Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab100b

“Dah, lepas ni jangan dibuat kenduri-kenduri tahlil lagi!” tutur abah tegas pada Safi yang sedang mengemas.

“Ni! Buat kenduri ni! Siapa yang nak datang? Dah dipanggil ke tetamunya?”

“Takpun takpa, kalau tak ada orangnya, suruh jelah mak kalian tu yang  mengimamkan!” tambah abah, kekal sinis juga, membuatkan angin Safi terus naik sampai ke kepala.

“Apa dah tak ada orang lelaki dalam dunia ni, sampai orang perempuan pulak yang kena mengimamkan sendiri?!” rentus Safi dah tak dapat nak menahan sebelum meninggalkan abah sendiri.

 

“Angah…”

“Angah ok ke dekat sana?” bisiknya di hati sebelum menggaru-garu kepala sendiri, tak lama sebelum air matanya datang menyusuri.

“Angah…orang rindu angah…” tambahnya sebelum baring dan cuba untuk mengundang lena. Tersedu-sedu dia di situ berteman tangan yang tak berhenti mengesat air mata.

“Angaaa…”

“Safi…Safi sayang angah.” tuturnya tak penat mengakui, apa yang hanya mampu disimpan selama ini.

“Angah? Betul ke angah ok dekat sana?” soalnya pada diri sendiri sejak sekian lama. Kerana dia takkan mampu untuk mengetahui akan rahsia alam yang disimpan rapi.

“Bismillahir rahmaanir rahim…”

“Qul huwallahu ahad. Allaahus samad…”

“Lam-yalid walam yuulad. Walam yaqul-lahuu ku-fuwan ahad.” lafasnya setelah ilham untuk membantu angah datang. Bacaan diulang dan terus diulang sebelum dia hampir terlayang. Sedunya jadi makin berkurang bila lena yang diundang akhirnya datang.

 

Perjalanan mereka akhirnya menemui penamatnya bila kenderaan yang dinaiki tiba ke destinasi yang ditujui. Sebuah rumah putih besar bertingkat yang nampak gah dah sangat mewah. Sesampainya di hadapan pintu, dia dan mak disambut oleh seorang wanita akhir 30an, yang tak dikenali identitinya.

Langkahan diatur dengan penuh berhati-hati sambil mereka melintasi beberapa orang teman serumah yang terdiri daripada beberapa orang wanita yang hampir seusia dengannya. Dengan pandangan yang seadanya dia sudah dapat mengagak, mungkin di akhir 20’an ke awal 40’an umur semuanya. Sesudah itu, mereka dibawa ke tingkat yang lebih tinggi sebelum mata tiba-tiba jadi bergenangan saat mereka dipertemukan.

“Angahhh…” tutur Safi pada angah yang dilihat sedang mendepangkan tangan. Sekelip mata mereka sudah berpelukan.

“Huuu…angaaa…” tangis Safi dah tak mahu menyimpan perasaan lagi dan angah segera membalasnya dengan dakapan yang cukup hangat, tanda kewujudan.

 

Safi menyental-nyental mata yang masih cuba untuk dibuka. Setelah seketika, dia teringatkan apa yang terjadi di dalam mimpi.

“Mimpi angah ke malam tadi?” soalnya sambil cuba untuk mengingati.

“Hmm, memang mimpi angah. Angah…”

“Angah memang ok kot dekat sana.” tambahnya setelah sedar akan tafsir pada mimpi yang baru dilalui.

“Allah, terima kasih.” bisiknya, mensyukuri.

 

Previous: Bab100a
Next: Bab101a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.