Selesai menyiram, Safi bergegas masuk ke rumah untuk menutup paip sebelum keluar semula bagi meneruskan kerja-kerja yang lainnya. Topi cawboy cokelat yang hampir tertanggal dibetulkan. Rambut ikalnya yang melepasi paras bahu dikemaskan sebelum matanya terpandangkan petugas kesihatan yang ada menjalankan tugas di bahagian atas balkoni rumah jirannya. Serentak itu mata mereka bertemu sebelum kedua-duanya rasa terkejut sendiri.
“Mak, tu! Tengok dekat sebelah sana tu!” bisik Safi memberitahu apa yang yang baru disaksi.
Batuk dan deman yang berterusan telah memaksa Safi membuat keputusan untuk ke hospital demi mendapatkan rawatan, walau hatinya sangat keberatan. Kerana setiap kali dia berada di hospital, dia pasti akan teringatkan angah.
“Mak tak payahlah risau. Tak ada apanya ni. Doktor biasalah. Belum apa-apa dah macam-macam cakapnya.”
“Safi bukannya sah kena denggi lagi, cuma disyakki. Lagipun nak kena ambik masa jugak untuk check darah dan pastikan betul ke tak Safi kena denggi.”
“Mak tak payah fikir sangat. Nanti dah confirm Safi telefon bagitahu mak.” terang Safi pada mak yang berada di hujung talian.
“Laillahaillallah…denggi Safi?! Dah tu macam mana? Mak siap-siapkan barang ya. Lepastu mak kesana!” balas mak bimbang.
“Tak payah mak, takpayah! Mak tak payah datang. Lagipun susah nanti. Nak tidur mana? Hospital ni air-condnya sejuk, nanti tak pasal-pasal semput mak datang semula.”
“Takpa, Safi boleh lagi ni. Lagipun Safi tak rasa yang Safi kena genggi, cuma badan ni yang rasa lemah sikit. Kurang gula je agaknya, takpun deman urat. Doktor ni je yang berlebih-lebih.” terang Safi menyatakan pendapat sendiri.
“Dah tu nanti, siapa yang nak tengokkan Safi dekat sana?”
“Mak tak payah risau pasal Safi. Mak tu, jaga diri elok-elok. Ingat, jangan naik tangga tu, nanti kalau mak jatuh susah. Biarkan jelah pokok dekat atas tu. Kalau sehari dua tak bersiram tak mati lagi dia. Lagipun kan dah musim hujan. Tak payah nak dirisaukan.”
“Iyalah kalau Safi dah cakap macam tu. Tapi, betulke mak tak payah datang sana?” soal mak semula.
“Iya, tak payah! Takpa, nanti Safi telefon mak lagi ya, sebab doktor ada datang.” balas Safi saat terpandangkan seorang doktor yang baru tiba.
“Ok, ok. Nanti apa-apa, jangan lupa telefon mak.” pesan mak yang masih bimbang.
“Ok, insyaAllah. Mak jaga diri. Assalammualaikum…”
“Waalaikumussalam. Safi pun.” balas mak mendoakan kesejahteraan anak yang pernah dikandungkan.
“Aik! Bukan ke?”
“Betullah! Perempuan kerek hari tu. Takkan dah kena denggi?” soalnya pada diri sendiri.
“Tulah, bila ada orang nak ajar, tak nak dengar. Sekarang baru tahu.” tambahnya sebelum tergerak hati untuk bertanya.
“Mai! Tu! Dia tu sakit apa?” soalnya lancar pada Maisara, adik kandungnya yang bertugas sebagai jururawat di hospotal berkenaan.
“Kena syak denggi. Tapi tak tahu lagi. Kena tunggu keputusa ujian darah keluar dulu.”
“Oh, denggi!” balasnya dan seperti yang disangka, jawapannya hampir sama.
“Dah siap dah? Kalau dah, jomlah kita balik.” tambahnya sambil mata kekal memerhatikan Safi dari kejauhan.
“Sekejap, ada sikit kerja lagi.” jawap Mai, meminta masa.
“Assalammualaikum.”
“Wa..waalaikumussalam…” balas Safi setelah memeriksa.
“Awak kena denggi?” soal Naz lancar.
“Pembetulan. Disyakki.” jawap Safi tak berminat nak menjawap sangat.
“Hari tu saya ada datang rumah awak kan?”
“Entah, tak ingat.”
“Ada, saya ada datang. Lepastu saya bagitahu, suruh awak bersihkan tempat kawasan jejentik boleh bersarang, terutamanya di kawasan kebun atas beranda awak tu. Dah? Awak tak buat ke semua tu?” soalnya.
“Awak nak cakap apa dengan saya sebenarnya? Nak cakap, padan muka! Itu ke?”
“Kalau itu, tolonglah pergi, sebab saya tak ada banyak tenaga nak mendengarnya.”
“Tengok, saya baru cakap sikit, awak dah nak marah.”
“Haruslah saya marah, sebab awak bukannya bercakap, tapi menuduh.”
“Dahlah, tolonglah pergi sebab saya nak berehat.” tambah Safi sebelum baring dan menarik selimut sampai ke paras kepala membutkan Naz terus mati kata-kata.