Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 98b

“Makkk…”

“Angah nak sayang mak!” pintanya yang kekal dihiasai senyuman sedari tadi.

“Angah, sayanggg mak!” tambahnya sebelum mengucup pipi itu. Mak, Safi dan Man, sama-sama saling berpandangan, tak menyangka, kerana biasanya angah tak pernah berkeadaan sedemikian, menzahirkan kasih sayang secara berdepan.

“Nanti, mak pakailah duit angah. Ada banyak duit angah tu. Mak gunalah.” pesannya lagi, segera membuatkan mak menidak apa yang dah tergerak.

“Kenapa angah cakap macam ni?! Dah-dah, mak tak nak dengar lagi angah cakap benda macam ni!” tutur mak tak mahu memikirkan, kerana doanya hanya ada satu, iaitu angah sembuh dan mendapat hidupnya semula. Namun angah kekal juga tersenyum.

“Safiii…”

“Angah nak sayang Safi…” pintanya pula membuatkan Safi segera menghampiri.

“Safi baik…” tambahnya pula sebelum mengucup pipi adiknya itu lembut.

“Man, angahpun nak sayang Man.” tuturnya tak berapa lama kemudian. Mak dan Safi dah mula menyeka air mata yang menitis dengan sendiri bila kemungkinan paling ditakuti itu seperti sudah memunculkan diri.

“Tak! Tak mungkin! Tak mungkin angah akan tinggalkan kami.”

“Allah, tolonglah…tolonglah jangan ambik angah…” rintih Safi, sunyi, hanya mampu didengari telinganya sendiri berteman air mata yang makin jatuh berjuraian.

“Allah…”

“...hanya Engkau yang mengetahui segalanya…”

“Betapa telah aku berusaha…”

“Dan kerana ehsan Engkau juga, aku jadi pasti…”

“Masaku dah takkan ada berapa lama lagi…”

“Terima kasih Allah…”

“...terima kasih…” bisik angah di dalam hati, setelah dia berjaya mengerti akan hala tujunya kini.

“Ke..kenapa?” soal Fizah yang baru tiba setelah berjaya mengisi perutnya bila menyaksikan hujan air mata.

“Tak berbaloi…” tutur angah, sebelum segera disambut Fizah yang sudah berada di sisi.

“Apa yang tak berbaloi Has?” soalnya, namun angah hanya menguntum senyum.

“Ada 1,..2,..3,..4,..5,..6.”

“Ada enam semuanya...”

“Semuanya senyum je...” jawap angah sambil menuding jari ke bahagian atas dinding yang berada di hujung kakinya, membuatkan semua yang mendengar segera mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan sebelum mereka berasa seram sejuk pula.

“Has, bawak mengucap Has! Banyakkan ingat Allah.”

“Sebut Allah Has!”

“Allah, Allah, Allah…” pandunya sebelum diikuti angah.

“Dah angah, dah! Jangan fikir banyak sangat.”

“Istighfar, bawak banyak istighfar!” tutur mak pula yang sudah menggenggam tangan angah kejap, cuba untuk memandunya dan serentak itu angah menganggukkan kepala.

“Pepsi aku mana?”

“Ada kau beli pepsi aku?” soal angah seketika kemudian, membunuh kebimbangan lalu digantikan dengan kelegaan.

“Ada Has! Ada! Takkanlah aku boleh lupa!” balas Fizah, kekal cuba menahan air mata.

 

“Safi…”

“...angah nak sembahyang.” tutur angah yang hanya mampu terbaring, pada Safi yang sedang memicit-micit lengannya. Fizah dan Safi pantas berpandangan, tak menyangka, akhirnya hati angah jadi terbuka untuk bersembahyang semula.

“Ok! Sekejap! Tunggu Safi ambil air sekejap.” balas Safi, segera bergegas mencapai botol air mineral yang hampir kosong dan membawanya ke dalam bilik air.

Bahagian muka, kedua-dua belah tangan, sebahagian kepala dan kaki angah diratakan dengan air yang ada di telapak tangannya. Seketika kemudian, tudung angah dirapikan sebelum dia menantikan kemuncaknya. Kemuncak penghambaan seorang hamba yang meyakini tuhanNya.

“Dah?” soal Safi yang sudah mengambil kembali tempatnya selesai memusing besi pemegang untuk meninggikan sedikit bahagian kepala katil.

“Hmm, dah. Angah dah sedia dah…” balasnya perlahan, namun sudah cukup mempamerkan ketegasan.

“Akak…” tutur Safi sepatah sebelum memandang ke arah Fizah yang ada di sebelah.

“Safi buatlah. Safi bantu angah.” balas Fizah memberikan pelepasan kerana dia tahu, yang Safi lebih berhak dalam urusan itu.

“Bismillahir rahman nir rahim…” bisik Safi sebelum menarik nafas dalam.

“Angah, kita baca niat ya. Niat sembahyang Zohor…”

“Usolli, fardoz zuhri, arba’a raka’atin, ada’an, lillahi taala. Allah hu akbar…”

“Sahaja aku sembahyang, fardu zohor, empat rakaat, kerana Allah taala.” bisik kedua-duanya di dalam hati.

“Bismillahir rahman nir rahim…”

“Allahu akbar kabiraw, walhamdulillah hi kathiraw…” tutur Safi memandu sebelum angah meneruskan bacaan dengan lancarnya.

“Wasubhanallahi bukrataw wa asiilaa.”

“Wajjahtu wajhialillazi fataras samaa…” sambung angah, terus-terusan, tanpa ada silap di mana-mana, membuatkan Safi dan Fizah dipalit rasa kehibaan.

 

“Assalammualaikum warah matullah…” salamnya sebelum memusingkan sedikit kepala ke bahagian sisi kanan.

“Assalammualaikum warah matullah…” salamnya buat kali kedua, ke bahagian kiri pula sebelum mengusapkan kedua-dua belah telapak tangan ke muka.

“Alhamdulillah…” bisik Fizah setelah doanya nyata diterima.

“Angah kita baca doa sikit ya.” tutur Safi yang sudah menadah tangan dan serentak itu, angah menganggukkan kepalanya.

“Bismillahir rahman nir rahim. Alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin, sayyidina muhammadin wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.’

“Allahumma taqobbalminnaa solaatana, wadhu’aa ana innaka antassami’ul ‘alim, watub ‘alainaa innaka antattawwaburrohim.”

“Ya-Allah, ampunkanlah dosa kami ya-Allah, dosa kedua ibu bapa kami dan dosa guru-guru kami, juga sekalian dosa saudara-saudara kami. Limpahkanlah kami dengan sifat sabar dan teguhkanlah tapak pendirian kami…” tutur Safi memimpin doa untuk kesejahteraan semua, sementara angah dan Fizah mengaminkannya. 

 

“Has, aku balik dulu ya. Nanti esok aku datang lagi.” tutur Fizah sambil mengusap ubun-ubun angah sebelum mengucupnya, seperti biasa.

“Ok. Bawak kereta elok-elok…” balas angah, masih kekal tersenyum.

“Safi, nanti kalau ada apa-apa…” tuturnya pula sebelum memberi isyarat telefon dengan tangan.

“Hmm.” jawap Safi yang sudah dapat memahami dengan hanya sekali, namun belumpun sempat ke mana, angah mendapat ‘serangan’ tambahan bila kaki dan tangan sudah mula kekejangan. Melihat keadaan itu, Fizah segera bergegas untuk mendapatkan bantuan.

Previous: Bab 98a
Next: Bab 98c

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.