Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 86b

“Assalammualaikum…”

“Waalaikumussalam. Ha ayah. Ayah apa khabar? Sihat?” tutur ateh pada Pak Rahman yang baru menghubunginya.

“Ayah dah tak berapa sihat. Baru lagi balik daripada hospital, cuci darah. Ateh sihat?”

“Alhamdulillah sihat.”

“Cucu ayah sihat?” soal Pak Rahman lagi.

“Sihat. Dah makin berisi dah. Dah pandai berjalan, cuma bercakap tak berapa pandai lagi. Kalau tengok atoknya keluar, mulalah merengek nak mengikut. Kalau tak diberi, menangis tak berhenti.” adu ateh.

“Teringin sangat ayah nak jumpa dengan dia, tapi, badan ayah ni dah makin tak sihat. Nak berjalan jauh pun dah tak larat. Mudah sangat penat. Lagipun tak banyak masa sebab selang beberapa hari ayah kena pergi hospital, cuci darah semula. Memang dah tak adalah rasanya kederat nak bergerak kemana-mana.”

“Hmm…” balas ateh sepatah setelah mengetahui.

“Ayah telifon ateh ni sebenarnya ada nak minta tolong. Ayah…”

“Boleh ayah pinjam duit?”

“Dah berbulan sewa rumah pangsa ni tak berbayar. Mak dah tak ada kerja sebab kedai makan tempat dia bekerja tu dah tutup, dah tak nak berniaga lagi dah. Bil air dengan eletrik pun dah berbulan tertunggak.”

“Duit pencen ayah, tak cukup ke mana. Biasalah bila dah sakit, banyak belanjanya.” adu Pak Rahman minta bantuan.

“Takpalah. Kalau macam tu, ayah nak pinjam berapa?”

“RM 200, boleh?”

“Boleh. Nanti ayah massage pada ateh no akaun ayah.”

“Iyalah. Nanti ayah hantarkan. Terima kasih ateh.”

“Sama-sama.” balas ateh, selayaknya.

 

“Abang, tadi ayah telifon.”

“Ayah nak mintak duit lagi.” tutur ateh menyampaikan pada Hakim yang baru baring.

“Hah! Nak duit lagi? Bukan ke bulan lepas dia dah mintak pinjam? Takkanlah bulan ni mintak lagi? Yang haritu pun tak ada bayar lagi kan?”

“Entahlah, sayang pun tak tahu macam mana nak buat. Abang rasa perlu beri ke tak?”

“Bukan sebab tak ada duit. Duit gaji tertunggak sayang waktu jadi guru GSTT tu pun dah masuk, cuma rasa…” balas ateh tak berapa gembira.

“Abang tengok ayah ni dah macam mula nak meminta duit. Apa dia rasa dia pasti dapat setiap kali dia minta? Sayang tak rasa ke?”

“Abang rasa dia dah mula minta dibayar jasa dia. Dah tu sayang cakap apa pada dia? Sayang dah janji nak bagi?” soal Hakim sambil membetul-betulkan bantal alas kepala.

“Sayang tak janji apa-apa, cuma sayang ada cakap pada dia yang nanti sayang bincang dulu dengan abang. Dah tu sekarang abang rasa apa yang patut kita buat? Nak bagi ke tak?” soalnya minta keputusan.

“Kalau ikut abang, baik tak payah. Nanti lagi diberi, lagi banyak pulak yang dimintak. Biarkanjelah.”

“Tapi nanti kalau dia telifon macam mana? Nak jawap apa?”

“Apa susah! Tak payah angkat. Kan senang.” jawapnya bersahaja sambil ketawa dan ateh langsung tidak membantah, malah menyertainya, tersenyum bersama.

 

“Angah, angah tolong along ya! Kali ni je.”

“Ni, borang ni. Angah isi ya. Along dah tak ada cara lain nak selesaikan hutang along tu. Hanya angah harapan along. Angah tolong buat pinjaman atas nama angah untuk along dulu. Nanti kalau dah lulus, along yang akan bayarkan bulan-bulan.”

“Angah tak payahlah risau. Along janji dengan angah. Along janji along akan pastikan along bayar dan tak akan susahkan angah.” angah terus mati kata-kata dibuatnya. Tak menyangka itu adalah tujuan sebenar along menjemputnya ke rumah.

“Angah tolong along ya! Tolonglah along. Along dah tak tahu nak buat apa lagi? Ceti kilang datang ingatkan along hari-hari. Asalnya along pinjam 10 ribu je, tapi dah beranak sampai berpuluh-puluh ribu lagi. Sekarang hanya angah sorang yang boleh tolong along.”

“Angah isi borang ni ya. Isi, lepastu nanti bagi pada along. Nanti biar along isi yang selebihnya dan hantar ke bank.” pujuknya lagi, namun angah dah mula menghembus kini.

