Home Novel Cinta From Boss with Luv
Finale

Aku tersentak bila bahuku di goyang perlahan. Aku melirik kearah jam digital di sisi. 2.30pagi. Aku memalingkan badanku perlahan..maklumlah perut yang sudah membulat itu membuatkan pergerakan aku agak terhad. Aku mengadap wajah Encik Faries. Suamiku itu memandang wajahku dengan wajah bersalah. Apa pula yang dia hendak kali ini? Malam kelmarin dia meminta aku menemaninya makan ice cream coklat Belgium. Pening juga mencari Ice Cream Coklat Belgium malam-malam hari. Pulak tu bukan boleh didapati dari kedai 7-eleven biasa. Dia hendakkan Coklat Belgium Ice gourmet. Aduh! Keliling bandar KL juga kami ronda untuk mencari ice cream yang Encik Faries idamkan. Namun kerana kasihkan Encik Faries aku turutkan kehendaknya. Hissh payah hendak melayan orang yang suka mengidam ni.


Akhirnya kami ke Hotel Hilton memesan ice cream coklat Belgium kerana menurut Encik Aliff yang kami kejutkan malam kelmarin. Kesian Encik Aliff selalu menjadi mangsa kami. Menurut Encik Aliff Hotel Hilton terdapat ice cream gourmet dan restaurantnya buka 24 jam. Hendak tak hendak kami pergi juga ke Hotel Hilton dengan keadaan pakaian kami yang tidak mengikut etika hotel. Sebab aku hanya mengenakan seluar panjang dan t-shirt lengan panjang maternity manakala Encik Faries hanya mengenakan drawstring pants berwarna khakis dan t-shirt putih dan cardigan. Sungguh tak sesuai. Tapi oleh kerana suamiku celebrity terkenal pengurus hotel yang bertugas malam itu membenarkan kami makan di restaurant malah memberi kami layanan tip top. Haha.

 

“Kenapa abang tak boleh tidur?,” tegurku perlahan.


“I feel like eating Nasi Kandar,” ujar Faries lalu memandang wajah isterinya.


“Nasi kandar at this hour?? Mana nak cari?,” ujarku terperanjat bila suamiku terasa mahu makan Nasi Kandar pada jam 2.30pagi. Mana hendak cari kedai nasi kandar yang masih buka pada waktu pagi-pagi begini. Aduh! Lorat betul lah suami aku ni.

 

“Tadi abang google ada 24hrs Nasi Kandar restaurant at Jalan Ampang, restaurant Pelita..tengok review semua kata sedap,” ujar Faries lancar. 


Aku memandang wajah Encik Faries dengan pandangan hairan. Bila ketika dia surf internet? Apa dia tak tidur dari tadi? Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah Encik Faries. Kesian pula orang dah mengidam tak sampai hati aku hendak menolak permintaannya.


“Ok,” jawabku ringkas lalu bangun dari katil.


Faries bingkas bangun dari katil lalu menuju kearah walk-in wardrobe isterinya lalu mencapai cardigan dan menyerahkannya kepada Nasha.


Aku hanya mengelengkan kepala perlahan lalu tersenyum. Encik Faries membantu aku menyarungkan cardigan di badanku. 


“Thanks dear, your are the best PA and wife I ever had,” ujar Faries perlahan lalu merangkul pinggang isterinya perlahan. Dia merasa beruntung mendapat seorang isteri yang penyabar dan sebaik Nasha. Siapa sangka jodoh yang dianggap ‘desperado’ pada awalnya rupa-rupanya jodoh yang Allah tuliskan buat dirinya sejak dari azali lagi. 


“You are the best boss and difficult husband I ever had,” balasku lalu mencubit pipinya perlahan. Tidak menyangka Encik Faries dahulunya boss aku yang cerewet amat kini suamiku. Tidak menyangka perbezaan personality yang ada pada diri kami membuatkan kami lebih serasi dan memahami antara satu dengan lain. Alhamdullilah sejak aku mengandung. Penyakit OCD Encik Faries semakin berkurangan, dia tidak terlalu obsess seperti dahulu. 


Kami berdua ketawa serentak kerana masing-masing tidak mahu kalah memberi compliment kepada diri masing-masing. Aku tersentak bila Encik Faries tiba-tiba menyerahkan aku sebuah kotak sederhana besar kepadaku siap bereben lagi ketika kami menuruni anak tangga.


