Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 25

             NekYah tersenyum sebaik sahaja terpandang akan wajahku yang sedang duduk diberanda rumah menantikannya. Faries berehat di biliknya. Dan Nasha pulamengambil keputusan untuk berehat di beranda sambil membaca suratkhabar tidakmahu menganggu Faries yang hendak berehat sebelum menyambung perjalanan pulangke KL. Dia gembira bila cucunya mengambil keputusan untuk berumahtangga keranaitu yang dia dan ibu Faries harapkan.

 

                        “Macamana cucu neneklayan Nasha dengan baik tak?,” soal Nek Yah lalu duduk di hadapan Nasha.

 

Akutersenyum lalu menganggukka kepala perlahan bila Nek Yah bertanya samadacucunya melayan diriku dengan baik. Selama aku bekerja dengan Encik Faries.Encik Faries beri aku layanan dengan baik cuma terkadang tu aku sedikit bengangbila tidak memahami kehendaknya yang kadang kala mengakal tu. Selain dari itu,semua ok-ok sahaja.

 

“EncikFaries ok..dia majikan yang baik,” jawabku ringkas.

 

“Ehbukan sebagai majikan..maksud Nek Yah..cucu nenek sebagai suami, dia berilayanan baik pada Nasha tak?,” soal Nek Yah ingin tahu. Dia kenal sangat dengancucu kesayangannya itu. Cucunya itu cerewet orangnya kerana dia menghidappenyakit OCD. Tak semua wanita faham akan perangai dan kehendaknya. Dan disebabkan itu juga Faries seringkali mengelak bila dia dan maknya mula bersuarabila dia hendak mendirikan rumahtangga.

 

Diatahu Faries ramai kenalan wanita dan ramai diantara kenalan wanita itu mahuFaries melamar mereka untuk di jadikan suri hidupnya. Tapi Faries tidak pernahmahu melamar atau bersedia untuk berumahtangga. Mungkin dia khuatir wanita itutidak dapat memahami dirinya. Tapi dengan Nasha, mudah sahaja Faries membuatkeputusan untuk bernikah. Mungkin kerana Faries tahu hanya Nasha sahaja yangmemahami kehendaknya. Kalau kerana itu sahaja, ia tidak adil bagi Nasha. Diakhuatir cucunya akan abaikan tanggungjawabnya terhadap diri Nasha keranamenganggap Nasha hanya pembantunya sahaja dan bukan isterinya. Itu yang dia khuatirkan.Dia ingin melihat cucunya hidup bahagia dan dapat menerima Nasha sebagaiisterinya.

 

“Alhamdullilahsemuanya ok? Nek Yah tak perlu risau..cucu nenek baik orangnya, dia tak abaikanNasha,” pujiku tersenyum lagi. Aku tahu Nek Yah risaukan aku dan aku juga tahuNek Yah sedia maklum kenapa Faries bernikah dengan aku kerana dia memerlukanaku. Kalau tidak tentu Nek Yah tidak sibuk bertanya samada cucunya melayan akudengan baik.

 

“Alhamdullilahbaguslah macam tu..boleh lah Nek Yah timang cicit nanti,” jawab Nek Yah lalumenepuk lengan Nasha perlahan. Kalau usianya panjang dan diizinkan Allahdapatlah dia menimang cicit tidak lama lagi.

 

“Cicit??Er Nek Yah tentang tu ada payah sikit sebab..Nasha belum bersedia lagi,”jawabku jujur. Tidak mahu berselindung atau berbohong dengan Nek Yah. Tidakmahu Nek Yah terlalu berharap.

 

“MaksudNasha..Nasha dengan Faries?? Belum-,”

 

“Nashamasih anak dara lagi,” jawabku memintas cakap Nek Yah. Nasib baiklah EncikFaries tiada di sini kalau tidak susah juga aku hendak berterus terang denganNek Yah. Terpaksa menjaga hatinya.

 

NekYah mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya dengan apa yang dia dengar.Tiada harapan untuk dia menimang cicit dalam masa setahun dua ni. Jadi Fariesbenar-benar berkahwin dengan Nasha kerana perlukan Nasha untuk menguruskanhidupnya? Tidakkah dia mahu lebih dari itu. Lelaki seusia Faries sudah ada satuatau dua anak. Nek Yah mengeluh perlahan. Tidak mengerti sampai bila Fariesmahu bersikap begitu dia bukan semakin muda.

 

“Nashatak cintakan cucu Nek Yah?,” soal Nek Yah kepada Nasha pula. Kalau Faries diatahu sebab mengapa dia berkahwin dengan Nasha. Bagaimana pula dengan Nasha?Adakah Nasha cintakan Faries maka dia bersetuju bernikah dengan cucunya?

 

Akumemandang wajah Nek Yah dengan wajah serba salah bila dia bertanya soalansedemikian. Bagaimana hendak aku terangkan kepada Nek Yah akan sebab kenapa akuberkahwin dengan cucunya.

 

“Saya..-,”

 

“Takapa Nek Yah mengerti Nasha tak perlu terangkan kepada Nek Yah, Nasha berkahwindengan Faries kerana terpaksa bukan? Tapi kenapa Nasha bersetuju berkahwindengan Faries jika Nasha tidak cintakan dia?,” soal Nek Yah lagi. Dia tidakberpeluang bebual dengan Nasha bila Faries ada sama kerana cucunya itu sepertitidak benarkan dia berbual lama dengan isterinya. Kini tahulah dia akan sebabmengapa Faries berbuat demikian. Faries khuatir dia cuba mengorek rahsia dariNasha.

 

“KeranaEncik Faries telah membantu saya Nek Yah..saya terhutang budi dengan EncikFaries, demi untuk membalas jasanya saya bersetuju untuk bernikah dengannya,”jawabku perlahan.

 

“NekYah berharap Nasha dapat menerima Faries ye nak..Nek Yah tahu Faries tidakseperti lelaki lain dia ada kekurangannya..Nek Yah harap Nasha dapat bersabardengannya..In Shaa Allah kamu berdua bahagia hingga ke Jannah,” ujar Nek Yahdengan perasaan sebak. Dia ingin melihat Nasha dan cucunya hidup bahagiabersama. Melihatkan Faries dan Nasha sedikit sebanyak mengingatkannya tentangperkahwinannya dengan suaminya Ismail.

 

Diatidak pernah mengenali suaminya sehinggalah mereka di ijab kabulkan. Dia tidakcintakan suaminya Ismail, kerana lelaki itu 7 tahun tua darinya. Walaupun tidakcinta dan sukakan suaminya itu tapi oleh kerana dia dididik untuk taat danmelayan suami dengan baik. Dia lakukan juga walaupun pada awalnya dia tidakikhlas. Suaminya Ismail bersabar dengan perangainya dan tidak pernahmengabaikan tanggungjawabnya terhadap dirinya. Berkat kesabaran dan sifatpenyayang suaminya itu membuatkan dia cinta dan sayang suaminya dan merekahidup bahagia sehinggalah suaminya menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidakpernah bernikah lagi setelah arwahnya pergi kerana dia terlalu sayang dancintakan arwah suaminya dan berharap akan di pertemukan di syurga. Diabenar-benar berharap Nasha dan Faries menjadi seperti dirinya.


 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.