Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 66

Angah membongkar beg sebelum mengeluarkan sebungkus beg plastik dan menyuakannya ke arah Safi yang sedang memerhati sejak daripada tadi.

“Nah. Cuba tengok. Ok ke tak?”

“Buku rujukan yang angah beli hari tu macam mana? Boleh pakai?” soal angah selesai menghulurkan senaskah buku latihan matematik kepada Safi.

“Wah!!! Angah beli buku lagi untuk Safi?” balas Safi sambil tersenyum sampai nampak gusi.

“Buku hari tu elok. Banyak maklumatnya. Senang nak faham. Safi dah habis baca dah. Ha, tengok ni, dah lunyai dah Safi guna.” tambah Safi sambil menunjukkan buku berkenaan mambuatkan angah tersenyum puas hati.

“Tapi…ni lunyai kena baca ke, saja?” tutur angah, menyakat.

“Eh angah ni! Orang baca la! Kalau tak percaya, cuba tanya!” jawap Safi ingin membuktikannya.

“Ya, angah percaya!”

“Safi, Ina mana, Ina?”

“Ina! Sini kejap!” pangil angah pula sambil sebelah tangan mengorek-ngorek perut beg yang lainnya.

“Nah, ambik ni. Angah beli ‘adik-adik’ ni untuk kalian. Yang besar untuk Safi, yang kecik untuk Ina. Cuba try, angah nak tahu muat ke tak?”

“Tapi angah rasa macam muat, tapi, takpalah, cubalah dulu. Kalau tak muat, maknanya kena bagi Bontek la pakai.” arah angah selesai membahagi sambil ketawa pula. Safi dan Ina apa lagi tumpang sekaki, ketawa senang hati sebelum segera mereka berlari dan menutup tabir lalu sama-sama mencuba hadiah mereka.

“Jangan pandang sini!” marah Safi tak suka bila melihat Ina memandang ke arahnya walaupun aurat antara mereka kekal terjaga.

“Hikhikhik...” kekeh Ina, namun matanya tetap tak berganjak juga.

“Angah! Tengok Ina ni! Dia intai orang!” adu Safi memarahi.

“Alah, buat apa nak malu. Kita kan adik-beradik!” balas Ina tak berapa mempersetujuinya dan angah hanya tersenyum mendengarnya.

“Ish Ina ni! Pandang sanalah!”

“Takpa, nanti biar tumbuh bisul kat mata. Intai-intai orang, kang jolok mata tu baru tahu!” marah Safi, bergerutu.

“Hehehe…iyalah, Ina tak pandang dah.” balas Ina sebelum fokus semula pada dirinya.

“Hai, kalian ni lah…dah ke belum? Muat ke tak?” soal angah yang sudah agak lama menanti.

“Belum-belum, sekejap!”

“Safi punya muat.” balas Safi selesai mencuba kedua-duanya.

“Ina muat ke tak?” soalnya pula pada Ina yang masih terkial-kial mengenakkan cangkuk belakang.

“Safi tolong, tolong!” pinta Ina minta dibantu dan Safi segera membantunya.

“Ina punya pun muat.” balas Ina di sebalik tabir.

“Keluarlah. Bagi angak tengok.” arah angah pula, namun ditolak oleh kedua-dua adiknya.

“Taknalah!”

“La, kenapa pulak tak nak?”

“Orang seksi!”

“Nak malu apanya, sama je pun apa yang kita ada.” balas angah sambil ketawa.

“Eee…angah ni! Gilalah!” tutur Safi tak puas hati.

“Apa kalian cakap?! Takpa lain kali jangan haraplah angah beli apa-apa lagi untuk kalian!” gertak angah, mengacah.

“Janganlah macam tu! Angah kan baik…” ampu Ina sambil berusaha untuk membuka apa yang dipakai sebelumnya.

