Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 36

Penat berjalan aku mengambil keputusan untuk duduk diatas sebuah batu yang sederhana besar. Angin laut bertiup nyaman. Sesekalikedengaran ombak menghempas batu yang aku duduki. Fikiranku menerawang jauhmemikirkan nasibku. Sampai bila aku harus di belenggu dengan hidup sebegini. Berapalama lagi aku harus bertahan? Ketidaksediaan Encik Faries mendedahkan statusnyaitu membuatkan aku berfikir adakah Encik Faries akan terus merahsiakanperkahwinan kami?

 

Aku mencampak batu kecil ke dalam laut.

 

“Duduk seorang sahaja..can I join you?,”

 

Aku menoleh ke kanan bila terdengar seseorangmenegurku. Astarfirullah Al Azim. Oh come on give me a break! Kenapa semuaorang suka menganggu aku hari ini. Tadi Ehsan, sekarang Rizal pula. Sakitkepala aku di buatnya.

 

Aku tidak menjawab kerana tidak ingin berbual denganRizal. Rizal tahu Nasha teramat benci padanya. Dia sedar dia banyak menyusahkanhidup Nasha dan kesal dengan perbuataannya. Nasha seorang wanita yang baik danpenyabar. Dia tidak tahu kenapa wanita itu seringkali di sakiti hatinya.Setelah bertunang dengan Nasha dia mendapati perjalanan hidupnya masih jauh.Dia tidak mahu berkahwin sebelum dia berjaya mencapai cita-citanya. Dia tidakpernah serius dengan hubungannya. Dia selalu mengambil kesempatan di ataskebaikan Nasha. Nasha terlalu mempercayainya. Kini baru dia sedar akankesilapannya. Kesalahannya terhadap diri Nasha terlalu banyak. Dia berharapNasha dapat memaafkannya.

 

Rizal melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Nashabila wanita itu tidak menjawab. Aku menoleh kearah Rizal dengan wajah kurangsenang. Sibuk tau mamat ni.

 

“Eh sibuk lah..boleh tak pergi cari batu lain..janganganggu I boleh tak?,” marahku lalu menolak bahu Rizal dengan selamba. Tak inginaku duduk di sebelah Rizal. Rizal tidak berganjak malah membiarkan sahaja Nashamenolaknya berkali-kali.

 

 Aku mendengusgeram bila Rizal tidak mahu bangun malah selamba sahaja duduk di sebelah aku.Aku mencapai sandalku ingin turun dari batu itu.

 

“Eh you hendak pergi mana?,” ujar Rizal lalu menariktangan Nasha bila wanita itu mahu meninggalkannya.

 

“You lepaskan tangan I Rizal..kalau tidak I balingbatu ni kat you?,” ujarku mengugut Rizal bila lelaki itu menarik tanganku bilaaku hendak meninggalkannya. Sempat aku mencapai batu sebesar penumbuk untuk kubalingkan pada Rizal kalau dia cuba hendak berpelakuan buruk dengan aku.

 

“Ok..ok I lepaskan..garangnya you..tujuan I jumpadengan you sebab hendak minta maaf dari you,” ujar Rizal lalu memandang wajahNasha. Dia tahu dia tidak layak menerima kemaafan dari Nasha dia tidak tahubagaimana hendak menebus kesalahannya.

 

“I dah maafkan you..,” jawabku ringkas lalu turunperlahan dari batu yang aku duduki tadi. Silap langkah tergolek pula aku nanti.Aku hendak berjalan semula ke tempat ‘set’ takut Encik Faries mencari akunanti.

 

Rizal bangun lalu terjun dari batu yang di dudukitadi. Mudah sahaja dia melakukannya kerana dia tinggi. Dia mengejar mendapatkanNasha.

 

“Betul you sudah maafkan I,” ujar Rizal berjalanbersebelahan dengan Nasha.