 

“Semalam angah pergi rumah along kan? Along cakap apa? Along pesan belikan cili padi lagi untuk dia?” tutur Safi pada angah yang dilihat sedang fokus pada pemanduan. Angah tidak terus menjawap, sebaliknya hanya menghadiahkan senyuman yang tak berperasa.

“Kenapa? Ada apa-apa ke yang jadi?” soal Safi pasti kerana dia cukup kenal dengan angah, dan senyuman sebegitu tanda ada sesuatu.

“Tu nampak dekat tempat duduk belakang tu! Ada ke patut along suruh angah buat pinjaman untuk dia! Untuk bayar hutang dia pada ceti. Dah gila ke apa? Dia ingat angah ni apa?” marah angah tak langsung mempersetujuinya.

“Dah? Angah cakap apa pada along? Angah cakap yang angah tak nak buat?”

“Memang taklah! Tak kuasa angah! Bukan Safi tak tahu along tu macam mana. Berhutang pandai, tapi waktu membayar tak reti. Jangan haraplah angah percaya pada dia. Memang takkanlah!”

“Lagipun kan dah banyak kali angah cakap, yang hidup kita ni, bukannya boleh tentu!” tambah angah kekal dengan pendirian yang dipegang. Nyawa...bukanlah miliknya.

 

“Assalammualaikum…”

“Angah. Kenapa tak angkat telifon?”

“Borang yang along bagi hari tu mana? Angah dah isi?”

“Kalau dah, nanti angah hantarlah ke rumah dengan dokumen-dokumannya sekali.”

“Nanti biar along yang hantar.” pesanan ringkas yang dihantar hanya dibaca malas sebelum pantas dia menyimpan semula telifon bimbit berkenaan ke dalam kocek baju kerjanya yang bewarna putih bersih itu. Namun gegaran yang kekal berterusan membuatkan dia hampir hilang kewarasan.

“Takpun takpalah. Nanti biar along yang datang cari angah. Nanti malam along datang rumah.” pesan along lagi membuatkan angah terus naik angin, tak bertangguh dia terus membalas.

“Nak datang rumah buat apa? Kan dah berapa kali angah cakap, yang angah tak nak buat loan tu. Angah tak nak! Tak nak! Yang along buat-buat tak faham ni kenapa?”

 

“Angah, tolonglah…kali ni je along mintak tolong pada angah. Tolonglah along. Along dah tak tahu nak minta tolong daripada siapa lagi.”

 

“Sorrylah along. Angah memang tak dapat nak tolong.”

 

“Takpa, kalau angah tak nak tolong takpa…”

 

“Tapi ingat! Yang dunia ni bulat. Hari ni kita diatas, esok lusa kita akan dibawah juga.” balas along dah mula sakit hati kerana pujukannya tak menjadi.

 

Tahu! Tapi kalau jenis orang yang macam along ni, rasanya selama-lamanya akan dibawah.” jawap angah yang sudah mula rasa tercabar, serentak itu telifon dimatikan, dah tak berminat mahu meneruskan perbincangan atau untuk penggunaan kata yang lebih tepat…pemerasan.

 

“Nanti angah singgah, kirim cili padi ni pada along. Along telifon semalam, mintak mak tolong belikan.”

“Lepastu nanti bawak sekali rebung dengan pucuk paku ni.” pesan mak yang sedang memasukkan barang-barang. Safi segera mengarahkan pandangannya pada angah yang membalas dengan cebikan, tiada suara yang disertakan.

“Angah! Mak suruh pergi rumah along?”

“Dah? Nak singgah ke tak?” bisik Safi yang sudah ada di tepi.

“Menyampah! Ikut hati, dah tak nak pergi ke sana lagi!” balas angah juga berbisik.

 

“Masuk-masuk! Jom kita makan! Kita makan dulu.” arah along yang sudah siap menjamu di meja saat mereka baru tiba.

“Takpalah along, kami dah makan dekat rumah tadi. Kami cuma nak singggah hantar ni. Ni, barang yang along pesan.” balas angah dah bersedia mahu pulang.

“Eh, janganlah macam tu! Masuklah dulu. Kita makan sama-sama, lagipun along dah siap masak. Jomlah makan dulu.” pelawanya lagi, mendengarnya angah segera pasrah.

“Jomlah kita masuk sekejap. Siap makan kita balik.” bisik angah pada Safi yang ada di belakangnya.

“Ok!”

“Eh! Mak cik pun ada.” tutur angah pada ibu mertua along yang dilihat sedang duduk di depan tv.

“Hmm. Dah sampai.” jawapnya sambil menghulur tangan.

“Jom kita makan. Mak makan sekali. Sayang, duduk sini.” arah along yang baru meletakkan jug.

“Takpa, makanlah. Mak makan kemudian.” balasnya sebelum turut sama disertai Zai.

“Abang makanlah dulu. Sayang makan sekali dengan mak nanti.” jawapnya menolak, namun angah dan Safi sudahpun memulakan suapan.

 

Previous: Bab 86a
Next: Bab 87

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.