Home Novel Cinta Cerita Kita
Bab 110

Alunan surah Al-Baqarah yang dipasang serdehana kuat di telifonnya, menjadi peneman sepanjang perjalanan. Safi menggunakan peluang tersebut untuk melancarkan hafalan. Setiap satu ayat diikuti dan ada ketikanya dia mendahului. Mak yang ada di sebelah hanya mendengar dan sesekali dia memerhati ke arah Safi sebelum tersenyum sendiri.

Safi menjaga ‘sebaik-baik’ kualiti pemanduannnya, tak mahu mendengar bebelan, kerana mak tak gemar dengan gaya panduan yang berbahaya. Cilok sana dan cilok sini. Lagipun, apalah yang nak dikejarkan, bukannya lari kemana kampung mereka, terletak di situlah juga. Paling penting, memelihara nyawa dan itulah prinsip yang dipegangnya.

“Safi, nanti sampai, mak nak singgah kedai mamak sekejap ya. Mak nak beli gula, nak bawak ke sana.”

“Ok, insya-Allah.” balas Safi sebelum terus dan terus memandu lagi.

 

“Alhamdulillah…dah sampai pun kita…”

“Safi tunggu mak kejap. Mak nak turun beli gula.” tutur mak yang sudah mula membuka tali pinggangnya.

“Hmm.” balas Safi seadanya.

 

“Dah kahwin?” soal Onn tiba-tiba, pekerja kedai mamak yang dikenali Safi sejak zaman sekolah lagi membuatkan Safi segera mengerutkan alisnya.

“Dah! Dah ada anak dua dah pun!” balas Safi, pasti.

“Tipu!”

“Buat apa pulak aku nak menipu!”

“Kahwin dengan aku jelah!” pintanya tak berselindung sambil tangan rakus memintal-mintal beg plastik yang sedia berada di tangan, kepala pula sudah sampai terjenguk ke dalam kereta. Senyumnya tak payah cakaplah, panjang sampai ke telinga.

“Apa dah gila ke nak kahwin dengan bini orang!” marah Safi, tak dapat nak menahan diri kerana dia paling tak suka jenis lelaki yang sebegini. Dah ada bini, tapi menggatal nak berbini lagi!

“Ah!” rentusnya sambil melantingkan plastik yang dah bergumpal ke arah Safi sebelum beredar daripada situ.

“Entah apa-apa! Dah gila ke apa?” ngomel Safi sambil menggelengkan kepala tak menyukainya.

 

“Mak tahu, apa yang si Onn cakap pada Safi tadi? Masa mak masuk kedai mamak beli barang?” tutur Safi mula bercerita pada mak yang sudah masuk semula.

“Apa dia cakap?” soal mak pula.

“Ada ke patut dia ajak Safi kahwin! Dah gila ke apa dia tu? Bini dia mana? Bini dia kan ada!” tutur Safi masih ada sedikit rasa tidak puas hati.

“Onn tu, semua orang kampung tahu perangainya. Seingat mak dah dua kali dia kahwin. Yang mula-mula dulu, bercerai, sebab isteri dia lari. Yang ke dua ni, asyik dikurung dirumah je, tak dibenarkan keluar. Entah apalah masalah dia tu. Dahlah, malas nak cerita. Biarkanlah dia.”

“Dah? Masa dia cakap, Safi jawap apa?” soal mak pula mahu mengetahui hal yang selanjutnya.

“Safi cakaplah dekat dia, yang Safi dah kahwin, dah ada anak dua dah pun, tapi dia tak percaya.”

“Ada ke! Senang-senang je nak ajak orang kahwin.”

“Lepastu Safi cakap lagi pada dia. Apa dah gila nak kahwin dengan bini orang?”

“Ni, mak nampak plastik tu? Tu plastik dialah tu. Sebab tak puas hati, dia baling plastik tu pada Safi.”

“Ni? Plastik ni?” soal mak tak percaya.

“Yalah, plastik tulah!” jawap Safi Sambil terus juga mengemudi kenderaannya pada kelajuan serdahana.

“Eee!” tutur mak sebelum mencapai dan mencampakkannya ke tempat duduk belakang.

“Dah kenapa pulak?” balas Safi tak percaya pada reaksi yang mak tunjukkan.

“Onn tu, bukanya Safi tak tahu macam mana perangainya. Ada memakai dia tu. Safi kalau bercakap jangan kasar-kasar sangat. Orang macam tu kalau tak dapat cara terang dia guna cara gelap.” tutur mak memberi nasihat.

