Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab106a

Kepulangannya dari bandar disambut sepi. Selesai meletakkan topi keledar, Safi segera menyendukkan nasi dan lauk ke pinggan.

“Jomlah makan. Nampak sedap je lauk yang chef kita masak hari ni.”

“Nampak sedap, tapi rasa tak tahu lagi…” ucapnya sebelum menyuapkan nasi ke mulut.

“Emm. Sedap. Sedap pindang ayam mak. Cepatlah makan! Nanti sejuk!” tambahnya lagi. Mak tetap seperti tadi. Tergambar riak kerisauan di wajahnya. Safi perasan, tapi dia tak tahu mengapa wajah yang ceria awalnya sudah berubah mendung. Dah lama dia tak melihat riak wajah bermasalah itu.

“Takpalah. Safi makanlah dulu. Mak kenyang lagi ni.” balasnya perlahan.

“Kenyang apanya! Selalu masa macam ni, kan mak dah tanya nasi.” muka mak yang tak ubah seperti ayam berak kapur ditatap. Serentak itu, dia seperti dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku sepemergiannya ke bandar tadi dan mak sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Dia yakin, 200% pasti, kerana dia dah masak dengan perangai mak.

“Mak kenapa? Muka tu!”

“Kenapa buat muka macam tu?” tambah Safi makin curiga. Keningnya dikerutkan, namun, mak kekal membalas dengan pandangan yang kosong. Dia tak tahu mahu mulakan daripada mana bila tekaknya terasa kering tak berair.

“Kenapanya? Cakaplah pada Safi. Budak-budak tu ada datang sini masa Safi keluar tadi?!” duganya dan mak serta-merta menggeleng.

“Dah tu kenapa?”

“Cubalah mak cakap dengan Safi, apa masalahnya?” soal Safi lagi.

“Tadi…”

“Tadi ada pegawai polis datang. Kita dipanggil ke ibu pejabat pukul 2.00 nanti, jumpa dengan Inspektor Maria dari Unit Jenayah Komersial…” tutur mak perlahan beserta getaran. Serta-merta suapan ke mulut jadi terhenti, sebelum dia menghela nafas panjang.

“Takpa. Lepas Zohor nanti, mak bersiaplah.”

“Budak-budak ni memang jenis tak faham bahasa. Kan dah cakap jangan bawak ke polis, yang pandir sangat tu kenapa?!”

“Hari tu kan mak dah telefon along? Kenapa along tak cuba halang?”

“Ok, takpa! Lepas ni, jangan sekali-kali mak percayakan along tu lagi. Sampai mati pun dia akan tetap jadi orang yang tak berguna!”

“Lagi difikir lagi sakit hati! Dahlah, mak jangan risau, nanti Safi selesaikan. Makanlah dulu, kalau perut kosong tak ada tenaga nanti nak menjawap.” sua Safi semula. Nasi yang berada dihadapan ditenung lama sebelum mak mengalihkan pandangnya kearah Safi, tapi, anaknya itu nampak tenang. Melihatnya, sedikit sebanyak semangat yang terbang, kembali pulang. Sesuap demi sesuap nasi cuba ditelan, sukar, namun masih teruskan kerana dia perlukan kekuatan.

“Dahlah, makan.” pujuk Safi ketika terlihat mak sudah mula mengesat air mata dengan pangkal lengannya.

 

Suara gelak tawa dari dalam bilik yang makin bergema mematikan lamunan mak dan membawanya kembali ke alam nyata.

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik diketuk sebelum mak dan Safi masuk ke bahagian yang diarahkan. Bila mereka masuk, suasana terus berubah sunyi. Hilang hilai ketawa mereka tadi. Mereka nampak Usop, Man dan Ina sedang duduk di hadapan seorang anggota polis lelaki yang jelas terkejut tadkala terpangang mereka berdua.

“Inspektor Maria?” soal Safi.

“Dia tak masuk lagi. Boleh puan tunggu sekejap. Puan duduk dulu, nanti saya cuba panggilkan.” balas pegawai tersebut.

“Takpalah kalau macam tu, kami tunggu di luar.” tutur Safi sebelum memimpin tangan mak beredar dari situ. Tak betah duduk sebilik bersama mereka, takut kemarahannya menerpa.

