EncikFaries membawa ku pulang ke bilik Hotel. Aku tidak bertanya mengapa, kerana akutidak berani menyoalnya. Aku tahu dia sedang marah. Aku dapat merasakan diaturut menyaksikan perbalahan di antara Rizal dan Ehsan tadi sehingga melibatkankrew untuk menghuraikan mereka. Dan mereka tentu tahu akulah penyebab mereka berkelakuandemikian. Aku hanya memberi masalah kepada krew dan menganggu produksiperfileman mereka. Aku rasa seperti hendak pulang ke Malaysia. Patutlah akutidak begitu teruja datang ke sini mungkin aku dapat merasakan kedatangan akuke sini mengundang masalah untuk semua orang.
“Abang hendak tahu..apa hubungan Nasha dengan Ehsandan Rizal?,” tegur Faries setelah berdiam diri agak lama. Wajah Nasha dipandang serious. Selama ini dia hanya mendiamkan diri, kerana dia yakin perkaramengenai Rizal dan Ehsan tidak akan berlarutan dan Nasha boleh mengatasinyasendiri. Tapi setelah apa yang dia saksikan tadi. Perkara ini menjadi lebihbesar bila kedua-dua lelaki itu cuba merebut hati Nasha. Hati isterinya. Apayang telah Nasha lakukan sehingga mereka tidak dapat berfikir secara waras?Hanya kerana seorang wanita maka mereka sanggup bergaduh untuk mendapatkannya?Adakah Nasha memberi mereka harapan maka mereka berkeadaan begitu? Pelbagaisoalan datang menerpa di fikirannya. Dan dia mahukan jawapan dari Nasha.
Faries duduk di atas sofa lalu menyilangkan kakinyamemandang tepat ke wajah Nasha yang duduk di hujung katil mengadapnya. Dia cubamenghuraikan sebab mengapa kedua-dua lelaki itu berbalah? Adakah Nashapenyebabnya? Adakah Nasha cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya?
Aku menelan air liur bila Encik Faries bertanya akutentang hubungan aku dengan kedua-dua lelaki itu. In a first place aku tidakpernah ada hubungan dengan Ehsan dan Rizal pula kebetulan bekas tunangku.
“I tak ada apa-apa hubungan dengan Ehsan,” jawabkuperlahan lalu menundukkan kepala kerana tidak berani memandang wajah EncikFaries.
“Dengan Rizal?,” soal Faries dengan nada serious.
“Rizal bekas tunang I,” jawabku perlahan.
“Rizal??? Your ex-fiancee? Kenapa selama ini, Nashatidak pernah beritahu abang tentang Rizal?,” soal Faries ingin tahu sebab mengapaNasha tidak pernah mahu memberitahunya tentang Rizal. Bukankah Nasha amat bencidengan bekas tunangnya. Dan kerana perbuatan bekas tunangnya itu yangmenyebabkan Nasha terpaksa rela bernikah dengannya. Adakah kerana Nasha masihsayang pada Rizal maka Nasha tidak memberitahunya siapa bekas tunang Nasha? Jikasangkaannya benar. Jadi Nasha memang tidak pernah sayangkannya selama inikerana masih sayangkan Rizal? Dan sebab itu juga Nasha tidak mahumemberitahunya siapa Rizal sebenarnya. Kalau dia tidak bertanya Nasha tidakakan memberitahunya. Kenapa Nasha masih mahu berahsia dengannya kerana tiadasebab untuk Nasha berbuat demikian.
“He’s history..abang,” jawabku perlahan cuba menahansebak. Air mataku mula bertakung lagi. Aku merasa tidak enak bila Encik Fariesberkata kenapa aku tidak memberitahunya siapa Rizal sebenarnya. Aku tidak mahumenyusahkan hati Encik Faries. Cukuplah dengan bantuan yang dia berikankepadaku. Aku tidak mahu menambah kerisauannya dengan perangai Rizal. Biar akuyang hadapinya sendiri kerana Encik Faries tidak kenal siapa Rizal aku lebihmengenalinya. Rizal lelaki bermasalah. Aku tidak mahu membebankan fikiran EncikFaries mengenai Rizal.
