaca?

Setelah berfikir dan menimbang, dia jadi yakin pada apa yang sedang dipegang.

“Biarlah. Lebih elok begini. Hidup kau lebih baik…”

“...tanpa lelaki.” bisiknya setelah menyedari tanggungjawabnya yang hakiki. Menjaga segala keperluan mak dan menguruskannya selagi diberi peluang untuk berbakti kerana jika berteman, tugasnya akan berbahagi. Sedang dia membulat tekad, kiriman pesanan masuk kedengaran dan seperti yang dijangka, Dr.Nyamuklah penghantarnya.

‘Sahabat sejati sahabat pemberi,

Menunjuk arah ke jalan diredhai,

Wajah bersinar melambangkan diri,

Tanda sucinya sekeping hati…

 

Berbalas pantun di tepi perigi,

Sambil membasuh seluar dan dhoti,

Apalah malangnya nasibku ini,

Salam ku utus, tak pernah dibalasi…

 

Pergi ke bandar menaiki feri,

Untuk membeli barangan peribadi,

Ku harap tak perlu menunggu lagi,

Kerana ku takut kecewa sendiri.

“Assalammualaikum…sahabat…” kiriman yang membuatkan Safi terkedu sendiri. Tak menyangka begitu dalam maknanya. Tapi kenapa mesti dia? Rangkap terakhir dibaca semula sebelum dia jadi pasti, tak seharusnya dia mendiamkan diri lagi.   

“Waalaikumussalam…”

“Yang ni petik daripada mana?” Safi.

“Yang ni datang terus daripada hati. Terima kasih awak. Terima kasih sebab sudi jawap salam saya.” Naz.

“Awak buat apa tu? Dah tidur ke?” Naz.

“Hmm. Awak?” Safi.

“Saya, tak lagi. Tak dapat nak tidur…” Naz.

“Bacalah sifir 9 kalau rasa susah nak tidur.” Safi.

“Kenapa mesti 9?” Naz.

“Sebab 9 lebih besar dari 8…” balasan demi balasan dikirimkan, selagi terlintas. Sesekali Safi menguntum senyum tanda berputik rasa ceria.

 

Previous: Bab115a
Next: Bab116a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.