Tidak berapa lama, pegawai tersebut mendapatkan mereka semula. Bila menyedari, Safi terus kuatkan hati kerana mahu atau tidak, keadaan tersebut harus juga dilalui. Cepat atau lambat, selagi harta peninggalan arwah angah ada, selagi itulah masalah tersebut akan kekal berterusan dan dengan langkahan yang perlahan, mak dan Safi menuju ke bilik yang dimaksudkan.

“Ambik kerusi, duduk.” arah Inspektor Maria pada mak dan Safi yang baru masuk.

“Puan, tujuan Puan Fatimah dan Cik Saffiyah dipanggil adalah untuk melengkapkan siasatan berkaitan dengan kes penyelewengan pembahagian harta. Laporan polis sudah diterima di Balai Polis Petaling yang dibuat oleh Encik Muhammad Aiman sebelumnya.”

“Berdasarkan laporan, pihak puan dan cik telah dituduh memalsukan tandatangan dalam proses pertukaran nama pada harta tersebut.” tutur Inspaktor Maria menerangkan fakta kes yang disebut.

“Betul puan dan cik ada lakukan begitu?” soalnya pula.

“Memalsukan tandatangan? Tandatangan siapa? Arwah ayah saya maksudnya?”

“Untuk pengetahuan puan, langsung tak pernah terlintas pun dihati saya untuk memalsukan tandatangan arwah, sebaliknya apa yang saya buat hanyalah perkara biasa. Dah memang jadi kebiasaaa dalam keluarga, untuk buat benda yang sama.”

“Takkanlah.” balas Inspaktor Maria, tidak percaya.

“Ya. Arwah memang macam tu. Sejak daripada zaman saya sekolah, saya dah biasa buat begitu, bukan kerana suka, tapi diminta. Buku report card pun saya yang terpaksa tandatangannya sendiri”

“Sebab arwah yang selalu suruh buat begitu. Kalau ada surat-surat rasmi yang perlu ditulis pun sama. Saya yang disuruh menulis dan saya juga yang disuruh menandatanganinya.” balas Safi membela diri.

“Apa yang saya buat cuma satu proses yang biasa untuk melancarkan kerja. Prosudur biasa dalam keluarga, dan saya boleh bercakap dengan yakin, setiap seorang daripada kami pernah melakukan perkara yang sama. Tandatangan bukanlah kerahsiaan.”

“Menyeleweng? Siapa sebenarnya? Siapa yang menyeleweng? Jawapannya seharusnya bukan kami, kerana bukan kami yang mendapat faedahnya, tapi dia. Dia yang duduk di situ.” jawap Safi lagi.

“Hal ni jadi besar sebab mereka tak bersetuju bila puan buat keputusan untuk menjual rumah tu.” tutur Inspektor Maria pula.

“Mana tak saya buat keputusan untuk jual rumah tu puan, bila semua bebannya diletakan di bahu kami.” tutur mak, menjawap.

“Dia yang tinggal di situ. Kerja kami apa? Membayar?”

“Membayar semua kos pengurusan rumah juga bil-bil utiliti yang masuk setiap bulan? Bertahun-tahun lamanya? Memang dah tak tertahan dek kami.” tambah mak lagi.

“Lojik ke macam tu? Orang lain yang duduk, tapi orang lain pulak yang kena membayar?” celah Safi pula.

“Awakpun. Seharusnya, kalau awak dah duduk di situ, awak bayarlah semua bil-bil tu.” tutur Inspaktor Maria, mengadili, sambil mengarahkan pandangan pada Man.

“Huh! Nak jual rumah konon! Nak pergi haji!” sampuk Man, menyindir.

“Ni rumah mana pulak ni?” soal Inspaktor Maria, dah mula pening kepala.

“Itu rumah lain. Tak ada kena-mengena. Tak payahlah difikirkan.” jawap Safi segera, malas nak menambah masalah.

“Takpa, kalau saya kena, pastikan yang dia kena sekali, sebab dia ada jugak masa tu.” tutur Safi berani.