 

Aku istifar di dalam hati kerana di kejutkan Rizal. Dahkenapa dengan mamat ni. Tetiba baik dengan aku. Ini mesti ada makna kalau tidakmana mungkin Rizal sebaik ini. Rizal yang ku kenal dia hanya berbuat baikkerana dia mahukan sesuatu dari aku.

 

“Hmm,”

 

“Jadi you boleh terima I balik?,” soal Rizal lagi.

 

Aku berhenti melangkah bila Rizal berkata demikian.Terima dia kembali? Siapa pula yang kata jika aku sudah maafkan dia maka akuakan terima dia kembali. Kirim salam lah.

 

“You seriously believe apa yang telah you lakukanterhadap diri I dahulu, I  boleh terimayou balik? What’s make you think I will take you back?,” soalku lalu memandangwajah Rizal. Rizal tahu perasaan malu atau tidak? Dia ingat semudah itu akudapat melupakan apa yang telah dia buat terhadap diri aku dan mudah untuk akumenerima dia kembali dalam hidupku begitu sahaja.

 

“I masih sayangkan you Nasha,” ujar Rizal lalumemegang Nasha.

 

Aku segera melepaskan tanganku bila Rizalmenyentuhnya.

 

“Huh..sayang??..come again?? you tak pernah sayangkanI Rizal..you hanya sayangkan diri you,” tempelakku bila Rizal mengatakan bahawadia sayangkan aku. Bila masa dia sayangkan aku?? Kalau dia benar-benarsayangkan aku dia tidak akan menyakitkan hati aku. Dia tidak akan membuatkanaku menderita menanggung hutangnya.

 

“That’s not true..I always love you Nasha..hanya youyang tidak tahu,” jawab Rizal memandang tepat ke wajah Nasha. Dia tidak dapatmenyakinkan Nasha tentang perasaannya terhadap diri Nasha kerana sepanjangmereka bersama dahulu Nasha hanya lihat kekurangan dirinya. Dia akui dia telahmengabaikan Nasha dan menyusahkan hidupnya gara-gara mahu mengejar glamour.Nasha selalu memberinya sokongan hanya dia tidak pernah menghargai jasa baikNasha.

 

“Please tell me that you are rehearsing your scriptright now?,” ujarku lalu memandang tepat ke wajah Rizal. If Rizal is actingright now. He’s good. Rizal boleh dicalonkan untuk award pelakon baru terbaik.


“Nasha..how can you say that..don’t you know me atall?,” jawab Rizal bila Nasha tidak percaya apa yang di katakan tadi. Nashasentiasa di hatinya.

 

“No Rizal..I don’t know you,” jawabku meninggalkanRizal. Tiada gunanya lagi Rizal mahu menegakkan kebenaran. It’s no use. Kenapabaru sekarang dia mahu kemaafan dari aku. Apa tujuan Rizal meluahkan isi hatinyapada ku? It’s too late to apologise. Semuanya sudah terlambat, aku tidak lagipercaya dengan kata-kata manis Rizal dan hatiku terlalu luka di atasperbuataanya.

 

Rizal mengeluh kecil. Dia menyeluk saku seluarnya lalumengeluarkan sesuatu. Dia berjalan mendekati Nasha lalu mencapai tangan kananwanita itu. Dia menyerahkan sesuatu itu kepadanya.

 

“I want you to keep it…it’s yours,” jawab Rizalperlahan sebelum berlalu pergi. Dia tahu dia tidak punya harapan untuk kembalidengan Nasha. Dia mahu Nasha menyimpannya kerana itu hak Nasha. Ia di beliuntuknya dan dia tiada sebab untuk menyimpannya.

 

Aku membuka tangan kananku terperanjat bila mendapaticincin emas pertunangan aku dengan Rizal dahulu berada di tanganku. Rizal masihmenyimpan cincin itu? Semasa pertunangan kami putus dahulu aku menyerahkankembali cincin tanda itu pada Rizal kerana aku tidak mahu menyimpannya akutidak mahu ada tanda kenangan dari Rizal. Aku tidak menyangka Rizal masihmenyimpan cincin itu.


 

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.