“Apa ni abang?,” soalku ingin tahu.


“Our own Notebook version love story,” jawab Faries lalu tersenyum.


“Our own Notebook Love Story???,” ulangku hairan. Tidak faham akan maksud Encik Faries. Aku membuka sampul hadiah itu perlahan. Terperanjat melihat sebuah novel cinta tebal bertajuk “From Boss With Love” dari Maya Maisara penulis novel tersebut.


“Our love story really??,” ujarku teruja kerana kisah cinta kami di bukukan. Sejak Encik Faries mengumumkan status kami. Ramai wartawan yang ingin tahu akan kisah cinta kami. Aku tidak mengulas panjang kerana Encik Faries tidak membenarkan aku memberitahu dan menceritakan tentang kami kepada mereka. Rupa-rupanya dia mahu kisah cinta kami dibukukan di dalam novel dan penulis Maya Maisara menjadi pilihan Encik Faries. Aku memang gemarkan hasil nukilan penulis novel itu. Tidak menyangka Encik Faries tahu akan novelis kegemaranku dan meminta novelis itu membukukan kisah cinta kami dan memberi tajuk ‘From Boss with Luv’ tajuk yang amat sesuai. 


“Novel ini akan di filemkan,” ujar Faries tersenyum lagi.


“Really..let me guess you will be the main actor?,” ujarku teruja.


Faries mengelengkan kepalanya perlahan.


“You are not?? Why?? Then siapa?,” soalku ingin tahu. Kenapa Encik Faries tidak menjadi pelakon dalam filem cinta kami? Kalau bukan Encik Faries siapa pula yang akan melakonkan watak Encik Faries?


“Ehsan Iskandar..,” jawab Faries ringkas lalu memandang wajah isterinya. Dia ingin melihat reaksi Nasha bila dia menyebut nama pelakon lelaki yang sedang meningkat naik itu.


“Ehsan? Kenapa tak abang sahaja yang berlakon?," ujarku terperanjat. Yelah banyak-banyak pelakon lelaki kenapa Encik Faries memilih Ehsan. Aku akui Ehsan seorang pelakon yang tidak kurang hebatnya. Aku pernah melihat drama dan filem lakonan Ehsan. Ehsan is an good actor. Dan watak Encik Faries memang sesuai di beri kepada Ehsan kerana katektor Ehsan dan Encik Faries ada persamaan in real life. Hehe kalau Encik Faries tahu aku membuat pembandingan di antara Ehsan dengan dia pasti aku di sembelihnya. Aku hanya memberi pendapat yang jujur sahaja. Dan Encik Faries tetap menjadi pilihan hatiku kerana dia suamiku dan aku cintakannya.


“Sebab Ehsan sesuai melakonkan watak Faries Syamri..btw I can’t act I’m going to be the Director and producer for this movie..,”


“Ok wow...siapa yang akan lakonkan watak Nasha?,” soalku ingin tahu.


“Puteri-,”


“What Puteri Ernisa..tak fair..Ernisa mana boleh lakonkan watak Nasha..-,”


“Siapa cakap Puteri Ernisa yang memegang watak Nasha?,” ujar Faries bila isterinya tidak setuju akan pelakon yang akan memegang wataknya nanti.


“Habis tadi abang kata ‘Puteri’?,”


“Puteri Balqis..newcomer she’s good and talented..trust me you will love her,” jawab Faries lalu tersenyum. Puteri Balqis adalah pelakon wanita bakat baru yang akan diperkenalkan dalam filem arahan sulungnya. Dia benar-benar berharap filem sulungnya mendapat sambutan dari peminat. Siapa tahu rezeki anaknya. 


“Fuh lega hati Nasha bila mendengarnya…,” aku membelek novel lebih dari 300 muka surat itu dengan perasaan senang. Tidak sabar hendak membaca novel itu nanti. 


“From Boss With Luv,” ujarku tersenyum gembira. Encik Faries hanya tersenyum melihat wajah ceria isterinya. Dia gembira dapat membahagiakan isterinya. Aku merangkul lengan Encik Faries mesra menuju ke arah kereta kami. 




The End.


Previous: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.