Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 45

Faries tidak tahu bagaimana dia boleh berada dihadapan pintu bilik hotel Ernisa. Fikirannya benar-benar bercelaru. Hatinyabenar-benar kecewa dengan sikap Nasha. Selama ini dia menganggap Nasha seorangwanita yang jujur namun perangai Nasha tidak jauh dari perangai wanita yangpernah di damping sebelum ini. Yang hanya pentingkan diri sendiri dan tidakmenjaga hati orang yang di kasihi. Nasha banyak menyembunyikan rahsia darinya. Tapikenapa wanita itu harus Nasha? Setelah dia jatuh cinta pada Nasha.

 

Kini dia merasa ragu akan perasaannya terhadap Nashakerana menyangka Nasha masih mencintai Rizal bekas tunangnya. Memikirkan Nashabersama dengan Rizal membuatkan dia merasa lebih sakit hati. Semua perasaan inidia cuba sembunyikan dari pengetahuan orang lain. Sungguhpun dia kecewa denganNasha namun dia masih mahu memelihara hubungan mereka dari pengetahuan oranglain. Mungkin selepas ini layanan yang di berikan kepada Nasha tidak mesra sepertidahulu. Salah Nasha sendiri kerana Nasha yang menyebabkan dia memilih jalansebegitu. Dan jika Nasha benar-benar cintakannya sepertimana Nasha akui tadi.Nasha harus membuktikan kepadanya bahawa apa yang di katakan tadi bukan hanyaomong kosong. She has to earn his love dan Faries tidak akan mudah beralah keranaFaries bukan lagi Faries yang Nasha kenali dahulu, kerana wanita itu telahmengecewakan hatinya.

 

Ernisa membuka pintu biliknya dan terkejut bilamendapati tetamunya itu adalah Faries. Hatinya berbunga riang. Siang tadiselepas kejadian perbalahan Rizal dengan Ehsan dia tidak tahu kemana Fariespergi. Nasha juga tidak kelihatan sama. Pengambaran filem siang tadi terpaksadi batalkan kerana ia telah merosakkan mood pelakon-pelakon filem kami.Terpaksa wrap awal. Dan dia mengambil keputusan untuk ke Spa. Tidak menyangkaFaries datang mengunjunginya hari ini. Selama hampir seminggu dia di siniFaries tidak pernah mahu ke bilik hotelnya setelah di ajak beberapa kali.Kenapa hari ini Faries berubah hati?

 

“Faries..come in dear, where have you been?? I taknampak you lepas that commotion, you pergi mana?,” ujar Ernisa lalu menariktangan Faries. Faries masuk ke dalam bilik hotel Ernisa dan memilih sofaberdekatan lalu duduk.

 

Faries tidak menjawab soalan Ernisa kerana dia tidakmahu memikirkan tentang perkara itu. Tujuan dia bertemu dengan Ernisa keranadia tahu wanita itu tidak akan menyentuh perkara siang tadi. Sekurang-kurangnyadia dapat melupakan tentang dia dan Nasha buat seketika.

 

“I go for a long walk,” jawab Faries ringkas. Selepasdia kembali ke bilik. Dia menganti pakaiannya. Dia mengenakan drawstring khakispants dan kemeja linen berwarna beige lengan pendek dan pergi menuju ke tepipantai bertujuan untuk mendamaikan hatinya.

 

“Tak ajak I pun? Boleh kita bercanda di pasiranpantai..,” ujar Ernisa lalu tersenyum. Dia duduk di hand rest sofa yang diduduki Faries lalu menyilangkan kakinya sengaja ingin menampakkan betisnya yangputih gebu itu kepada Faries. Dia ingin menduga sejauh mana Faries dapatmenahan diri dari godaannya. Lelaki kalau kena pada caranya pasti akan tewasdengan godaan kaum wanita.

 

Faries menoleh kearah Ernisa lalu tersenyum bilawanita itu tidak putus-putus cuba untuk menambat hatinya. Adakah Ernisabenar-benar suka padanya? Ernisa wanita cantik dan juga actress popular. Ernisamudah menambat hati mana-mana lelaki kaya dan sebagainya. Tapi mengapa Ernisamemilih dirinya.

