Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 17

PERGINZ selama 3 bulan? Eii mesti mak dan abah tidak benarkan aku pergi. Tak beraniaku hendak bertanya pada mereka. Hmm..tapi kalau aku tak pergi, kesian puladengan Encik Faries tu? Ah kesian kat orang..tak pernah hendak kesiankan padadiri sendiri. Cubalah fikirkan tentang diri sendiri. Aku asyik memikirkan tentangkepentingan orang lain. Diri sendiri selalu di pinggirkan. Aku mengeluarkan handphone lalu mendial nombor rumah dikampung.

“Assalamualaikum..makapa khabar?,” ujarku dengan wajah ceria bila mak menjawab panggilan telefonku.Terubat rindu aku mendengar suara mak. Sudah lama aku tidak balik ke kampung.

“Mak Alhamdullilah sihat..Nasha apa khabar?? Lama Nasha tak jenguk mak abah danadik-adik di kampung..bila nak balik jumpa kami? Adik-adik semua dah rindu,” ujarPuan Normah gembira mendapat panggilan dari anak sulungnya.

Dia tahu Nashaterpaksa bekerja sehingga 2 pekerjaan dahulu kerana cuba melunaskan hutangbekas tunangnya. Dia kasihankan anaknya yang selalu di tipu keranakejujurannya. Sudah nasib anaknya. Siang dan malam dia mendoakan agar Nashaditemukan jodoh dengan lelaki yang baik dan menghargainya. Nasha anak yangbaik. Dia tidak suka membebankan keluarga dengan masalahnya.

“Nasha pun rindupada semua di kampung..Nasha cuba minta cuti dengan boss Nasha nanti..,” ujarku cuba menahan perasaan sebak.

Rindu padamasakan mak dan keriuhan adik-adikku di kampung. Tak boleh jadi sudah hampir 3 bulanaku tidak balik ke kampung bertemu dengan mereka. Aku hendak pujuk Encik Aliffsupaya membenarkan aku bercuti 5 hari untuk balik kampung. Lagipun sudah masuk4 minggu aku bekerja sabtu dan ahad. Tak kanlah Encik Aliff tidak benarkan akubercuti.

“Nasha..itu hariada lelaki cari Nasha di kampung,” ujar Puan Normah. Dia sebenarnya tidak mahumemberitahu Nasha, tapi jika tidak di beritahu dia khuatir akan keselamatanNasha kerana dia telah memberi alamat tempat tinggal Nasha di Kuala Lumpur.

“Lelaki?? Siapamak?,” tanyaku mula merasa tidak senang hati. Lelaki mana pula yang datangmencari aku di kampung?

“Entah..dia katadia kenalan Rizal..dan dia kata lagi Rizal ada hutang dengan dia,” terang Puan Normahserba salah di buatnya. Rizal tidak sudah-sudah menyusahkan anaknya.

“Hutang?? Hutangapa lagi si Rizal ni?? Tak sudah-sudah menyusahkan orang tau..dia ganggukeluarga kita ke??,” tanyaku dengan nada risau.

Hutang dengansiapa pula si Rizal ni. Dan kenapa pula orang itu yang mencari aku. Yang hutangdengan dia, Rizal, kenapa dia datang mencari aku?

“Dia kata Rizalhutang dengan dia 22 ribu..mak risau dia apa-apakan Nasha nanti..,” ujar Puan Normahturut merasa risau tentang keselamatan anaknya. Menyesal pula dia beri alamatNasha di Kuala Lumpur. Dia sangka lelaki itu kawan Nasha kerana orangnyakelihatan sopan dan tidak kelihatan seperti lelaki jahat.

 “Astarfirullah Al Azim..22 ribu mak??..Banyaktu, mana Nasha hendak mencari duit sebanyak itu,” ujarku kalut bagai hendakgugur jantung aku mendengar jumlah hutang Rizal pada lelaki itu.

Mataku mula ditakungi air. Ya Allah!..Mana aku hendak mencari duit sebanyak itu. Hutang Rizaldengan pihak bank aku masih belum habis melunaskannya apatah lagi hutang yangbaru.

“Mak tak perlubimbang..kalau lelaki tu datang lagi, mak beri nombor telefon Nasha..Nasha akanuruskan, Nasha hendak mula kerja ni..nanti Nasha telefon mak bila kesempatan ya..makjangan risau, kirim salam pada abah dan adik-adik mak,” ujarku perlahan.

Aku tidak mahulelaki itu menyusahkan keluargaku di kampung. Kalau dia benar-benar mahuwangnya kembali. Dia harus bertemu dengan aku.

“Baiklah..hati-hatiNasha..apa-apa telefon kami, Assalamualaikum!,” ujar Puan Normah sebelummengakhiri perbualannya.

“In Shaa Allahmak..waalaikumsalam!,” jawabku lalu mematikan telefon.

Aku mengeluhperlahan. Apa lagi masalah yang di buat Rizal. Kenapa Rizal suka menyusahkanhidup aku. Apa salah aku pada dia? Hendak menangis aku di buatnya bilateringatkan perbualan aku dengan mak. 22 ribu..dimana hendak aku cari? Bingungaku di buatnya.


 

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.