“Angah, berapa angah beli? Mesti mahal kan?” soal Safi sambil mencongak harga barangan. Dua pasang seorang dengan buku lagi, memang tak murah juga rasanya. Segera dia cuba mencari teg harganya, namun tak berjaya.

“Kenapa tanya? Nak bayar?” balas angah, berbalas soalan.

“Tak nak!” jawap Safi menidak.

“Ha, kalau tak nak bayar, tak payah tanya.” jawap angah merumus.

 

“Usop! Telipon!” tutur Ina pada Usop yang sedang berbaring di dalam bilik.

“Siapa?” soalnya semula.

“Entah, tak tahu, tak tanya.” jawap Ina sebelum bergerak ke pintu tangga.

“Safi, perempuan.” bisik Ina menyampaikan.

“Memaglah Safi perempuan! Apa? Ingat selama hari ni jantan?” jawap Safi acuh tak acuh.

“Eee Safi ni, orang cakap betul-betul!” tutur Ina tak puas hati sambil mengerutkan alis sendiri.

“Iyalah. Dah? Suara dia macam mana? Yang hari tu jugak? Ke yang lain?” soal Safi ‘sedikit’ ingin tahu.

“Entahlah. Bunyi macam sama, tapi…macam lain.” balas Ina sambil memikirkannya.

“Lantaknyalah. Malas nak ambik tahu. Kalau jantan macam tu, hai, baik tak payahlah.”

“Mesti takkan pernah tenang hidup perempuan tu nanti. Dahlah, malas nak cite dah. Pergi angkut air lagi bagus. Jom, Ina tolong Safi bawak baldi yang tu.” arah Safi setelah mula menuruni anak tangga.

“Malaslah…” jawap Ina bersahaja.

“Ina ni kan…hai, memanglah.”

“Takpa, nanti bila Safi dah tak ada, barulah Ina rasa. Semua kerja ni, Ina yang kena buat.” balas Safi sambil menggeleng-gelengkan kepala, tak mahu membesar-besarkannya.

 

“Usop! Telipon!” jerit Ina pada Usop yang berada di tanah.

“Siapa? Yang hari tu lagi ke?” soal Usop mencari identiti.

“Rasanyalah, sebab suara macam sama.” jawap Ina yang sudah menjengukkan kepala keluar daripada tingkap.

“Cakap yang Usop tak ada!” balasnya.

“Tapi…”

“Cakap je lah yang Usop tak ada!

“Ingat, lain kali kalau dia ada telifon lagi, Ina cakap je terus yang Usop tak ada.” arahnya membuatkan Ina hanya mampu ternganga.

“Dah dasar serigala. Habis dah madu, sepah dibuang. Memang jenis jantan yang tak boleh dipercaya!” bisik Safi berteman rasa simpati pada wanita yang langsung tidak diketahui siapa, melainkan suara sebagai pengenalannya.

 

“Ina! Cuba jangan asyik nak terconggok depan tv je. Pergi tolong Safi tu dekat dapur. Bantu-bantu apa yang perlu.” arah mak yang baru siap melipat kain telekung dan dengan muncung sejengkal, Ina ke dapur, demi menurut arahan.

“Ada nak buat apa?” soalnya antara rela dan terpaksa. Melihat keadaan itu, Safi segera menolak tawarannya.

“Tak ada apa pun. Takpalah, biar Safi yang buat. Kalau Ina nak tengok tv, pergilah tengok tv.” jawap Safi tak suka memaksa sesiapa dan Ina terus tersenyum mendengarnya.

“Betul ni!”

“Iya! Dah, pergilah sambung tengok tv tu. Lepastu nanti, cerita apa yang jadi pada Safi.” jawap Safi sambil memasukkan cili, hirisan halia, kunyit dan garam ke dalam lesung batu.

“Ha, manjakan sangatlah budak tu. Nanti sampai bila-bila, nak memasak pun tak tahu…” rungut mak yang sudah datang menjengah.