 

“Nisa boleh I tanya you..why do you do all this?,”tanya Faries lalu memandang wajah cantik Ernisa. Dia benar-benar ingin tahutujuan Ernisa berbuat demikian. Bukan dia tidak tahu Ernisa tidak pernah putusasa cuba mengodanya. Dan pelbagai cara Ernisa lakukan untuk mendapatkanperhatiannya. Tapi hatinya hanya pada Nasha. He is in love. Sebab itu dia tidaktermakan akan godaan wanita lain. Waimah secantik manapun wanita itu dan godamacamana sekalipun dia tidak akan tergoda. Itu perbezaan antara dia denganlelaki lain. Jika dia jatuh cinta. Dia hanya setia pada yang satu. Tapiperasaannya kini sudah tercalar dan kecewa dengan Nasha.

 

“Do all this?? I tak faham maksud you?,” jawab Ernisalalu menoleh ke arah Faries.

 

“I know you trying hard to get my attention..but why?You sukakan I?,” soal Faries tidak berdolak dalih.

 

“You mean..selama ini you tak tahu I sukakan you?,”soal Ernisa kembali bila Faries tidak tahu selama ini dia sukakan lelaki itu?Patutlah Faries tidak memberi tindakbalas kepadanya kerana menyangka dia wanitayang mesra dengan semua lelaki.

 

“I don’t know you women are very complicated kind ofspecies..no offence..I don’t really understand women,” jawab Faries jujur. Diatidak pandai meneka atau predict akan cara seseorang wanita itu kerana Fariestidak pernah ambil tahu. He’s simple kind of person. What you see is what youget!

 

“Of course I like you darling..I like you a lot..Iwant you to be mine..,” ujar Ernisa lalu memeluk bahu Faries. Dia tidak percayayang Faries tidak tahu bahawa dia sukakannya. Apa cara dia mengoda Faries itutidak menyakinkan bahawa dia cintakan Faries ke?

 

“But why?? I knew you banyak admirers..dato..ahliperniagaan..kerabat? but why you chose me over them?

 

“Because..Faries you tak sama seperti mereka..youloyal and stick to one woman..yes Faries I knew a lot about you..true all yourex semuanya terdiri dari models..actress or socialite..you setia padamereka..bila gossip mengenai your break-up semuanya berpunca dari your ex and notfrom you,” terang Ernisa. Ernisa benar-benar mengikuti perkembangan Fariesdalam dunia hiburan. Percaya atau tidak..dia begitu meminati Faries. Sebab itubila producer menawarkan agar dia berlakon di samping Faries. Dia menerimanyatanpa membincangkan kos pembayaran yang akan mereka berikan kepadanya. For heract with Faries is more important.

 

Sebab itu dia memilih Faries dari orang lain.Kebanyakkan admirersnya suka padanya kerana dia memiliki wajah yang cantik dandia tahu kecantikan itu tidak akan kekal lama. Dia mahukan lelaki yang setiapadanya dan tidak akan tinggalkannya bila dia tidak muda dan kelihatan cantikseperti dahulu. She needs companion and Faries is the best choice.

 

Faries tidak membalas apa yang di katakan Ernisakerana apa yang di katakan Ernisa tadi adalah benar. Bila dia jatuh cinta padaseseorang wanita itu. Dia setia pada wanita itu. Tapi jika wanita itu tidaksetia padanya dia tidak akan dapat memaafkan wanita itu. Sebab itu dia tidakmudah jatuh cinta setelah apa yang berlaku pada dirinya 6 bulan yang lalubersama bekas teman wanitanya yang bernama Adelyna. Faries mengambil keputusanuntuk tidak akan jatuh cinta pada celebrity atau model kerana terlalu letihdengan kehidupan mereka. Cukup hanya dirinya sahaja yang menjadi celebrity diatidak mahu pasangannya itu seorang celebrity. Dan sebab itu dia bernikah denganNasha kerana dunia Nasha berbeza dengan dunianya.

 

“Am I right?,” tegur Ernisa bila Faries hanyamendiamkan diri bila dia berkata demikian.

 

Faries menganggukkan kepalanya perlahan.

 

“So am I right to say, you are the good choice for me?Please say yes..I love you so much darling,” ujar Ernisa lalu duduk di atasriba Faries. Lelaki itu terperanjat bila Ernisa duduk di atas ribanya namun diatidak melarang bila Ernisa berbuat demikian. Mungkin kerana dia perlukan orangmenyayanginya maka dia membiarkan sahaja Ernisa memeluk dan mencium pipinya.Faries merangkul pinggang Ernisa bila wanita itu menyandarkan kepalanya didadanya. Faries mengeluh kecil. Walaupun ketika itu dia memeluk Ernisa namundia membayangkan bahawa wanita yang di peluk itu adalah Nasha. 

Previous: Bab 44
Next: Bab 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.