“Dia ada?” balas Inspaktor Maria tak dapat nak mempercaya kerana kenyataan itu jelas bercanggah dengan laporan yang ada ditangannya.

“Iya, dia tahu! Dia yang hantar borang tu. Kalau tak silap, dia pun ada meniru tandatangan arwah juga untuk borang-borang yang lain.”

“Isu ni takkan jadi lebih besar sekiranya Cik tak halau dia daripada rumah tu.” tutur Inspaktor Maria lagi.

“Mungkin saya tak halau dia kalau dia tak tumbuk saya sampai berdarah hari tu!” balas Safi sambil menjeling ke arah Man yang berada di sebelah.

“Sampai bertumbuk?! Kalau dah sampai macam tu, kenapa tak terus buat repot polis?” soal Inspaktor Maria terkejut.

“Saya tak gila lagi puan. Tak cukup gila untuk buat semua tu.”

“Apa-apapun, kami tetap tak setuju untuk jual rumah tu!” bangkang Usop setelah sekian lama hanya menjadi pendengar sahaja.

“Ok, takpa, kalau kalian tak nak rumah tu dijual, rasanya lebih baik rumah tu diberikan kepada baitulmal.” balas Safi yang telah bersedia lebih awal, kerana itu juga adalah harapannya sejak daripada mula.

“Ha, saya rasa eloklah kalau begitu. Dapatlah kongsi sikit sorang nanti.” tutur Inspaktor Maria, sangat mempersetujuinya.

“Ok, tapi, kalau pergi nanti, kami nak pergi sekali.” jawap Man pula dengan hati bengkaknya.

“Tak payahlah. Kalau betul itu yang kalian nak, sekarang ni saya akan call lawyer untuk uruskan semua tu. Tak payah nak membuang masa.” jawap Safi sebelum mengorek beg sandang belakangnya untuk mencari telefon bimbit.

“Telefon along, telefon along!” tutur Ina pula dan Usop segera menaip pesanan menggunakan telefon yang memang sudah sedia berada ditangan.

“Hello, ha, ateh, macam mana?” soal Man dalam perbualan yang dilantangkan.

“Ateh dah tanya pada ustaz, ustaz cakap memang tak boleh, sebab mak ada, hidup lagi. Memang kita dah tak boleh nak buat apa dah.” jawap ateh, jawapan yang sudah cukup untuk mengguris.

“Hidup lagi? Apa kalian harap…” bisik mak berkecil hati. Tiba-tiba air mata yang baru bergenang terasa kering dengan sendiri.

“Takpalah, kalau macam tu, kami setuju untuk jual rumah tu.” jawap Man selesai perbualan. Mendengarnya Inspaktor Maria terus melepaskan keluhan yang berat.

“Baru tadi kata setuju nak diberikan kepada baitulmal. Sekarang nak dijual pulak?” soalnya semakin dapat membaca situasi yang sebenarnya.

“Jual. Kami setuju untuk dijual!” jawab Man mengulangi pendirian.

“Takpa, bagi pada baitulmal!” tutur Usop, bercanggah pendapat.

“Yang mana satu sebenarnya ni? Apa sebenarnya yang awak nak?!” soal Inspaktor Maria mula pening kepala.

“Inilah isu yang sebenarnya, moral.”

“Daripada awal-awal lagi saya dah bagitahu, jangan bawak hal ni ke polis. Sebab kalau buat macam tu, nanti mak yang kena. Tapi, tengoklah.” keluh Safi, putus harapan kini.

“Saya pun rasa perkara yang sama. Seharusnya hal-hal sebegini tak perlulah sampai nak melibat-libatkan polis. Selesaikannya di luar. Mahkamah syariah kan ada. Sepatutnya kes ni dirujuk ke sana.”

“Hmm, bila macam ni, barulah dapat tahu keadaan sebenarnya.”

“Takpa, kalau macam tu saya arahkan awak semua rujuk hal ni ke mahkamah syariah. Selesaikan yang selebihnya di sana. Kalau pergi terus sekarang, rasanya sempat lagi, masih ada masa lagi.” arahnya memberi cadangan yang dirasakan paling bersesuaian selesai memeriksa jam yang ada di tangan.

Previous: Bab 105
Next: Bab106b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.