Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab115a

Sebuah motosikal dipandu laju sampai terbang habuk dan debu. Melalui pengamatannya, Safi pasti, tak ada lain, kerana hanya Hud yang gemar membawa motosikal dengan cara begitu.

“Safi Safi! Bos panggil!” tuturnya pada Safi saat mendekat.

“Kenapa?”

“Ada orang jabatan kesihatan datang. Mahu periksa kandang.”

“Veterinar?”

“Iyalah, agaknya. Cepat naik, biar aku hantar ke pejabat.” pelawanya.

“Takpalah. Aku jalan kaki. Aku ikut short cut dekat sini.” balas Safi menolak sebelum membuka langkah besarnya.

“La, kenapa? Biarlah aku hantarkan.”

“Takpa, aku nak ikut sini, lagi cepat. Tak percaya?”

“Kalau tak percaya, jom kita lumba!” balas Safi yang sudah mula berlari dan Hud pun apa lagi terus memulas pemulas sekuat hati, mengikut jalan yang dilalui sebentar tadi.

“Gila laju Hud ni! Kalaulah terjatuh. Confirm tercabut kepala.” bisik Safi yang sudah mula mendaki bukit yang berkecerunan tinggi.

 

“Safi, nanti tolong tunjukkkan pada mereka kawasan sekitar ladang. Mereka nak buat pemeriksaan pada kandang dengan lembu sekali. Saya dengan Kak Mas kena ke bandar ada urusan tak dapat nak dilengahkan lagi. Dah lama sangat bertangguh.”

“Ok boss. Beres.” balas Safi patuh.

“Kalau macam tu, kita mula di kandang bahagian yang atas dulu. Sila, biar saya tunjukkan.” pelawa Safi yang sudah mula membuka jalan. Dalam pada itu, Safi seperti dapat melihat seseorang yang ‘dikenalinya’ berada di kalangan mereka.

“Apa yang doktor nyamuk ni buat dekat sini?” bisiknya, sedikit sukar untuk mempercayai.

 

“Awak!” tutur Naz pada Safi yang tekun memerhati beberapa orang pegawai vaterina mengambil sampel darah lembu setelah dihalau dan dimasukkan ke lorong pemeriksaan.

“Ya. Saya!” jawap Safi selamba.

“Amboi, macam tu je menjawapnya.”

“Iyalah. Dah? Awak nak saya jawap macam mana?” balas Safi membuatkan Naz terus menggaru kepala.

“Awak, dah lama ke kerja sini? Baru lagi kan? Sebab sebelum-sebelum ni tak ada pun nampak?” soal Naz, namun Safi hanya membalas dengan pandangan kaku dan tak berasa.

“Awak?!”

“Awak nak saya jawap apa? Bukan ke awak dah jawapnya sendiri tadi?” soal Safi semula.

“Awak memang layan semua lelaki macam ni?”

“Ke, hanya dengan saya?” balas Naz sedikit kecewa sambil menundukkan kepala, membuatkan Safi sedar akan kekurangan bahasanya.

“Baru lagi saya kerja sini. Baru dekat setengah tahun. Bukan awak kerja dekat pejabat kesihatan ke? Kenapa boleh datang sekali?” soal Safi setelah membuka sedikit pintu hati.

“Oh, tadi kami baru selesai operasi pemeriksaan dekat kawasan pejabat veterinar sana. Kebetulan pulak, mereka ajak ke sini. Dah alang-alang sampai, ikut jelah. Lagipun saya memang suka tengok lembu dengan kambing ni. Seronok.”

“Ingat nanti satu hari, memang dah ada pasang niat nak membelanya.” terang Naz penuh minat.

“Kambing dekat mana? Daripada tadi saya cari, tak nampak sekor pun?” soalnya pula.

“Kambing dekat kandang bawah sana. Nantilah, selesai sini, saya bawak awak dengan yang lain-lain ke sana.”

“Kenapa awak suka kerja dekat sini? Iyalah, bukan mudah nak menguruskan ladang sebesar ni. Lagipun kan awak…”

“Perempuan! Dah tu kenapa? Kalau perempuan tak boleh?”

“Boleh tak kalau tak pandang semua perempuan lemah.”

“Bukan macam tu maksud saya. Saya bukan nak cakap awak lemah, tapi berani. Berani sahut cabaran ni.”

“Awak ulang-alik daripada taman ke sini, hari-hari?” soalnya lagi.

“Hmm.” jawap Safi lancar.

“Jauh tu! Berjam kan? Biar benar?!” balasnya masih sukar untuk mempercaya.    

“Kalau tak benar, tak adalah saya ada dekat sebelah awak sekarang. Lagipun apa yang nak dihairankan sangat? Ramai je yang hidup macam tu. Tinggal daerah lain, kerja daerah lain.”

“Ada tu lagi hebat. Tinggal negeri lain, tapi kerja di negeri lain.” jawap Safi sebelum dia berjalan untuk menghampiri pegawai-pegawai yang sudah dilihat hampir selesai.

“Awak! Boleh mintak nombor telefon?” bisik Naz yang sudah ada berdiri di sebelah.

“Buat apa?”

“Untuk kerja! Nanti senanglah kalau nak maklumkan apa-apa.” balas Naz meyakinkan Safi yang masih belum membuat keputusan untuk memberi.

“Manalah tahu nanti nak datang buat operasi lagi.” tambahnya.

“Hmm…”

“Ok.” balas Safi setelah habis berfikir.

“019……” segera Safi memberitahu dan Naz cepat-cepat mengeluarkan telefonnya lalu menaip apa yang perlu. Tak menunggu lama, dia sudah mendailnya.

“Ha, yang tu no telefon saya.” tutur Naz sebelum beredar, meninggalkan Safi yang masih tertanya-tanya.

Previous: Bab114b
Next: Bab115b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.