“Mak, kalau tiba-tiba satu hari nanti, mak nampak Safi tersuka pulak pada dia, mak bunuh jelah Safi. Sebab kalau tiba-tiba je Safi suka, ha, memang tak ada lainlah tu, mesti dah terkena.” tutur Safi memberitahu hasrat hati.

“Hish Safi ni!” balas mak tidak bersetuju dengan jawapan yang diberi.

“Iyalah, daripada hidup dengan orang lelaki macam tu, baiklah mati.” bidasnya kekal dengan apa yang dipegang. Cinta dengan cara paksaan bukan cinta, tapi nafsu semata.

 

“Ha, tengok mak! Ada gempa bumi lagi! Banyak betul gempa bumi yang jadi sejak akhir-akhir ni.” tutur Safi menyampaikan apa yang baru dibaca melalui berita kaki yang ada tersiar sepanjang masa.

“Di mana?”

“Dekat China. Kesian, dah berpuluh yang mati, tapi ada beratus-ratus yang tak dapat dijumpa lagi.” jawapnya memberitahu apa yang diketahui.

“Mak ingat lagi, masa dulu-dulu, kurang benar mendengarnya. Tapi sekarang ni, boleh dikatakan hari-hari. Beringatlah kita sama-sama.” tutur mak sambil mencapai-capai cermin mata.

“Mak ni, kalau tak pakai cermin mata memang tak nampak dah.” ucapnya menambah.

“Dah? Mak nampak ke tak Safi ni?!” balas Safi tak gembira mendengarnya.

“Nampaklah. Hidung, mata, mulut, semua. Nampak lagi, cuma bila tengok tv, tulisan tu dah nampak macam bersambung je semuanya.” serentak itu mak mengenakkan cermin matanya.

“Haa, ingat dah tak nampak dah…” jawap Safi, lega.

“Mak, kita pergi buat check mata nak?” tambah Safi mencadangkan.

“Taknaklah mak! Nanti tak fasal-fasal kena bedah. Daripada elok-elok nampak sikit-sikit macam ni, terus jadi tak nampak nanti.”

“La, kenapa pulak? Kita pergi jelah periksa dulu. Lepastu…”

“Taknak taknak! Mak taknak. Biarlah mata mak macam ni. Lagipun mak bukannya ada kencing manis.”

“Mata mak ni jadi macam ni sejak mak muda-muda lagi. Mulanya lepas mak cabut gigi. Doktor prebet tu, ada ke sekali sampai dua batang gigi mak yang dia cabut. Habis bengkak bawah mata mak ni lepas dia cabut gigi tu. Berhari-hari sakitnya. Tak lama lepastu mak perasan yang mata mak dah tak elok, dah mula kabur.” tutur mak membuka cerita.

“Sekarang ni memanglah dah bertambah-tambah, umur pun dah berapa. Tak lama lagi dah nak mati dah.”

“Ish mak ni! Dahlah tak nak cakap benda macam ni. Ha tu, harga minyak naik 10 sen lagi. Hai, apalah…”

“Naik lagi? Nampak gayanya, naik lagilah harga barang nanti…”

“Safi…”

“Ha? Mak dah nak makan ke?” soalnya sambil mata kekal terlekat pada skrin tv.

“Mak…”

“Mak…”

“Dah kenapa mak bercakap tersekat-sekat?” soal Safi sambil menoleh ke arah mak.

“Safi tak nak kahwin?” soalan yang terus membuatkan Safi terkesima sementara kerana dia tak pernah ada jawapan pasti untuknya. Bukan tak suka, tapi..tak tergila-gila.

“Safi kahwinlah…cari teman. Nanti kalau mak dah tak ada, tak adalah Safi tinggal sorang-sorang.”

“Safi ingat tak waktu balik kampung hari tu, mak terjumpa dengan Mak Cik Ton, dia cerita tentang anak dia. Membujang juga lagi, samalah macam Safi. Kalau Safi nak…”

“Mak, bukan Safi tak nak, cuma Safi takut. Nanti kalau Safi dah kahwin, siapa yang nak jaga mak? Lepastu nanti, mesti kena tinggal tempat lain. Nak balik pun dah susah. Taknaklah Safi, Safi nak jaga mak.” tegasnya, menolak.

“Mak ni Safi, entah berapa lama lagi adanya. Nanti kalau mak dah tak ada, Safi dah tak ada kawan. Lagi susah nanti.”

“Zaman ni, tak ada yang susahnya mak. Sihat badan, ada kerja, ada duit, selesai masalah.”