 

Tahun berganti lagi dan kini, Safi sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, mengikuti jejak langkah kakak-kakaknya. Keadaan keluarga dilihat agak tenang kebelakangan ini dan hukuman yang Mat terima bakal menemui penamatnya. Mereka sekeluarga gembira, akhirnya, mereka dapat bersama semula. Mak terutamanya. Belumpun Ramadhan tiba, sepasang baju melayu biru telah siap dijahitkan, khas untuk Mat.

 Hubungan mak dan abah nampak baik saja di pandangan mata. Hakikatnya hanya mereka yang tahu. Mereka sudah jarang berbual, tak seperti dulu, sesekali bergurau senda dan ketawa gembira. Bila seorang ke hulu, seorang lagi akan ke hilir dan kebaikan abah ikut masa. Paling membimbangkan, abah senyap-senyap menikam mak daripada belakang, berkata nista tanpa berfikir panjang.

“Abah ni Usop, dah macam-macam abah cuba.”

“Jadi nelayan sudah, berladang, berniaga kayu balak, semua abah dah buat. Sepanjang hidup abah ni, rasanya semua abah dah rasa. Susah, senang, semuanya…” tutur abah menyampaikan syarahan sebelum menghembus ‘asap beracun’ kegemarannya itu. Usop turut tak mahu ketinggalan ‘berjemaah’.

“Sebatang abah.” pintanya sebelum kedua-dua leka dengan hobi, mengasap dan mengasap lagi.

“Mak kalian tu yang tak faham abah. Abah buat semua ni demi nak membayar hutang. Kalau berjaya usaha kita ni nanti, dapatlah abah langsaikan semua hutang-hutang Ah-Fatt tu.”

“Ni tak, tak habis-habis nak membebel, membebel. Langsung tak pernah nak menyokong abah. Yang dia merosakkan perniagaan abah tu boleh pulak? Elok pulak?”

“Memang susah kalau dapat isteri derhaka macam mak kalian ni. Usahkan nak menolong, mendoakan kita pun tidak.”

“Ikutkan hukum, dah tak perlu tidur sekali dah. Kena diasingkan, selagi dia tak kembali mengikut.”

“Takpa, tengoklah. Kalau dah jadi nanti, sesen pun tak payah nak dipelanting.” umpat abah sebelum berhenti dan menyedut lagi. Usop segera mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengannya.

“Usop sendiri dah nampak kan duit hancur tu? Berguni-guni banyaknya. Tapi, semuanya tak jadi, sebab tak cukup syarat.”

“Disuruh berzikir, tapi diam-diam ada yang tertidur.”

“Nak buat benda macam ni, bukannya boleh ada yang bengkok hati, kalau ada, memanglah tak jadi.”

“Ada yang tak hancur, kabur. Tak jelas tulisan pada duitnya, macam tulah biasanya.” terang abah sebelum menyedut lagi, tak menyedari setiap satu sedutan, hanyalah tindakan tambahan dalam meracuni diri sendiri.

“Ohok ohok!” terus-terusan abah ‘berkokok’. Safi yang sedang berada di dapur hanya mampu mengeluh, tak gembira dengan apa yang baru didengar.

“Hailah…dah tahu dah rokok tu tak elok, tapi, kenapalah…”

“Kenapalah susah sangat nak berhenti? Usop ni pun satu, langsung tak pernah nak menasihatkan abah tu!” bisiknya sebelum telinga menangkap bunyi yang sama lagi.

“Lepastu nanti, bila dah berjaya, abah ingat, abah nak bina empayer Husin dekat kampung ni. Biar semua orang tahu siapa abah yang sebenarnya…” tutur abah semula membuatkan Safi terus ternganga.

“Ha, sudah! Balak apa pulak yang nak datang lepas ni?”

“Lantaklah kalian. Buatlah apa yang kalian nak, malas nak ambik tahu.” bisik Safi sebelum segera mencapai baldi.  

Previous: Bab 65
Next: Bab 67

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.