“History really?? Tapi kenapa Nasha masih menyimpancincin Rizal? Adakah Nasha bercadang hendak kembali kepada Rizal?,” soal Fariesdalam keadaan tenang walaupun hatinya panas membara bila memikirkan Nasha masihsayangkan Rizal. Dia cintakan Nasha. Tapi kalau hati Nasha untuk orang lain diatidak dapat memaksa Nasha untuk menerimanya. Apa yang dia kesalkan, Nasha telahmengkhianati cintanya. Dia benar-benar cinta dan sayangkan Nasha. Tapi Nashatelah melukakan hatinya.
“Abang..ini semua salah faham..Rizal cuba jeratNasha-..,” ujarku tersekat-sekat kerana tidak dapat menahan sedih, airmata kuberlinangan laju. Aku tahu Encik Faries tidak dapat menerima alasan yang akuberikan. Encik Faries tidak mengerti mengapa aku berbuat demikian kerana akutidak mahu membebankannya dengan masalah aku.
“Rizal jerat Nasha sepertimana dia jerat Nashadahulu..please Nasha don’t you fool me with your innocent plight..I’m not a kid,”ujar Faries masih mengawal perasaan marahnya namun kata-kata yang keluar darimulutnya cukup menyengat. Dia benar-benar kecewa dengan sikap Nasha. Selama iniNasha bijak mempermainkan perasaannya. Isterinya itu lebih hebat dari pelakonwanita terbaik iaitu Puteri Ernisa. Dia tidak menyangka Nasha begitu.
“Abang..Nasha tidak berbohong abang..Nasha hanyacintakan abang,” ujarku merayu kepada Encik Faries agar dia percaya pada aku.Aku tidak berbohong. Hati aku hanya padanya.
“Cinta? I had enough of your drama for today Nasha..bythe way cancel all the booking yang you dah buat for Christchurch trip..I don’thave a wife to bring for honeymoon anyway,” jawab Faries lemah lalu bangkitdari sofa ingin kembali ke bilik hotelnya. Hilang moodnya untuk shoot hari inikerana hati dan perasaannya terganggu, hatinya kecewa dan kepalanya sakitmemikirkan tentang hubungan mereka.
Aku terkedu bila Encik Faries meminta aku membatalkankesemua booking yang aku buat untuknya. Percutian di Christchurch untukhoneymoon kami? Kini anganku untuk meluangkan masa bersama dengan Encik Fariesterkubur begitu sahaja kerana Encik Faries tidak percaya dengan kata-kataku.
“Abang..Nasha berkata benar abang..percayalah,” rayukulalu menarik tangan Encik Faries agar dia percaya bahawa aku tidak berbohongpadanya. Aku cinta dan sayangnya. Tiada orang lain di dalam hatiku selain daridia.
Faries tidak menoleh kearah Nasha bila wanita itumerayu kepadanya kerana hatinya benar-benar kecewa. Nasha tidak berterus terangpadanya mengenai Rizal. Entah apa lagi yang Nasha rahsiakan daripengetahuannya. Buat masa ini dia tidak dapat menerima alasan Nasha bahawaRizal itu tiada lagi di hatinya. Kalau benar kenapa Nasha menyimpan cincinpertunangannya dengan Rizal?
“I have enough Nasha,” ujar Faries berlalu menuju kebiliknya. Dia menutup pintu adjoining room. Selalunya dia tidak pernah menutuppintu itu kerana mudah untuk dia dan Nasha untuk keluar masuk. Tapi hari inidia mahu pintu itu di tutup.
Aku terduduk di katil bila Encik Faries tidakmengendahkan rayuanku. Sampai hati Encik Faries. Tidakkah dia tahu bahawa akubenar-benar cinta dan sayang padanya? Malah dia menganggap ungkapan cinta yangkeluar dari mulut ku hanya dusta semata-mata. Apa lagi yang harus aku buktikankepada Encik Faries bahawa aku berkata benar dan aku tidak berbohong. Izinkandia bernikah dengan Ernisa? Jika itu yang dia mahu dan ingin aku buktikanbahawa aku cintakannya. Aku sanggup berkorban untuknya dan bermadu denganErnisa.