“Tak baik cakap macam tu Safi…”

“Dahlah mak, tak naklah cerita pasal ni lagi. Kita makan ya.” tutur Safi melencongkan, seperti selalu.

“Iyalah. Tapi nasi mak tak nak banyak, mak kenyang lagi ni.” jawap mak masih berusaha untuk mengubah pendirian anaknya.

 

“Assalammualaikum dan salam sejahtera.”

“Tuan-tuan dan puan-puan, ini makluman penting…”’

“Sila beri perhatian.”

“Dimaklumkan bahawa, demam denggi dikesan berlaku di kawasan anda…” pengunguman berkaitan dilaungkan tanda pihak berkuasa bakal menjalankan tugasan.

“Ya-Allah…denggi lagi! Bukan ke baru lagi sembur hari tu?!”

“Hish, apalah…” bebal Safi sambil bergegas ke luar rumah untuk mengambil kucing pelihataannya yang ada di dalam sangkar besar lalu diletakkan ke dalam sangkar yang lebih kecil. Selesai di situ dia membawanya masuk ke ruang tamu.

Naz kekal memandang ke kiri dan ke kanan deretan rumah teres berkenaan sebelum matanya terpandangkan Safi yang ada tercegat berdiri berhampiran pintu pagar rumah.

“Naz! Mambang, mambang!” tutur Mus, pemandu pacuan empat roda, kenderaan kerja, pada Naz yang ada di sebelahnya. Satu anggukan segera dihadiahkan tanda hormat, namun Safi membalas dengan jelingan berkerutnya sebelum beredar sambil memegang kepala.

“Entah apa-apa!”

“Kan dah tahu orang tak pakai tudung! Dah? Tak boleh ke kalau buat-buat tak nampak je?!” gerutu Safi yang sedang mengunci pintu berteman muka terperosoknya.

“Amboi sombongnya!” tutur Naz perlahan, tak menyangka akan mendapat belasan yang sedemikian rupa.

“Hai! Orang suruh keluar! Tapi dia masuk. Memanglah…”

“Ha, tengok! Ada kebun sayur lagi dekat atas tu. Mesti ada air bertakung dekat situ. Jangan-jangan, disinilah tempat membiaknya tak?” tuturnya pada Mus.

“Mungkin jugak. Sebab tulah lorong ni selalu kena.”

“Takpa, nanti masa sembur, kita sembur banyak-banyak sikit.” cadang Naz sambil terus juga memerhatikan keadaan rumah teres dua tingkat itu.

 

“Ha?! Dah datang dah?! Ya-Allah, cepat Safi! Minyak dengan air dalam cerek dekat dapur tu bawak masuk dalam cabinet bawah.”

“Tu, tempat senduk sudu, jangan lupa ambik dan simpan sekali.” arah mak yang sudah mula menutup cermin tingkap biliknya. Setelah itu, dia mencari beberapa helai kain selimut yang sudah tak dipakai dan membawanya keluar sebelum kain tersebut diselimutkan pada rak pinggan dan meja makan.

“Gulai gulai! Gulai tadi! Ambik bawak simpan dalam peti.” tuturnya ketika teringat. Bukannya tak akur pada arahan, cuma dah penat nak menambah pekerjaan. Asap beracun untuk nyamuk, tapi hakikatnya tetap juga memberi kesan sampingan pada manusia. Minyaknya, tak payah cakaplah melekat di semua tempat. Sofa, almari, tv, peti ais, dapur, meja makan dan lantai terutamanya. Semuanya perlu dibersihkan nanti dan mereka sudah lelah melayannya. Nak mengemop satu rumah memang tak susah, tapi tak juga mudah bila bekalan air bersih sentiasa ada masalah. Lebih banyak tak ada daripada adanya. Betul-betul…memeningkan kepala.

“Roooo…” ngauman enjin mesin asap yang sudah sebati ditelinga ditangkap akhirnya.

“Ha, mak! Dah sampai dah! Jom jom jom! Jom kita naik atas.”

“Kipas macam mana? Kipas? Kipas bilik jangan pasang, nanti tertarik asap tu.” arahnya yang sudah mula memadamkan kipas di ruang tamu.

“Hai, mujurlah dah siap sembahyang. Kalau tak…” tutur mak memanjatkan kesyukuran.

“Eee, tak habis-habis dengan denggi.” ngomel Safi sambil kaki tetap membuntuti mak yang sedang mendahului.  

Previous: Bab 109
Next: Bab111a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.